.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Sunday, February 17, 2013

Selawat syifa'

Dari semalam, seharian duk bersin, bersin. Dengan selsema yang tak henti. Rupanya suhu badan naik sikit. Dengar kursus seharian pun tak senang duduk. Keluh kesah je rasa sebab badan tak sedap. Tak dapat nak fokus. Lepas tu tertidur, okayy itu alasannnn.

Teringat pesan abah bila sakit, "Jangan di zikirkan sakit tu, dari duk rintih sakit, sakit, baik selawat, rasa kuat sikit, solat sunat tasbih"

 



Selawat syifa' meniti di bibir.
Sakit itu penghapus dosa.

:')


Sunday, February 03, 2013

Macaroni cheese

#Re-post dari blog lama. 31 March 2009.

Bismillah.

Mode: Makan. Makan. Makan. ;)

Hari ni 1st day kerja. Ehee.. ajar budak mengaji pun kerja jugak kan? kan? Aku pun tak tahu lah apsal aku baik hati terima offer dari adibah (Al-Huda) hari tu. Tapi apa salahnye tabur bakti dekat Al-Huda kan. Primary school sendiri jugak dulu. Start 8 a.m - 9 a.m. Cukup la sejam je sehari. Tak larat aku nak layan fi'il budak budak tak cukup umur tu lama-lama. Banyakkan bersabar je la..

Ya Allah, kurniakan lah daku tahap kesabaran yang tinggi menggunung..
Aminn..

Hari ni aku masak macaroni cheese. Thanks la banyak banyak tu cupi yang bagi resepi nih. 

Ingredients: Butter, Full Cream Milk, Cheese (apa apa jenis la. Aku pakai 'Kraft'. Depan tu dia tulis Cheddar Spread. Ada gambarmacaroni cheese kat depan tuh), pinch of salt, Tepung jagung (nak bagi pekat)---Macaroni.

yang ni laa..

Cara: Campur semua benda kat atas tuh. Tapi tepung jagung tuh bancuh dalam bekas lain dulu. Takut berketul. Pastu rasa macam dah sedap tambah la tuna ke, seafood ke, ayam, sayur ape ape yang kau orang rasa sesuai. Last sekali gaul dengan macaroni yang dah siap direbus. Tadaa.. Siap untuk dihidang dan dimakan.

ni yang aku search dalam google.



P/s: 1. Jangan tanya aku pasal sukatan sukatan dia. Aku aci redah je ikut suka aku. Janji sedapp.

2.  Semua berkaitan dengan cheese. before this 'tiramisu' tu. sekarang macaroni cheese pulak. Habis laa aku.. cheese, cheese, cheese.

Rentas kehidupan hati

Lama rasanya tak mencoret kata hati dalam entri. Tipu kalau kata tak punya masa, 24 jam Tuhan bagi cukup untuk semua orang. Juga perlu cukup untuk diri sendiri. Sepatutnya...


Kala umur makin meningkat ini, 
semua yang jadi dirasakan sangat penting. 


Jika diizinkan tak mahu tertinggal satu pun. 


Sebab tu yang membentuk diri, yang buat bekal pengalaman diri.


Tapi,

kita tak mampu mengatur semua yang terjadi mengikut aturan kita. 

Itu kuasa Allah pentadbir seluruh alam.



****************



Hari meniti hari, 
hati terasa seolah sarat dengan fikiran. 

Kadang kala tak tertanggung rasanya.


Di tambah dengan perkara kecil-kecil, 
buat kita rasa letih mengembara hidup ini.


Tapi, bila fikirkan semula, 
ada orang yang lebih layak digelar letih dan penat,
tapi dia lebih hebat beraksi di pentas dakwah,


takkan saya nak mengaku diri saya lemah dan lembik?
dan terus hanyut di telan arus masalah.




Tapi, jangan sekali-kali disebut perkataan letih, kerana Rasulullah yang sepanjang hidupnya tidak pernah menyebut perkataan ini. Saya malu pada Rasulullah, malu amat. Jika baginda punya keazaman yang sangat kuat untuk mempertahankan akidah Islam, kenapa saya tidak mengikut jejak langkahnya?



***************



Saya pinta pada dia,
berilah ruang buat diri sendiri,
usah dibebani dengan masalah orang lain,
sedangkan diri sendiri..

Jasad juga perlukan hak sebagaimana rohani yang selalu dahagakan haknya.



#Saya rasa saya alami konflik dalaman. Jiwa yang semakin complicated. Hahah



*Selingan. Heheh


Zahra Ameerah
3 Februari 2013
1.55 pagi