Ramadhan - Kurma
#ini entri dari blog lama
BismillahSedar tak sedar, kita sudah di ambang bulan ramadhan. Allahu akbar! Terujanya hati dengan ramadhan yang bakal menjelma.. Teringat zaman kecik-kecik, berlumba untuk puasa penuh satu bulan.. nanti dapat duit raya lebih. Hehe.. Tiap-tiap malam mesti abah bawak pergi solat terawikh di masjid UIA Gombak. Kalau ada kuliah kat mana-mana pun abah bawak jugak, abah dengar ceramah, kami adik-beradik makan kebab. Hehehe. Wahh, rindunye semua ni.. Dah, dah, karang semua benda hikayat zaman dulu-dulu saya cerita. Back to topic..
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual.
dipetik dari sini, sila tekan untuk teruskan bacaan anda;)
Ini pula yang saya dapat dari emel, mahu dikongsi dengan semua..
Sekarang bulan puasa bakal menjelma...berhati- hati...be careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi!
Tau tak.. bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya?. Cuba kita fikir, Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita, macammana pula dengan kita sebagai hamba?. Jadi, marilah bersama-sama kita menilai diri kita, koreksi diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya dari yang sebelum ini. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)