.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Saturday, April 30, 2011

Graf Cinta

Saya rasa saya sangat jarang post tentang soal hati dan perasaan ni. Atau lebih dikenali C.i.n.t.a. 

Bila umur dah ada angka D.U.A di depan ni, seolah tak boleh lari dari isu ni. Ehh, ke dari sekolah.. Entah =D
Err, tapi masalah saya ialah saya tak tahu macamana nak kupas isu ni, sepuluh kali saya taip, saya padam, taip, padam, taip, padam balik. Haihh. Sampai bila tak habis ni.

Tapi, saya reti copy-paste. Hehe. Yang penting isi kandung yang saya cuba nak sampaikan tercapai. Harapnya begitulah. InshaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) (Rasa macam dah lama tak menulis tentang cinta, feeling-feeling jiwang)



Malam masih muda.  Anak muda masih ramai bersosial di luar sana, berpesta di luar meraikan kemenangan Malaysia. Solat lupa hendak ditunaikan dek bertolak dari rumah jam 6 petang. Maghrib burn, Isya' entah bila hendak ditunaikan. Juga bersosial di laman-laman sosial mengupdate status harian mengeluh nasib diri, itu dan ini. takdir Allah dipersoalkan. Kenapa tidak itu dan kenapa tidak ini. 








Beralih kepada insan lain, tika ini sukar melelapkan mata dek kerana terlalu banyak memikirkan masalah dunia, masalah Islam mungkin. Juga malam ini barangkali ada insan yang sedang menangis kegusaran dan kesedihan. Hapuskanlah air matamu dan serahkan jiwamu kepada DIA.



Walau siapa pun anda, di mana pun anda, tetapkanlah dalam hatimu, engkau cuma ada DIA.  








Bila dah nak kawen dengan seseorang yang diciptakan untuk anda,sila jawab ini:





1- Anda first love si dia? [yes/no]
2- Anda orang pertama menyentuh tangannya? [yes/no]
3- Anda orang pertama yang mengucapkan i love you kepadanya? [yes/no]
4- Anda pertama kali mendengar ayat-ayat sedemikian rupa? [yes/no]
5- Adakah dia adalah orang pertama yang anda sayang? [yes/no]




Hak privasi anda sebagai seorang isteri/suami suatu hari nanti telah diambil oleh orang lain bukan?






Sukar untuk menolak cinta manusia sebelum akad. Ya, benar. Tatkala ini terlalu banyak dorongan yang menggalakkan kita untuk bercinta. Teman serumate ada pasangan. Lalu menimbulkan satu keinginan untuk bercinta. Hadiah-hadiah dan jambangan bunga, itu semua, turut engkau mahukan. Di saat engkau di musim peperiksaan, dia lah pemberi semangat mu. Ingin sekali mendengar kata i love you dan i miss you berulangkali dari si dia yang engkau cinta.





Semasa bercinta, habis dipulun. Kata i love you, i miss you seakan ucapan biasa setiap hari. Kata-kata ajaib itu seakan hilang ajaibnya lagi. Segala perkara yang sepatutnya dilakukan semasa selepas akad, telah dilakukan sewaktu sebelum akad.








Makan-makan bersama si dia, dating berdua-duaan bersama si dia. Jeling-jeling kepada si dia, sedarlah, bahawa semua itu adalah haram dilakukan sewaktu sebelum akad. Hanya selepas akad, ianya bertukar menjadi halal. Keindahan cinta memuncak sebelum akad akan jatuh merudum apabila 'berjaya kahwin' dengan pasangan tadi. 


keindahan cinta turun selepas berkahwin


Justeru jangan hairan jika terlalu banyak penceraian berlaku sedangkan itulah perkara halal yang paling Allah tidak suka. Sedangkan mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Meskipun atas nama cinta tapi jika cinta itu bukan atas dasar cinta kepada Allah, ianya pasti akan runtuh juga. Ingatlah sesuatu yang dibina atas tapak yang haram tetaplah haram. Seumpama masjid yang begitu gah dibina, namun sayangnya, wang untuk pembinaan masjid itu dari wang haram, hasil dari penindasan ke atas orang-orang miskin. Allah tetap murka. Begitu juga dalam perhubungan. Jika asasnya tidak elok, apakah akan menjanjikan lagi kebahagiaan di puncak? Usah mengharap angan kosong. Kalau pun ia berjaya, nantikan pertanyaan dari Allah di sana atas setiap perbuatanmu semasa kamu berdua bercinta.





Sewaktu bercinta, segala kemanisan telah dirasai, segala keindahan telah dinikmati. Segala info dari pasangan sudah diketahui, lalu, apa lagi yang perlu dibualkan selepas adanya akad? Kita sudah tahu segala-galanya tentang pasangan kita sebelum akad lagi, lalu hari-hari menjadi bosan. Bertambah bosan dari sehari ke sehari. Lalu berbagai-bagai alasan terkeluar dari mulut untuk mencipta penceraian. Sudah tiada persefahaman, sudah tidak ada jodoh walhal alasan utama, sudah bosan! Lalu itu yang terjadi, semakin banyak kemanisan yang diteguk semasa alam percintaan, semakin berkuranglah rasa cinta selepas akad! Hypothesis accepted~







p/s: pandai-pandai jaga diri. Hidup di dunia ini sekadar persinggahan, sementara nyawa masih dalam jasad, bertindaklah untuk mencari bekalan untuk hidup senang lenang di sana. Bukan bersenang lenang di dunia sahaja. Alangkah ruginya kita andai kita mengabaikan akhirat. Kita juga akan rugi andai terlalu mengagungkan cinta manusia sehingga kita terlupa untuk mengagungkan cinta Allah. Beware! Selamat malam semua. Tidurlah dengan tangisan air mata menangisi dosa-dosa kepada-Nya. Bersyukurlah kepada-Nya ada yang memberitahu kerana itu tandanya Allah sayang kepadamu.





Tuesday, April 26, 2011

Kisah 'Baby'

He is a new vlogger. Studying in Canada. And every of his video has a very good message. Dia ada gaya yang tersendiri untuk menyampaikan mesej. 

# Ohh, haha. jika mau faham tentang tajuk entri ini, sila baca sehingga habis.

Dengan kata lain, dia menyampaikan dakwah dengan cara yang bestt! Hehe.

Untuk berdakwah tu, bukan dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja. Contoh: Golongan ustaz, ustazah, mereka yang dari tahfiz quran, dan mereka yang mengambil jurusan-jurusan agama sahaja.

Haihh, kalau macam, orang lain buat apa? Duduk melanguk je tengok ke? =_="
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertempat di bus stop. Bakar tengah cakap dalam telefon.

Bakar:
Baby tengah buat apa tu?

Baby:
Tengah cakap ngan B la.

Bakar:
Hahaha

Baby:
Hahaha

Bakar:
Ok la, I pegi dulu ye. See you soon. Assalamualaikum.

Baby:
Waalaikumussalam.

Ahmad datang.


Ahmad:
Assalamualaikum!

Bakar:
Waalaikumussalam! Lor...Ahmad rupanya. Ko nak naik bas gi mana nih?

Ahmad:
Nak gi US Embassy untuk settle US visa la.

Bakar:
Aik, bukan ko blaja kat Australia ka?

Ahmad:
Yup. Tp ni bukan visa untuk student. Ni visa untuk masuk US, sebagai visitor. Kat US banyak program agama yang best.

Bakar:
Hoho...Ahmad. Bagus ko ek. Sama macam dulu, only better.

Ahmad:
Alhamdulillah, aku harap aku jadi lebih baik la Bakar oi. Lebih-lebih lagi time Ramadhan ni. Peluang terbaik nak baiki diri.

Bakar:
Baik ustaz!

Ahmad:
(Senyum)

Bakar:
Tapi aku kecewa la jugak. Bulan Ramadhan pun banyak gak berita-berita sedih kat TV.

Ahmad:
Apa maksud ko?

Bakar:
Ala, pasal buang-buang baby la.

Ahmad:
Oh, yang tu. Aku ada baca gak la kat paper. Memang sedih. Aku dapat tau yang stakat ni kita ada 60 babies yang dibuang. Tahun ni saja la.

Bakar:
60 BABIES?! Gila banyak!

Ahmad:
Ha, tau pun. 60 babies bermakna 60 penzinaan dah berlaku. Tu pun yang dilaporkan. Ntah brapa banyak lagi yang berlaku di belakang tabir yang kita tak tau. Tapi for sure, Allah tau. Nau'zubillah.

Bakar:
(Angguk-angguk) Aku cukup panas la ngan "haiwan-haiwan" ni!

Ahmad:
Sabar Bakar...sabar. Everything must start from somewhere.

Bakar:
Betul. Suma ni bermula ngan berzina! Buat seks!

Ahmad:
Eh, benda ni mula lebih awal dari tu lagi.

Bakar:
Ha?

Ahmad:
Pembuangan baby bermula daripada pengambilan baby.

Bakar:
One more time....HA?

Handphone Bakar berbunyi. Kat handphone tu tertulis: "Baby is calling..."


Ahmad:
So sebelum baby yang tak bersalah kita buang, kita kena "buang" la dulu baby yang tu ye.

Bakar:
...

Bakar tekan butang merah.


----------


Allah says: "And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way." (Surah al-Isra' 17:32)

sumber: aimanazlan.com 

Haa, ni laa dia. Baris pertama dan kedua kat atas tadi tu. Aiman azlan. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul, orang selalu melihat punca utama buang bayi ialah zina. Tapi tak ramai orang yang lihat punca utama zina ialah kehidupan yang terlalu sosial, couple dan sebagainya.

Jadi,  
YES, ohh, I mean yes to SAY NO TO COUPLE
















KAMI GENERASI MUDA BENCI MAKSIAT!





GENERASI BEBAS MAKSIAT













Credit pics: Mr.Google

Monday, April 25, 2011

Etika komunikasi terhebat di ALAM ini^^

Bismillah





Adab-adab berkomunikasi dalam Islam. Adab itu sesuatu yang natural (semulajadi), it isn't really taught, or learnt, but it is naturally developed kan? 

Komunikasi, adalah satu proses interaksi antara hidupan. 

Islam? is a way of life :)





Bila kita sebut komunikasi, bukan semata bercakap melalui telefon je, kini sms, ym, facebook, emel, IM, tweeter, etc etc.. itu semua termasuk dalam berkomunikasi. 

Yelah, dalam fb contohnya, untuk menceritakan sesuatu, hanya taip di status dan tag pada kawan kita, kan? 

Apa tujuan dia, untuk menghantar maklumat, betul tak? 

Jadi itu juga komunikasi namanya ^_^ (Ohh, saya rasa seperti mengajar budak-budak pulak. hee)

Sebagai seorang muslim, kita sangat perlu berhati-hati dalam percakapan kita. 


Maksudnya, setiap apa yang kita luahkan menyumbang kepada pahala dan mungkin jugak dosa! 

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisnya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)" [50:18]

Rasulullah juga mengingatkan kita tentang keseriusan dalam berbicara. 


"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu ka­ta yang diredai Allah S.W.T yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Al­lah S.W.T keredaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat." (HR Tirmidzi dan ia berkata ha­dits hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah



Fahamkan gambar comel tu? Jujur dalam percakapan anda. Tahan diri anda dari bercakap sesuatu yang tidak benar (berbohong). Tiada istilah tipu sunat ( hehe, sangat famous ni) 



The Prophet (s.a.w) said : “You must speak the truth for the truth leads to virtue and virtue leads to Paradise. One who always speaks the truth and means the truth is recorded as truthful with Allah. Keep away from the lies, for the one who continually tells a lie leads to evil and evil leads to Hell-fire” [Al-Bukhari & Muslim] 




 Read between the lines ok. SAY NO TO GOSSIPPING, BACKBITING & SLANDER. Ini bukan isu main-main ok. 

Gossipping : bergosip. Cerita yang disebarkan tidak pasti kesahihannya, boleh jadi betul atau tidak, berkisar tentang manusia.

Backbiting : Gheebah. Mengumpat. Berkata tentang seorang, tentang apa yang tidak disukainya, dibelakangnya.

Slander : Nameemah. Fitnah. Menyebarkan khabar angin yang boleh memporak-perandakan orang lain. 

"Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah" Hadith riwayat Muslim dan Bukhari

Jadi, bila kita dengar atau ada orang cerita dekat kita, tak kesahlah gosip ke, mengumpat ke, fitnah ke, kita perlu hentikan dia. 

Jika tidaakkkk.. kita pun menanggung dosa yang sama. Na'uzubillah. 





Okeh, sebagai seorang muslim, janganlah kita cakap kuat-kuat. Contoh: kawan kita kat sebelah je, tapi kita cakap macam nak bagi satu shopping complex tu dengar. 

Haihh, jangan ye. Macam tertelan pembesar suara dalam mulut tu. Pakai baju, tudung, comey da, sekali cakap kuat, adeh, tak masuk langsung. 

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". [31:19]





Elakkan dari mengkeji, menggunakan bahasa kotor dan memaki. Somehow, its look like a trend nowadays. Even budak kecik pun dah pandai mengeluarkan kata-kata yang !@#$%^&. Astaghfirullah al azim.


Percakapan tu melambangkan identiti diri kita yang sebenar. Jadi, katakan TIDAK kepada mengkeji, penggunaan bahasa kotor dan memaki! 

Narrated by Ibn Mas’ood, the Prophet (pbuh) said: “The believer is not a slanderer ( one who attacks the honour of others through disparaging words and backbiting); nor is he a curser or (a speaker) of lewd and base language” [Imam Ahmad # 3938]

Narrated by Ibn Abbas (r.a): The Prophet (pbuh) said: “….and when one curses something (or someone) that is not deserving of that, the curse returns upon him.” [A-Tarmidhi & Abu Daawod]




Konklusinya, kita sangat perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata. Think carefully before utter a word. Ingat malaikat kiri dan kanan yang sentiasa bersedia menjalankan tugas mereka. 


Wallahu'alam.

Nota kaki: Sumber dari Owh So Muslim, dan Click2No , saya telah edit sikit dan berusaha menterjemah bagi lebih mudah memahami (Err, ke lagi tak faham?). 

Saya juga mintak maaf bagi hadith-hadith yang tidak dapat diterjemah. Kadang-kadang,ada ayat yang tak perlu ubah, sebab ayat tu lebih 'zhukk' ke dalam hati (Hehehe)

Bagi setiap perkataan yang berwarna di atas ialah link yang saya sertakan sebagai sumber rujukan saya.


Friday, April 22, 2011

lima cara pilih sahabat

#ini entri dari blog satu lagi
Bismillah

Persahabatan aku dengan dia dah hampir 5 tahun. Biar macam mana sekali gaduh pun, tapi alhamdulillah masih bersama. Ramai orang kata, sejak aku kawan dengan dia, aku jadi makin baik, yeke?. 
Luahan hati seorang teman.


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburuk! an dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

::Ukhuwah fillah~:: 

hati mati

#ini entri lama dari blog yang satu lagi


Bismillah

Sedang membaca laman web iLuvIslam. Terjumpa satu tajuk yang mengingatkan ketika itu. 

Pernah seorang sahabat bertanya pada ustaz tentang kenapa seseorang yang cukup sembahyangnya, puasanya, tetapi masih melakukan maksiat seperti 'Couple' dan sebagainya. Kenapa juga seseorang itu yang dahulunya dibekalkan ilmu agama dengan menuntut di sekolah agama, namun 5 tahun berada di sekolah itu dengan pelbagai mehnah yang ditempuhi, tapi masih tidak memberi sebarang impak pada dirinya, malah aktiviti sosial yang dilakukan makin kerap, kadar penutupan auratnya makin berkurang dari hari ke hari. Kenapa juga seseorang itu yang apabila kita perdengarkan atau perlihatkan isu-isu Palestin yang menyayat hati, atau video-video tentang peperangan yang sangat syahdu, atau video seorang ibu melahirkan seorang anak dengan penuh jerih, tetapi insan-insan ini tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah apatah lagi air mata. Mana perginya sikap seorang muslim yang berperikemanusiaan itu menghilang?

Hal ini telah lama bersarang dalam kotak fikiran aku apabila ustaz menjawab, hatinya telah mati. Jawapan yang sangat ringkas tetapi sangat menusuk. Cuba kita lihat dan muhasabah diri kita, koreksi hati kita, bertapa banyaknya dosa yang kita lakukan yang telah menghasilkan titik-titik hitam, yang mana hadis Rasulullah menjelaskan:
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
 (Hadis riwayat Ibn Majah)

Selari dengan firman Allah SWT:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
 (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati merupakan organ yang sangat penting dalam hati kita. Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."

 (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. 

*Artikel ini aku edit sikit-sikit dari sini. dan sumber asalnya di sini.

 Hal ini jelas membuktikan bahawa koreksi diri itu sangat penting dalam usaha untuk menyucikan hati-hati kita semua ni. Dengan itu insyaAllah Islam akan bersatu padu dan bangkit semula menentang Laknatullah. InsyaAllah. Allahuakbar!

Wanita dan bidalan

#ini entri lama dari blog ini.



Bismillah



Sekadar renungan bersama;


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a) 

  • Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a. 

  • ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali)

  • Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

  • Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina 

  • Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman 

  • Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan 

  • Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia 

  • Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali 

  • Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman 


  • Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil



Kau muslimah terindah;))

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

# ini entri dari blog lama ini



Ibnu Ismail Sumber FB: http://www.facebook.com/note.php?note_id=399620411135&id=1635417504&ref=nf

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke
bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh
Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.