Aku cinta si dia!

#ini entri dari blog lama ini
Klik notification
----------- posted on your wall

Klik.

Awak, saya rindu awak :(

Reply:
Rindu awak jugak.. 

Bila kita rindukan seseorang, sayang seseorang, kalau boleh kita nak sampaikan pada si dia, kalau boleh nak bagi semua orang tahu yang kita sayang dia, kita rindu dia. Betul kan? Lagi-lagi, bila si dia adalah orang yang sangat-sangat kita sayang, yang sangat kita rindu,  yang kita nak sangat jumpa, lagilah, rasa macam nak cakap dekat microfon, biar ssatu dunia dengar, satu dunia tahu..

Apa langkah kita? 

Gunakan facebook

Skype

Yahoo! Messenger

sms

mahupun call

Lazimnya, kita boleh baca melalui facebook, kisah cinta sahabat kita melalui luahannya, dan dibalas dari si dia yang di sebelah sana. 

I love you

Miss you dear

Ataupun luahan rindu si anak yang jauh di perantauan terhadap ayahanda dan bondanya di sini.

Rindu abah

Sayang ummi

Kiss and hug untuk ummi abah 

Hmm..itu cara manusia mencintai seseorang..

Bagaimana pula jika Allah mencintai hambanya?

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)


Hebatkan cinta Allah? Masha-Allah! Luar biasa hebatnya.

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua sahabat dan teman disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Bayangkan juga jika semua sahabat dan teman kita tahu akan hadis ini. Semua akan bersama-sama mengejar cinta-Nya. 

Tidakkah kita semua mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Sumber yang telah diedit


Comments

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)

Popular Posts