Pengalaman pagi-pagi di KTM
Hari ni macam rajin sikit nak cerita pengalaman. Hehe. Semalam, bermalam di bangi dengan sahabat-sahabat. Pagi tu dalam pukul 7 pagi, sahabat hantar dekat KTM, kami dua orang yang balik pagi-pagi. Okeh, first time sebenarnya naik KTM pagi-pagi camtu. Hala tuju saya KL Sentral, kawan yang sorang lagi ke Putra.
Bila KTM sampai, kitorang agak terburu-buru la untuk naik, sebab sangat ramai. Sangat sangat okeh. Salah kitorang jugak, tak naik dekat coach ladies. Hmm, dalam keadaan rushing tu memang tak sempat dah nak cari coach ladies.
Alhamdulillah, dapat jugak masuk. Tapi bila dah masuk, bayang lah cane keadaan dia. Sangat sangat padat (Sila baca:macam tin sardin)
Situasi 1Macam nak menangis la jugak mula-mula sebab depan saya lelaki. Waaaaaa.. tak sanggup, tapi alhamdulillah, Allah permudahkan, ada jalan untuk saya menyelit supaya duduk dalam kalangan perempuan. Berhimpit pun tak pe, asalkan perempuan :D
Lepas dah selesai masalah tu, bila tren berhenti, makin la di asak-asak. Yelah, semua orang nak pergi kerja kan, siap ada yang gaduh-gaduh lagi depan pintu tu. Sebab nak paksa orang masuk dalam lagi. Hadoi.. masalahnya memang dah tak boleh masuk la cik abang, cik kakak.. Sampai driver KTM tu buat announcement pakai mic "Dah tak boleh masuk, tak payah la masuk, kat dalam tu dah penuh sangat"
Situasi 2Saya yang berdiri di tengah-tengah orang tu baru sedar, ada bau yang macam buat saya nak muntah. Aduhai.. dah la pagi-pagi lagi. Tapi serius, nak muntah betul okeh, bukan buat-buat. Rupanya, a lady yang kat depan saya, free hair. Adoi, rambut dia....T_TSaya memang dah takde pilihan lain la selain tahan je sepanjang perjalanan. Yelah, nak lari mana lagi, takde tempat nak lari pun..Alhamdulillah pakai 'penutup' mulut, terhindar la sikit..
Dalam tren, dengar perbualan seorang kakak ni, rupanya kakak ni pregnant. Yela, tak nampak okeh, dalam keadaan sesak-sesak camtu. Sian dia, kakak tu dah 8 bulan da. Tapi still naik tren yang macam tu, Alhamdulillah ramai orang tolong dia, maksudnya macam bagi ruang kat dia supaya dia tak terhimpit sangat.
Sampai KL Sentral baru rasa macam dapat hirup udara segar. Huhu, alhamdulillah..
Konklusi
Bila kita dalam keadaan macam tu, baru kita hargai setiap nikmat yang kita ada, kan? Nikmat tak payah bersesak-sesak. Tapi, saya memang sangat kagum dengan mereka yang laluinya setiap hari. Saya memang tabik la sama anda~
PS: mimpi apa tah hari ni, cerita pengalaman. Huhu.
PSS: Rindu sahabat-sahabat T_T
kte takpernah merasa lagi naik ktm pagi pagi. tapi, time orang balik kerja pernah. sama je kot. kan?
ReplyDeletetapi memang laa. kalau tak berebut tu, tak sah.
aha, lebih kurang la same, cume pagi2 agak agresif sikit sebab sume org nak cepat, nak gi keje.
ReplyDeletehuhu. ktm kan, kalau tak berebut, tak sah :D
tak suka naik ktm..wawawa:D
ReplyDeletehuhu. izni, kalau x naik ktm hari tu, memang aku x smpai la umah kau. hehe
ReplyDelete