.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Saturday, December 12, 2015

Angel hair Garlic Aglio Olio with Brocolli

Pasta lagi. Hujung minggu biasa orang masak heavy-heavy, ni masak pasta je. Nak buat macam mana, tekak rasa nak makan pasta je. Hahaha. Alhamdulillah, orang kat rumah layan je karenah kan, ye la, kalau tak, tak berasap dapur tu nanti. Ekekeke.

Ni semua gara-gara Laura in the Kitchen, selalu buat orang terliur dengan resepi-resepi pasta dia yang sangat mudah. Tapi mesti la kita akan ubah mengikut citarasa tekak melayu kita ni kan? Hehe.
Senang sangat masak pasta ni, lagi satu resepi dia healthy. Tu yang best. Dan orang kat rumah makan berebut-rebut. Siap kena masak lagi sekali sebab tak cukup. Tu yang paling seronok.





Angel hair Garlic Aglio Olio with Brocolli

Resepi asal: All recipes
Olahan: Zahra Ameerah

Bahan:
1/2 bungkus Angel Hair Pasta
6 biji Bawang Putih (dicincang halus)
1 cawan Brocoli (siap direbus)
1 cawan Stok Ayam
1 sudu butter
Saleri (Tambahan)
Carrot (Tambahan)
Parutan Cheese
Garam
Cili Flakes

Minyak Zaitun
Black Pepper


Cara:
1. Rebus Angel hair pasta seperti biasa. Jangan lupa letak garam dan minyak ya. Sentiasa kacau kalau tak nak pasta tu melekat lekat.

2. Panaskan 1/4 cawan minyak zaitun atas Saute Pan. Masukkan bawang putih, kacau sampai naik bau. Perlahankan api untuk pastikan bawang tak garing.

3. Masukkan stok ayam ke dalam pan dan kacau, 

4. Tuangkan semua angel hair kedalam pan. Pastikan pan cukup besar ye. 

5. Masukkan Brocoli, Saleri dan Carrot, dan butter, gaul sehingga sebati. Oh, lupa, saya memang suka masak penuh warna warni, sebab tu letak carrot dan saleri, bagi manis-manis sayur dan cantik. Tapi kalau tak suka takyah letak ye.

6. Parutkan Cheese secukupnya, suka banyak letak banyak ya. Perasakan dengan garam, black pepper, dan chili flakes. Gaulkan dan sedia dihidang.


Craving kan?





Mudahkan?
Selamat mencuba~

Friday, December 11, 2015

Resepi Quesadilla

Quesadilla, nama hebat sangat kan. Dalam wiki maksud dia:

 a wheat tortilla or a corn tortilla filled with cheese, a savoury mixture, and/or vegetables, cooked often on a griddle, then folded in half to form a half-moon shape
Quesadilla ni adalah makanan mexico. Tapi dari semasa ke semasa dah diubah mengikut citarasa dan zaman sekarang. Sesuai untuk breakfast atau snack. Sebelum tu meh berkenalan dengan jenis-jenis tortilla. Ada banyak jenis dekat pasaran, tapi ni antara yang saya guna. Oh, kalau nak buat sendiri a.k.a homemade pun boleh, lagi digalakkan.


Ni Tortilla Gandum

Ini Tortilla Jagung

Ini paling feveret, Tortilla whole wheat.


Resepi Quesadilla 
by Zahra Ameerah

Bahan-bahan:
1 keping Tortilla 
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 batang Carrot (dipotong dadu)
1/4 biji Salad (dipotong halus)
2 inci Saleri 
1 biji Telur
Shredded Cheese
Serbuk cili/ Chili Flakes
Mayonis
Black Pepper
Garam

Cara-cara:
1. Tuangkan 2 sudu minyak dalam pan yang dah panas. Pakai saute pan ye. Saiz dia kalau sama saiz dengan tortilla, jangan kecik sangat nanti tak muat pulak nak letak tortilla. Kalau besar sangat pun tak cantik jugak. Hehe.
Camnilah Saute Pan tu.
2. Letak carrot, goreng sampai dia lembut, lepas tu masukkan tomato dan saleri. Dah macam layu sikit, masukkan salad, perasakan dengan garam, dan cili flakes. 

3. Sebelum tu, kat tepi, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, letakkan satu sudu mayonis, garam dan pepper. Guna whisk pun boleh, sampai nampak kembang dan fluffy.

4. Sayur dah layu, tuangkan telur tadi, pastikan api yang perlahan, taknak bagi telur cepat hangus, Pastikan jugak telur tu kena semua bahagian yang ada sayur, supaya dia pegang semua sekali, sebab nanti kita nak angkat sekali gus je. 

5. Bila telur dah nampak macam separuh masak, tabur cheese atas dia, ikut la nak banyak mana, suka banyak bubuh la banyak. 

6. Lepas tu letak tortilla atas dia. agak-agak dia dah lekat tu, lipat dua tortilla yang dah lekat dengan cheese tu, tapi pastikan bahagian luar adalah tortilla, jangan salah pulak, jadi bahagian sayur pulak nanti. Hahaha, Part ni la kot yang macam tricky sikit. 

Tips dia, pakai pinggan leper yang ringan untuk angkat sekali gus dulu, lepas tu pinggan satu lagi untuk terbalikkan, dah terbalikkan baru masuk dalam pan semula. Nak tunjuk terer sikit, pakai satu pinggan je, sekali hayun terbalikkan terus masuk dalam pinggan, lepas tu masukkan semua dalam pan. Try la yang mana terer. Haha.
7. Dah masukkan dalam pan, letak lagi cheese atas dia, dan lipat dua. Taknak lipat dua, nak bubuh satu lagi tortilla pun boleh. Suka hati laa..Tapi kalau nak letak satu lagi tortilla, make sure dah panas kan dulu, ataupun kena ulang semula step pinggan tapi. Hahaha.

8. Dah agak panas dan rangup, boleh angkat, potong sementara panas dan hidangkan. Hidangkan dengan sos salsa atau sos tartar pun menarik jugak.

Oh yaa, bahan-bahan tu terpulang pada kita, kalau nak letak ayam atau daging, sos tomato atau apa saja pun boleh, variasikan mengikut citarasa kita..



Nampak menggodakan?

Ikut la nak potong lagu mana pun..

Nak lipat dua camni pun bolehhh.
 Selamat Mencuba~

Thursday, December 03, 2015

Homemade Sushi Recipe

Sushi is japanese food consisting of cooked vinegared rice combined wth other ingredients. -wikipedia
Bila tengok cerita korea dan jepun ni mula la mengada nak try semua yang diorang makan. Yang paling terliur mestilah sushi. Mula-mula dulu beli je sushi ni, beli dekat Jusco Mid Valley waktu foundation 6 years back. Sebab tau kat situ halal. Mana saya tau? Saya pergi tanya dekat tukang buat sushi tu, lepas tu dia keluarkan sijil halal dari Jakim. Lepas tu memang every week cari sushi kat situ. Hehehe.

Sushi dekat jusco

Banyak sangat pilihan kan?


Lama-lama rasa nak buat sendiri sebab orang kata senanggggg je. Bermula la episod membuat sushi sendiri. Bila dah jadi, kita pun akan cakap, laaa.. simple sangat buat sushi ni rupanya..hihi..

Resepi Sushi
by Zahra Ameerah

2 cawan beras Sumo 
1 paket seaweed
4 batang Sosej (dipotong 4 memanjang)
1 batang timun jepun (dipotong 4 memanjang)
3 biji telur (dadarkan dan dipotong memanjang)
5 batang jejari ketam (dipotong 2 memanjang)


Beras Sumo 1kg (Sumber:Google)
Kalau perasan beras ni lain sikit, Saiz dia gemuk-gemuk dan pendek dari beras biasa, Tanak macam tanak nasi biasa, kalau beras sumo ni nisbah dia 1 cawan beras, 2 cawan air. Lepas dah basuh dan letak air, letak 1 sudu kecil garam dan gula siap-siap. Masak dalam rice cooker macam biasa.

Lepas dah masak nasi, angkat waktu panas-panas tu, tuang dalam mangkuk besar, kenapa kena besar? sebab kita nak gaul nasi tu dengann perahan limau atau cuka. Kalau kita rasa sushi yang dekat kedai, nasi dia akan ada rasa masam-masam sebab dia letak rice vinegar atau sushi vinegar. Tapi kalau kita tak nak takpe, tak payah letak. Macam saya, saya ubah rasa masam tu, instead of letak cuka, saya letak perahan limau, tambah garam dan gula, kacau sampai sebati semua dan rasalah nasi tu, dah kena dengan selera kita ke belum. Hehe.

Dah rasa sedap, tutup mangkuk tu dengan kain lembab, supaya nasi tu tak cepat kering.


Waktu nak tuang rice vinegar atau perahan limau. (Sumber:Google)
Okay sekarang, kita perlukan sushi mat. Tikar untuk gulung sushi. Kalau takde pakai plastik je pun boleh. Hihi. Letak sekeping seaweed. Seaweed tu ada dua bahagian kan? Satu yang rasa dia kasar, satu lagi yang rasa dia licin. Bahagian nak letak nasi ni, bahagian yang kasar tu. Emmm..Faham ke tak ni?  

Ni la rupa Sushi Mat

Ni rupa seaweed. Ada pelbagai saiz. Kita nak yang besar dia lebih kurang sushi mat.

Seaweed saiz besar
Pasal seaweed ni, tau tak seaweed ni antara makanan-makanan yang dapat kurangkan perasaan anxiety. 

Studies show that certain nutrients like zinc, magnesium, tryptophan and the B-vitamins play an important role in maintaining a balanced, positive mood. It has also been shown that consuming foods rich in these nutrients can significantly reduce anxiety levels.By incorporating the 7 best foods to reduce anxiety in your daily diet, namely dark chocolate, almonds, brown rice, seaweed, spirulina, oily fish and pumpkin seeds, you can ensure your body has enough nutrients to keep you calm and content. Sumber

Lepas tu letak nasi pada seaweed tu, make sure jangan penuh sangat. Nanti susah nak handle.
Baru susun segala jenis yang kita nak letak. Boleh agak-agak nak letak banyak mana.
Tips dia kena pastikan ada satu mangkuk air tepi kita waktu tengah buat ni. Sebab nasi sushi ni sifat dia melekat-lekat, Jadi nak elakkan melekat kan tangan, kena kerap celup tangan dalam air, ataupun tuala basah. Kalau air tu kena kerap tukar la ye. Jangan biar je. Huhu. 

Lepas dah susun semua bahan-bahan kita nak, boleh kita perlahan-lahan gulung sushi tu. Sambil mampat dan padatkan nasi bersama bahan-bahan tu. Cumanya, ingat, jangan tekan kuat-kuat sangat, nanti nasi tu terlalu padat dan tak menarik. Tekstur nasi tu akan jadi terlalu compact. Bila makan rasa macam kureng sikit, Haha.

Ni dah part last dah
Ok ni yang terakhir, bila dah gulung sushi tu, make sure sediakan pisau yang tajam. Dan, pisau kena sentiasa lembap, supaya nasi tu tak melekat-lekat dekat pisau. Kalau tengok dalam youtube, chef tu ajar, setiap kali nak potong satu slice sushi tu lap dulu dengan kain, supaya sushi kita kemas dan bersih.


Dah siapppp! Senang je kan?
Dekat pasaran siap ada sushi maker lagi. Nak katanya semakin-semakin senang la nak buatnya. Cuma kita rajin nak buat ke tak je la. Hihihi

Sushi maker
Selamat Mencuba~

Tuesday, December 01, 2015

Spageti Tuna Angel Hair

Hari minggu yang sangat padat, submission yang berduyun-duyun dan bertindih-tindih. Kertas yang bertimbun menunggu untuk dibaca dan difikirkan jalan penyelesaian. Masak pun nak yang simple dan cepat je. Yang penting sedap untuk semua makan. Hihi.

Spaghetti Tuna Versi Angel Hair
Buka almari, ada lagi Spaghetti Angel Hair ni setengah yang belum rebus, bahan semua cukup, okay kita on. Kenapa nama dia angel hair? Sebab halus kot, aka rambut-rambut bidadari. Sebelum ni dah post resepi Angel Hair Bolognese. Kali ni versi tuna pulak.

Abah kata "Eh, sedap la". Wahh, kembang la tukang masak, Hihi. Meh kita tengok resepi yang sangat mudah ni. Spaghetti Tuna ni ummi yang selalu buat dulu, kira ni resepi ummi la. Tapi kali ni saya olah sikit, saya pakai Angel Hair, sebab Angel Hair memang favourite semua orang dalam rumah ni. 

Spaghetti Tuna.
by Zahra Ameerah

1 bungkus Angel Hair Pasta (dicelur)
1 tin Tuna (in oil)
6 helai Salad (dipotong halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 batang lobak merah (dihiris macam batang mancis)
3 batang cili padi (dipotong halus)
5 ekor udang (direbus)
Mayonis
Garam

Cara-caranya:

1- Rebus dulu Angel Hair. 

Tips dia: Rebus, jangan lupa letak minyak dan garam secukupnya. Lepas mendidih, agak dah kena dengan selera, boleh terus tos. Sebab kalau biar rendam sampai air rebusan sejuk macam spageti atau pasta lain, nanti dia terlalu lembik. Sangat lembik. Pegang pun hancur.

2. Keluarkan tuna dari tin, minyak tu jangan buang dulu, letak tepi je. Hancur-hancurkan tuna guna garfu. 

3. Masukkan semua bahan, tuna, salad, bawang besar, lobak merah, cili padi, serta udang, gaul bersama spageti angel hair dan beberapa sudu mayonis. Gaul hingga sebati. 

4. Rasakan dengan garam, dan sudukan sedikit minyak tuna tadi untuk bagi ada rasa dan bau tuna. Dah gaul sedap dan rata, siappp.

Sangat mudah kan?
Tak payah masak atas dapur pun. Hehe.

Selamat mencuba~


Sunday, November 29, 2015

Usrah versi Rehlah

Alhamdulillah ala kulli nikmah, 
Allah beri kesempatan untuk kami bersatu hati sebelum fatrah exam menjelma, meskipun ada beberapa orang yang tak dapat hadir, tapi percayalah, yang semua ini aturan Allah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita, kat mana kita pergi, dengan siapa kita pergi. Jadi, yang tak dapat pergi jangan bersedih yaa~ There'll always be next time for us :)

Sebut je rehlah, perkara pertama mesti akan terfikir makanan kan? Hehe. Ini je la yang mampu kami sediakan selaku unit makanan. Hewhew. Menu ni dorang yang decide. 

Sorang nak Spaghetti Bolognese,
Sorang nak Spaghetti Carbonara,
Sorang nak Coleslaw,
Sorang nak Sushi,
Sorang nak Sandwish,
Sorang nak Kek Coklat.

Kakak senior tolong masak je la mana yang mampu..

So here you go,

Ehh, Tangan siapa ni?

Nak ceritanya rehlah ni, Allahuakbar macam-macam ujian Allah bagi. Nak boleh ke jadi, macam-macam, kereta takde la, ramai tak available tarikh tu la, dah ada kereta takde driver pulak, haha, macam-macam. Tapi Alhamdulillah, kita semua berjaya juga sampai ke hari kejadian. Alhamdulillah~


Sushi yang berjaya pikat hati insan-insan yang tak pernah sukakan sushi, Alhamdulillah~

Rehlah kali ni Alhamdulillah, rehlah yang sangat sarat dengan peringatan, dan juga pengisian. Perasaan tu rasa sangat teruja sebab bukan perut je kenyang, tapi hati rasa penuh. Penuh dan cukup memberi pengajaran kepada semua yang hadir. Allahu, seronoknya..


Sandwich macam gaya pro, diorang kata. Sebenarnya tiru dari Youtube je. Haha.


6 bungkus spaghetti rebus. risau tak cukup. Huhu.


Tambah lagi, makan sampai kenyang ye.


Nugget pun habis licin jugak


Kek Cawan Coklat Moist by Tepung Kek Rohana Bakery yang super duper easy!

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya" - Imam Ghazali

Ukhuwah itu adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, dan penghormatan yang mendalam terhadap setipa orang, pautan jiwa itu diikat oleh ikatan akidah Islam, Iman dan Taqwa.

Mahalnya ukhuwah itu tak boleh ditukar dengan dunia dan seisinya sekalipun. 

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati-hati mereka (kaum mukminin), seandainya kamu membelanjakan dunia dan seisinya, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah lah yang mempersatukan hati-hati mereka" (Al-Anfal:63)

Semoga ukhuwah kami semua ini sampai syurga, Insha Allah. Dengarnya ramai lagi tak boleh move on dari rehlah ni. Hehe. 

Semoga bilangan ini semakin membesar jumlahnya, Insha Allah :)

Credit Pictures: Mustakhim Razif Photography
Instagram's: mustakhimrazif


Sunday, November 15, 2015

Sauteed Cauliflower Recipe

Alhamdulillah, hari ni Allah turunkan hujan, kat sini jadi sejuukk sangat, sampai pakai stokin sebab lantai sejuk. Heheh. 

Hujan ni pun satu rahmat Allah, rezeki yang Allah turunkan. Jadi bila hujan turun, kenalah baca doa. Ni doa dia, ratib hari-hari dekat mulut, insha Allah nanti lekat terus dekat kepala tak hilang dah :)
Dan hujan ni pun waktu mustajab berdoa tau, waktu ni mintak dekat Allah laju-laju. Jangan malu jangan segan, mintak dekat Allah, tiada batasan untuk Allah memberi pada hamba-Nya, ingat tu ^_^


Doa Apabila Turunnya Hujan

Lunch tadi punya menu memang sangat mudah, semua orang pun boleh buat. Hehe. Sauteed Cauliflower nama inggeris dia, nama melayu Kobis Bunga Goreng. Haha. Yang penting sedap dan healthy.


Sumber: google
Sauteed Cauliflower

Ni resepi dia:

2 cawan Kobis bunga
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang Putih
1/4 kiub Stok ayam
Garam
Blackpepper
Air

Cara dia sangat simple, mula-mula tumis Bawang Putih dan Bawang Merah hingga layu. Masukkan stok ayam. Masukkan Kobis Bunga, masak hingga layu, tutup pan supaya Kobis lembut dan layu. Tapi kalau suka crunchie sikit jangan lama-lama. Perasakan garam dan blackpepper, Tuang sikit air supaya ada effect basah-basah sikit, Sikit je tau air. Kacau-kacau sikit, dah siap. Letak daun parsley sebagai hiasan.

Kalau nak masukkan sayur lain pun boleh, saya masukkan sekali kacang panjang sebab ada dalam peti. Haha. Janji sedap kan.

Google lagi

Padankan dengan lauk Chicken Grilled dan Crispy Tortilla Salad. Sedap sangat Masha Allah. Rugi tak try. Hehe. Resepi Crispy Tortilla Salad next time pulak share ea. 

Selamat Mencuba ;)

Tuesday, November 03, 2015

Kek Blueberry Frosting Cheese

Mama dia request nak sponge cake, topping cream cheese. Sebab Kek Chocolate Moist dah order untuk adik Mu'az. Buka peti tengok ada lagi blueberry filling, terus dapat idea. Kita buat Kek Blueberry lah, macam ala-ala kek Blackforest tu.

Here you go kakak, 
by Rohana Bakery

Nak jadikan cerita, dapat order hari selasa macam tu, rabu tu kalut nak naik bas. Tiket pukul 10.30 malam. Tapi event party ni hari jumaat. Jenuh duk fikir macam mana nak make sure kek tak cair nanti. Alhamdulillah Allah ilhamkan, kita buat cheese frosting, cheese frosting tak cepat cair macam whipping cream. 

Jadilah kek Blueberry Frosting Cheese..

Even yang tukang buat pun craving sangat. Terliur sampai hari ni. Haha.

And the feedback we got, Alhamdulillah segala puji bagi Allah, semua suka, diorang kata sedappp sangat, kek gebus gebas, tak muak. Alhamdulillah..


Alhamdulillah, segalanya datang dari Allah..

Wednesday, October 28, 2015

Resepi Nasi Ayam Mudah

Resepi Nasi Ayam Mudah ni sesuai untuk semua yang nak masak dengan cepat,tapi sedap hingga habis licin. Heheh.

Bila orang makan sampai habis licin, kita pun puas hati. Sebab bagi orang makan kenyang kan?
Sesuai jugak untuk juadah orang datang rumah, kita nak jamu makan malam atau tengahhari, sebab sangat cepat. Macam hari tu, ada kawan datang rumah pun jamu nasi ayam mudah je. Hehe.

Ok, meh masuk dapur Zahra yang sangat simple. 



A. Air Rebusan Ayam:
1 ekor ayam 
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
1/2 inci halia

Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dipotong nipis.
Masukkan air dan ayam yang telah dipotong 4. Pastikan paras air sehingga menutupi kesuluruhan bahagian ayam.

Letak garam dan perencah Hilal. Tunggu sehingga ayam empuk dan mendidih. Jangan lama sangat tinggal, nanti ayam hancur sebab empuk sangat.

Ayam dah siap rebus, angkat dan toskan.

Air rebusan ayam tu adjust bagi sedap, untuk jadikan sup. Letak sedikit perencah sup kalau nak bagi lagi kawww. Jangan lupa garam.



B. Nasi:
 
1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air rebusan ayam.

Tumiskan bawang putih, halia, bawang besar, buah pelaga, bunga lawang, dan kayu manis sehingga wangi. Nak tumis asing pun boleh, nak tumis dalam periuk pun boleh.

Dah wangi naik bau, tuang beras bersama air rebusan ayam, dan letak garam. Masak menggunakan rice cooker ya.



C. Perapan Ayam:
1 inci Halia
5 ulas Bawang Putih
Sos Tiram
Kicap Manis
Kicap Pekat
Kicap Masin
Perencah Hilal
Tepung Bestari

Halia dan bawang putih di tumbuk hingga lumat. Campurkan Sos tiram, Kicap Pekat, Kicap Manis, dan Kicap Masin. Kacau sebati. Lebihkan Kicap Manis kalau nak lebih umpph.

Letak garam dan gula, Satu sudu perencah Hilal dan sedikit Tepung Bestari. Tujuan tepung tu nak bagi lekat dan sedikit rangup pada ayam tu nanti.

Dah siap bahan perapan, lumurkan pada ayam rebus. Perap sehingga 30minit paling sekejap. (Sambil tunggu perap, boleh buat sos dan potong sayur untuk hidang)

Lepas tu boleh digoreng. Agak-agak dah garing boleh angkat.



D. Sos:
20 batang cili merah
5 batang cili padi
3 biji tomato
Limau Kasturi

Blend semua bahan kecuali Limau Kasturi.

Letak atas api bahan yang telah dikisar tadi, jika terlalu pekat,boleh tambah air sup tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Perahkan Limau Kasturi untuk rasa masam yang dikehendaki.

Hidangkan bersama Salad Segar, Tomato dan Timun.


Atau kalau nak special sikit, 
boleh cuba ni:

1- taugeh yang dah dicelur  dan siram dengan kicap manis.
2- sayur fatt choy dah direbus, siram dengan kicap pekat.


Ok. Dah siap! Selamat Mencuba (:


*Gambar ihsan pakcik google jeww. Tak dan nak susun makanan untuk ambil gambar dah kena makan dah..

Monday, October 26, 2015

Rohani yang terisi

Adik-adik ajak berusrah di luar,
katanya nak suasana lain,
masing-masing penuh dengan jadual submission projek,
tapi masih ingin luangkan masa bersama,
kata mereka perut perlu diisi, rohani juga perlu diisi.
Masha Allah..
 
Moga keikhlasan kita semua beroleh ganjaran dari-Nya.

Kami sempat siapkan apa yang mampu,
Bubur sedap by pijah,
Salad segar by ati,
Air bancuhan by fatin,
Kimbap, Sandwich, Dadih dan Bihun goreng by kakak naqibah.
Juga adik-adik yang comel-comel dapat hadirkan diri.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..
Terima kasih ya Allah..
Allah kurniakan sahabat-sahabat suka duka,
peneman setia akrab bersama,
Nikmat ini sungguh indah tak terkata..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.


"Keberkatan itu adalah apabila hatinya dirasakan semakin tenang dan semakin dekat Allah"

Credit Picture: Hafizah Ramdan Photography

Friday, October 23, 2015

Setiap yang hidup pasti akan mati

Bismillah,

Dapat berita tok shidah tenat lebih kurang dalam seminggu yang lepas, dan dua hari lepas tok shidah dah kembali ke rahmatullah.

She’s the one yang jaga tok dia dari dulu sampai ke hari akhir. Setiap kali cuti sem, dia mesti balik rumah sebab nak jaga tok. Dia kata kesian kat mak jaga sorang-sorang..

Kalau kitorang keluar pun tak boleh lama-lama, risaukan tok dekat rumah. Kalau call dia dekat rumah, mesti dia tengah duduk sebelah tok dia, kadang-kadang dengar tok dia nyanyi, kadang-kadang menangis..

Dia kata tok dia sangat menghiburkan hati. Macam-macam telatah hari-hari..Memang bila kita dengar pun, kita yang terhibur..

Dia juga yang jaga tok dia dari makan minum, mandi, pakai baju buang air, semuanya dia uruskan. Dia kata takkan nak bagi mak dia buat sorang..

Dan, tok dia dah pergi menghadap Illahi.

Saya tahu, kehilangan tok dia akan memberi kesan yang besar pada dia. 

Hari dia bagitau tu, dia nangis semahunya, Ya Allah sedih sangat, sampai kita pun nangis sekali..

Tapi saya juga tahu sahabat saya yang sorang ni boleh hadapi. Kan shidah?


Semoga sahabat saya yang seorang ni sangat tabah dan kuat menghadapi. Kita sayang tok, Allah lagi sayangkan tok.
"Innallaha ma’na"

Semoga tok tenang di sana..
Al-Fatihah.

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati"

Saturday, August 29, 2015

Cupcakes for Teacher Sarah


Memandangkan blog ni dah lama sangat terbiar, jadi saya rasa nak penuhkan blog yang dah penuh sawang ni dengan semua hasil karya saya. Bakery Artwork la kunun, Haha,

Hari tu adik-adik Madrasah Darul Iman tempah cupcakes nak bagi dekat Teacher Sarah. Teacher Sarah ni yang ajar diaorang Choral Speaking setiap hari Selasa.

Here you go..


Cupcake chocolate moist. Topping Chocolate. Dengan simple deco warna-warni. Harap Teacher Sarah dapat rasa kemanisan cupcake ni semanis yang buat dia. Hahaha. 

So sweet tau adik-adik ni bagi hadiah kat Teacher diorang. Bukan untuk birthday pun, untuk appreciation. Bagus kan?

Perasan tak dulu kita selalu semangat nak bagi hadiah dekat cikgu, lagi-lagi waktu sekolah rendah. Lagi-lagi cikgu yang kita minat. Kalau boleh semua benda nak bagi. Hehe. Tapi bila dah masuk sekolah menengah semangat tu dah semakin kurang. Kan? Bagi pun cuma waktu hari guru. Cikgu-cikgu terpilih sahaja. Huhu. Dah masuk universiti, lagi laa.. macam hilang terus semangat tu.. 

Hmmm.. kenapa ya?

Worth to ponder~ 

Monday, June 15, 2015

Jodoh dan ajal

Pesan Abah, dua rahsia Allah, Jodoh dan Ajal.

Jodoh, rahsia agung, sekali bertaut belum pasti selamanya kekal. Namun yang kekal itu datangnya tak diduga, bila masa dan ketika, yang dijanjikan-Nya.


Begitu juga ajal, rahsia Allah, tidak bertangguh saat dan ketika, datang menjemput pada yang dikehendaki-Nya, tak kira masa dan usia, tua atau pun muda.


Semuanya rahsia-Mu ya Allah, kerana kami semua milik-Mu ya Allah.

Keep faith in HIM. Whatever it takes.




coretan hati,
15 Jun 2015
10.23pagi
Zahra Ameerah

Tuesday, June 09, 2015

Resepi Ayam Penyet



resepi asal dari azlitamasammanis.

resepi olahan dari zahra ameerah


1- Nasi putih:
Tanak macam biasa ye

2- Ayam:
Rebus dengan rempah soto mak siti,
masuk halia, bawang putih, garam
Ayam dah siap rebus, sejukkan sekejap kat tepi.
*Air rebusan ayam akan dijadikan sup.

Macam ni rupa rempah Soto Mak Siti

Bahan perapan ayam:
Rempah soto mak siti, halia ditumbuk, bawang putih ditumbuk, serbuk kunyit, perencah hilal, garam, tepung serbaguna.
Gaul dengan ayam yang direbus dan perasakan secukupnya.

3- Sambal:
Cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, tomato, belacan.

Semua bahan dipotong kecil dan dimasak sehingga layu. Sejukkan.
Setelah sejuk, kisarkan hingga hancur.

Masak atas dapur hingga sambal jadi pekat dan berkilat cantik, bubuh garam dan gula sebagai perasa.

4- Tempe dan tauhu:
dipotong dadu dan gaulkan dengan lebihan perapan ayam.
Goreng tempe dan tauhu terlebih dahulu sebelum goreng ayam. Pastikan minyak panas dan cukup ya.

5- Ulam-ulaman:
Kobis bulat, tomato, timun, salad, kacang panjang.


Hidangkan panas2, ayam goreng jangan lupa penyetkan ya.
Sangat mudah kan?