.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Sunday, July 31, 2011

Biskut Raya 2011


Dari kiri, SHORTBREAD yang menjadi pujaan ramai sejak dulu lagi. Biskut dengan lapisan atas coklat dan coklat putih sebagai penyeri. Sekali cuba, memang satu balang nak habiskan :D

Diikuti SEMPERIT klasik asli ni. Memang sedap, and semperit ni evergreen :)

CHOCOLATE CHIP COOKIES ni memang best. Harga yang ditawar sangat-sangat la berpatutan =)

Dan last sekali NUTTY COOKIES. Nutty ni biskut yang diadun sekali dengan pelbagai jenis kacang. Ada badam, walnut, dan macam-macam lagi. Yang ni memang feveret saya la. Hehe.


Boleh lihat page ni untuk harga >>>Tok Wan's Delight

Berminat? Boleh hubungi kami:

Area KL : 013-2682641 (Zahra)
Area Bangi : 019-2815285 (Shima)
Area Kuala Terengganu : 012-3409523 (Fiza)

*Serious buyer only, PLEASE*

PS: Ramadhan Kareem~ Moga ramadhan kali ni lebih bermakna buat kita semua. Jom kita rebut peluang keemasan ini, pertingkatkan segala amalan kita :)


Friday, July 22, 2011

Pengalaman pagi-pagi di KTM

Hari ni macam rajin sikit nak cerita pengalaman. Hehe. Semalam, bermalam di bangi dengan sahabat-sahabat. Pagi tu dalam pukul 7 pagi, sahabat hantar dekat KTM, kami dua orang yang balik pagi-pagi. Okeh, first time sebenarnya naik KTM pagi-pagi camtu. Hala tuju saya KL Sentral, kawan yang sorang lagi ke Putra. 

Bila KTM sampai, kitorang agak terburu-buru la untuk naik, sebab sangat ramai. Sangat sangat okeh. Salah kitorang jugak, tak naik dekat coach ladies. Hmm, dalam keadaan rushing tu memang tak sempat dah nak cari coach ladies. 

Alhamdulillah, dapat jugak masuk. Tapi bila dah masuk, bayang lah cane keadaan dia. Sangat sangat padat (Sila baca:macam tin sardin) 

Situasi 1

Macam nak menangis la jugak mula-mula sebab depan saya lelaki. Waaaaaa.. tak sanggup, tapi alhamdulillah, Allah permudahkan, ada jalan untuk saya menyelit supaya duduk dalam kalangan perempuan. Berhimpit pun tak pe, asalkan perempuan :D

Lepas dah selesai masalah tu, bila tren berhenti, makin la di asak-asak. Yelah, semua orang nak pergi kerja kan, siap ada yang gaduh-gaduh lagi depan pintu tu. Sebab nak paksa orang masuk dalam lagi. Hadoi.. masalahnya memang dah tak boleh masuk la cik abang, cik kakak.. Sampai driver KTM tu buat announcement pakai mic "Dah tak boleh masuk, tak payah la masuk, kat dalam tu dah penuh sangat" 

Situasi 2

Saya yang berdiri di tengah-tengah orang tu baru sedar, ada bau yang macam buat saya nak muntah. Aduhai.. dah la pagi-pagi lagi. Tapi serius, nak muntah betul okeh, bukan buat-buat. Rupanya, a lady yang kat depan saya, free hair. Adoi, rambut dia....T_T
Saya memang dah takde pilihan lain la selain tahan je sepanjang perjalanan. Yelah, nak lari mana lagi, takde tempat nak lari pun..Alhamdulillah pakai 'penutup' mulut, terhindar la sikit..

Dalam tren, dengar perbualan seorang kakak ni, rupanya kakak ni pregnant. Yela, tak nampak okeh, dalam keadaan sesak-sesak camtu. Sian dia, kakak tu dah 8 bulan da. Tapi still naik tren yang macam tu, Alhamdulillah ramai orang tolong dia, maksudnya macam bagi ruang kat dia supaya dia tak terhimpit sangat.

Sampai KL Sentral baru rasa macam dapat hirup udara segar. Huhu, alhamdulillah..

Konklusi

Bila kita dalam keadaan macam tu, baru kita hargai setiap nikmat yang kita ada, kan? Nikmat tak payah bersesak-sesak. Tapi, saya memang sangat kagum dengan mereka yang laluinya setiap hari. Saya memang tabik la sama anda~ 

Inilah hikmah Allah mewajibkan kita menutup aurat, lebih-lebih lagi tudung. Hmm, dan jugak, kebersihan diri. Salah satu kepentingan kenapa pentingnya membersihkan diri, supaya tidak mengganggu orang lain..


PS: mimpi apa tah hari ni, cerita pengalaman. Huhu.

PSS: Rindu sahabat-sahabat T_T




Friday, July 15, 2011

Komunikasi awak dan saya #1


Bismillah

Saya kira, dalam apa jua keadaan sekali pun, komunikasi itu sesuatu yang sangat penting. Tak kira lah, berpersatuan ke, berbisnes ke, even dalam keluarga sendiri.

Pernah seorang sahabat utarakan isu ini, katanya, kalau kita perasan, dalam konteks bergerak kerja berpersatuan contohnya, isu komunikasi selalu menjadi isu besar dalam melaksanakan sesuatu program. Tak kiralah, antara ketua dengan ahli, ataupun antara brothers and sisters.

I
"Tak sukalah kerja dengan Ali (Bukan nama sebenar) tu. Aku tak pernah dapat kata sepakat dari dia, asyik nak bantah je, dia sorang je betul. Tak dengar dah pendapat orang lain. Sampaikan aku rasa macam aman kalau dia tak masuk meeting."

II
"Kenapa isu besar macam ni saya tak tahu pun? Sedangkan saya yang bekerja bawah dia, saya yang handle isu ni, saya berhak tahu. Kenapa? Saya orang bawahan tak berhak tahu?"

III
"Angah, brother tu lebih-lebih la ngah. Kot ye pun jaga ikhtilat, tapi janganlah sampai merencatkan gerak kerja. Jumpa tak boleh, Call tak boleh, mesej pun sekerat-sekerat. Cane nak bekerja camni? Kalau camni, baik buat organisasi lain-lain terus, asing je terus brother sister, baru tak de masalah camni. Kan ngah?"

Mungkin situasi di atas agak over sikit. Tapi saya rasa luahan hati macam ni satu perkara yang biasa terjadi dalam kita bergerak kerja.

Saya bukanlah orang yang pakar dalam isu ni, saya jugak sering melakukan kesalahan-kesalahan sebegini. 


Em, saya rasa macam sangat skema sekarang. Hihi. Nanti saya sambung lagi ye :)
Ohh, gambar di atas tiada kene mengene. Sekadar hiasan melepaskan rindu pada si comel tu. Hehe :D