.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Wednesday, September 07, 2016

Kimchi Homemade

Ada la sorang ni keep on asking "bila nak update blog". (You know who you are). Hahaha. Since ada yang ternanti-nanti, jadi kita updatelah ye. Orang tu tunggu resepi kimchi.

So here you go, tapi biasalah, search dekat internet resepi kimchi, tapi lepas tu ikut sedap sendiri je. Hehe. Yang penting air tangan kay, macam orang tu makan je terus kata sedap-sedap. Hihihi.

Resepi Kimchi
by Zahra Ameerah

Kimchi


Bahan-bahan:

1 biji kobis panjang/nappa cabbage
garam secukupnya

Bahan bubur:
1/2 cawan tepung pulut
1/4 cawan gula
2 cawan air

Bahan Kimchi Paste:
Serbuk cili Babas
1/2 cawan sos ikan
1/2 ikat daun bawang
1 biji epal hijau
2 biji carrot
1 biji goong pear
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:

Kobis panjang ni potong la 4 macam ni pun boleh, baru senang nak lumur garam.

1- Basuh kobis dengan bersih, lumurkan pada setiap helai daun kobis dengan garam secukupnya dan rendamkan dalam air selama 5 jam minimum.

2- Kobis panjang yang dah direndam dalam air masin hendaklah dibersihkan dan dibasuh bersih.
Tips dia rasa dekat bahagian batang, kalau masin sangat basuh lagi dengan air bersih sampai rasa dia sedap. Sedap tu masin-masin manis sayur.

3- Kisar bawang putih, bawang, halia. Air secukupnya, jangan terlebih.

4- Bancuh tepung dengan air, masak diatas api sehingga larut dan masukkan gula. Kacau sehingga larut, biarkan sejuk seketika. Ini dipanggil bubur.

5- Potong carrot, daun bawang, goong pear dan epal hijau panjang-panjang, macam buat acar. Jangan halus sangat, nanti tak rasa waktu makan. Hehe.

6- Masukkan bubur dan bahan kisar, bersama serbuk cili, sos cili, kacau sehingga sebati. Kalau nak merah lagi, masukkan serbuk cili lebih. Perasakan dengan garam dan gula. Rasa dia mesti cukup pedas, masin dan manis.


Ni serbuk cili korea, tapi macam susah nak dapat. Jadi kita pakai yang bawah ni.


Pakai yang Babas ea, sebab dalam banyak-banyak Babas punya warna paling merah.

7- Masukkan carrot, daun bawang, epal hijau dan pear dalam kimchi paste dan gaul sebati. 

8- Perah kobis panjang sampai hilang air. Potong kobis tu jadi kecil-kecil supaya senang nak gaul dan simpan dalam bekas.

9- Lumurkan kimchi paste pada setiap helai kobis. Gaul sebati. Rasalah, pastikan sedap.

10- Masukkan dalam bekas yang dikehendaki. Simpan kat luar selama 2 hari sampai keluar buih-buih baru masukkan dalam peti. Dah siap!


Ni mula-mula buat, buat setengah kobis je, dapat banyak ni.


Simpan dalam bekas comel-comel, bila nak makan baru bawak keluar peti k.

Sejak ada kimchi dalam peti, semua benda masak berasaskan kimchi. Hehe. Kimchi jjigae, kimchi bokkeumbap, kimchi ramyeon, kimchijeon. Semuanya kimchi. Beza dia dengan kimchi beli ialah rasa dia. Bila buat sendiri, rasa dia puas hati sebab kena dengan selera kita. Ehehe.


Ok awak, Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)