.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Saturday, January 02, 2016

Ukhuwwah dalam Doa



Artikel indah berkisar ukhuwwah kimia dikirim dari seorang adik usai subuh tadi. Katanya hadiah di pagi hari. Tersenyum membaca 'hadiah' pemberiannya. Sungguh, situasi baru berkenalan tapi dirasakan telah lama berkenalan dengannya. Ukhuwwah berkimia katanya~

Dan nilai ukhuwwah keranaNya itu tidak bisa mungkin dinilai daripada berapa banyak LIKE yang diperoleh hasil status status ukhuwwah yang ditulis. (sumber)

Membuatkan aku mengimbau kisah lama.



Teringat detik perkenalan bersama sahabat tersayang yang tidak pernah berkenalan sebelum ini, tidak pernah terlihat satu sama lain, malahan di dalam program pun tidak pernah bersua muka. Namun, atas jalan dakwah ini juga lah kami bertemu. 


Kadang-kadang tersenyum sendiri saat mengimbau kembali detik-detik manis ini, 
hingga gugur air mata tanpa disedari.. 

Allah..indahnya perasaan tika itu.. 



Hari pertama.
Aku dapatkan nombor dia dari kakak-kakak. Ingin sekali mengenali dia yang bersama denganku di jalan ini, Seolah ada satu perasaan kuat yang mengatakan kami harus bersahabat. Rupanya memang Allah takdirkan kami untuk bertemu dan bersahabat, sungguh hebat kuasa Allah, saat aku disini memohon doa untuk bertemu dengannya, rupanya dia juga memohon doa untuk bertemu denganku, Allahu Akbar...



Pertama kali bertemu.
Kami bersapa seperti sudah lama kenal...
Bergelak dan bercerita seperti ini bukan kali pertama, perasaan kekok dan asing seolah terus hilang diganti gelak dan tawa kami. Subhanallah hebatnya aturan pertemuan-Mu ini, ya Allah..


Sejak itu kemana kami berada pasti bersama. Sehinggakan teman-teman lain bertanya bagaimana kami berdua saling mengenali, masakan tidak, sehinggakan bilik juga mahu sekali, hairan sungguh mereka barangkali. 


Namun, kami hanya mampu tersenyum menjawab persoalan teman-teman. 






Dan hari ini.
Sahabat saya nun jauh di seberang laut, hanya alam maya menghubungkan kami. Juga doa pengikat hati ukhwwah kami.


Satu ketika sahabat kesayangan ini diuji kehilangan orang yang tersayang, Allahu Allah..
runtunnya hati disini, tak dapat bersama dia disisi saat-saat dia memerlukan sokongan, 
hanya kiriman doa dan air mata yang tak putus-putus yang mampu diberikan. 


Allahu Allah, 
setiap hari memohon agar sahabatku ini dipinjamkan kekuatan oleh-Mu seperti kekuatan yang Engkau pinjamkan kepadaku hingga ke hari ini.



Terlalu banyak yang dipelajari bersama dia, hingga satu saat diri ini terlalu kagum dengan kesabaran dalam dirinya. Meski bermacam yang diuji hingga diri ini juga merasakan seperti ujian kesabaran buatnya, namun dia tetap mampu senyum dan bersabar. 


Sungguh, rindunya hati ini pada dia, tempat mengadu segala cerita, tempat berfikir meluahkan idea, tempat meluahkan rasa.. meskipun mata ini tidak dapat bertemu seperti selalunya, tidak mampu berhubung dengannya tiap ketika, namun aku percaya, ikatan hati kami tidak pernah putus. 





Kerana di atas jalan dakwah ini kami bertemu..


Moga Allah ya Bari' mengatur segala yang terbaik dalam hidupmu sahabatku..



Saturday, December 12, 2015

Angel hair Garlic Aglio Olio with Brocolli

Pasta lagi. Hujung minggu biasa orang masak heavy-heavy, ni masak pasta je. Nak buat macam mana, tekak rasa nak makan pasta je. Hahaha. Alhamdulillah, orang kat rumah layan je karenah kan, ye la, kalau tak, tak berasap dapur tu nanti. Ekekeke.

Ni semua gara-gara Laura in the Kitchen, selalu buat orang terliur dengan resepi-resepi pasta dia yang sangat mudah. Tapi mesti la kita akan ubah mengikut citarasa tekak melayu kita ni kan? Hehe.
Senang sangat masak pasta ni, lagi satu resepi dia healthy. Tu yang best. Dan orang kat rumah makan berebut-rebut. Siap kena masak lagi sekali sebab tak cukup. Tu yang paling seronok.





Angel hair Garlic Aglio Olio with Brocolli

Resepi asal: All recipes
Olahan: Zahra Ameerah

Bahan:
1/2 bungkus Angel Hair Pasta
6 biji Bawang Putih (dicincang halus)
1 cawan Brocoli (siap direbus)
1 cawan Stok Ayam
1 sudu butter
Saleri (Tambahan)
Carrot (Tambahan)
Parutan Cheese
Garam
Cili Flakes

Minyak Zaitun
Black Pepper


Cara:
1. Rebus Angel hair pasta seperti biasa. Jangan lupa letak garam dan minyak ya. Sentiasa kacau kalau tak nak pasta tu melekat lekat.

2. Panaskan 1/4 cawan minyak zaitun atas Saute Pan. Masukkan bawang putih, kacau sampai naik bau. Perlahankan api untuk pastikan bawang tak garing.

3. Masukkan stok ayam ke dalam pan dan kacau, 

4. Tuangkan semua angel hair kedalam pan. Pastikan pan cukup besar ye. 

5. Masukkan Brocoli, Saleri dan Carrot, dan butter, gaul sehingga sebati. Oh, lupa, saya memang suka masak penuh warna warni, sebab tu letak carrot dan saleri, bagi manis-manis sayur dan cantik. Tapi kalau tak suka takyah letak ye.

6. Parutkan Cheese secukupnya, suka banyak letak banyak ya. Perasakan dengan garam, black pepper, dan chili flakes. Gaulkan dan sedia dihidang.


Craving kan?





Mudahkan?
Selamat mencuba~

Friday, December 11, 2015

Resepi Quesadilla

Quesadilla, nama hebat sangat kan. Dalam wiki maksud dia:

 a wheat tortilla or a corn tortilla filled with cheese, a savoury mixture, and/or vegetables, cooked often on a griddle, then folded in half to form a half-moon shape
Quesadilla ni adalah makanan mexico. Tapi dari semasa ke semasa dah diubah mengikut citarasa dan zaman sekarang. Sesuai untuk breakfast atau snack. Sebelum tu meh berkenalan dengan jenis-jenis tortilla. Ada banyak jenis dekat pasaran, tapi ni antara yang saya guna. Oh, kalau nak buat sendiri a.k.a homemade pun boleh, lagi digalakkan.


Ni Tortilla Gandum

Ini Tortilla Jagung

Ini paling feveret, Tortilla whole wheat.


Resepi Quesadilla 
by Zahra Ameerah

Bahan-bahan:
1 keping Tortilla 
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 batang Carrot (dipotong dadu)
1/4 biji Salad (dipotong halus)
2 inci Saleri 
1 biji Telur
Shredded Cheese
Serbuk cili/ Chili Flakes
Mayonis
Black Pepper
Garam

Cara-cara:
1. Tuangkan 2 sudu minyak dalam pan yang dah panas. Pakai saute pan ye. Saiz dia kalau sama saiz dengan tortilla, jangan kecik sangat nanti tak muat pulak nak letak tortilla. Kalau besar sangat pun tak cantik jugak. Hehe.
Camnilah Saute Pan tu.
2. Letak carrot, goreng sampai dia lembut, lepas tu masukkan tomato dan saleri. Dah macam layu sikit, masukkan salad, perasakan dengan garam, dan cili flakes. 

3. Sebelum tu, kat tepi, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, letakkan satu sudu mayonis, garam dan pepper. Guna whisk pun boleh, sampai nampak kembang dan fluffy.

4. Sayur dah layu, tuangkan telur tadi, pastikan api yang perlahan, taknak bagi telur cepat hangus, Pastikan jugak telur tu kena semua bahagian yang ada sayur, supaya dia pegang semua sekali, sebab nanti kita nak angkat sekali gus je. 

5. Bila telur dah nampak macam separuh masak, tabur cheese atas dia, ikut la nak banyak mana, suka banyak bubuh la banyak. 

6. Lepas tu letak tortilla atas dia. agak-agak dia dah lekat tu, lipat dua tortilla yang dah lekat dengan cheese tu, tapi pastikan bahagian luar adalah tortilla, jangan salah pulak, jadi bahagian sayur pulak nanti. Hahaha, Part ni la kot yang macam tricky sikit. 

Tips dia, pakai pinggan leper yang ringan untuk angkat sekali gus dulu, lepas tu pinggan satu lagi untuk terbalikkan, dah terbalikkan baru masuk dalam pan semula. Nak tunjuk terer sikit, pakai satu pinggan je, sekali hayun terbalikkan terus masuk dalam pinggan, lepas tu masukkan semua dalam pan. Try la yang mana terer. Haha.
7. Dah masukkan dalam pan, letak lagi cheese atas dia, dan lipat dua. Taknak lipat dua, nak bubuh satu lagi tortilla pun boleh. Suka hati laa..Tapi kalau nak letak satu lagi tortilla, make sure dah panas kan dulu, ataupun kena ulang semula step pinggan tapi. Hahaha.

8. Dah agak panas dan rangup, boleh angkat, potong sementara panas dan hidangkan. Hidangkan dengan sos salsa atau sos tartar pun menarik jugak.

Oh yaa, bahan-bahan tu terpulang pada kita, kalau nak letak ayam atau daging, sos tomato atau apa saja pun boleh, variasikan mengikut citarasa kita..



Nampak menggodakan?

Ikut la nak potong lagu mana pun..

Nak lipat dua camni pun bolehhh.
 Selamat Mencuba~