.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Friday, August 15, 2014

Spageti Angel Hair Bolognese

Dua hari lepas buat Spageti. Sebab nak habiskan tomato puri yang dah guna half.. Tapi tengok-tengok ada angel hair je, spageti takde.. Alamak.. sebenarnya Angel hair nak buat Spageti tuna.. Tapi takpe la, apa-apa je la. 


Ni Spagheti Angel Hair.
Biasa saya guna San Remo..
Beza dia Spageti Angel Hair ni dia halus sangat dari yang biasa. Tapi sedap je. Hehe. 

Bahan-bahan:
Spageti Angel Hair (yang telah direbus)

Cenggini rupa lepas rebus.
Tips dia: Rebus, jangan lupa letak minyak sesudu dan garam secubit. Lepas mendidih, agak dah kena dengan selera, boleh terus tos. Sebab kalau biar rendam sampai air rebusan sejuk macam spageti atau pasta lain, nanti dia terlalu lembik. Sangat lembik. Entah la, rasa macam nak makan tak best. Huhu.

Tomato Puree 
Yang biasa beli dan murah, rasa pun sedap. Tak masam sangat.

Saya tak pandai buat spageti pakai sos spageti yang dah sedia tu, mesti tak kena dengan cita rasa, bau itu lah, rasa ini lah. Jadi, kita buat je la sendiri. Tak susah pun :)

Bawang besar (dipotong dadu)

Bawang besar ke bawang holland ke, boleh semua boleh. No hal.

Time nak blogging, search gambar berkaitan, jumpa gambar ni. Haa, elok la, bagi yang nak cuba potong dadu dengan cepat dan senang. Pedih mata pun kurang.

 Buah Tomato (potong dadu juga)


Kalau saya masak, saya tak suka sangat potong halus-halus. Nanti tak rasa, lepas tu tengok macam kosong je sebab halus sangat. So, potong besar-besar sikit pun boleh.. Takde hal.. Kita yang makan kan..

Umi selalu pesan, potong sayur jangan terlalu halus, tak kisah sayur apa pun, sebab nanti zat kurang, sebab halus sangat, habis dekat mata pisau je. Ni umi pesan. Jadi dah terbiasa macam tu..

Capsicum (potong dadu)

Cari warna lain selain merah. Sebab nanti takde beza, warna-warni dalam masakan lagi comel. :)
Cendawan butang (potong slices/ dadu)


Bawang Putih (dadu jugak--nak bagi bau je)
Sosej (potong slice)
Ubi Kentang (dipotong dadu)

Nak masukkan daging cincang atau ayam cincang pun boleh. Daging lagi sedap. Tapi dalam peti semalam takde. Jadi Sosej je la. Ayam lambat nak tunggu defrost. Huhu.
Kalau ada daging/ayam cincang kena rebus dulu ye, lagi-lagi daging, rebus dulu sampai empuk. Nanti proses buat sos sekejap je.

Bahan perasa:
Sos Cili
Sos Tomato
Garam 
Gula
Serbuk Paprika (Semalam takde, kalau letak serbuk cili rasa dia kureng sikit, saya ganti je dengan dua tiga biji cili padi, pedas baru sedap. Huhu)
Stok ayam (Serbuk--untuk yang tak letak ayam atau daging)

Oregano
Bay Leaves (Kalau ada)
Thymes (Kalau ada)

Cara:

1- Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah didadu sampai naik bau. Tuang tomato puri, tambahkan air. Sukatan agak-agak je la. Saya buat setengah je tomato puri (sebab tu je yang tinggal), air dalam 2 tin. Kalau rasa cair, adjust la. 

2- Kacau, boleh letak sayur yang kena masak lama macam ubi kentang. Sosej masuk last, sebab nanti dia kembang sangat. Tak comey.

3- Masukkan bahan perasa, dan adjust lah. Kalau cair boleh tambahkan sos cili dan tomato, nanti dia akan jadi pekat. 

4- Tunggu mendidih baru letak oregano, Daun Bay dan Thymes. Untuk bagi bau yang lebih perfect. Ada salah satu pun dah cukup. 

5- Make sure semua sayur dah masak, baru tutup api. Waktu kalau cair boleh tambah tepung jagung.

Dah siap!

Google lagi
Macam ni la konon-konon rupa dia, tapi saya punya penuh dengan warna sayur dan sosej. Baru meriah namanya. Dan. Tak ingat nak amek gambar. Hehehe.

Senang sangat kan.. :)

Wednesday, August 13, 2014

Baby Julai dan Mineral Coffee

Bulan lepas (Julai), dapat 4 orang baby dalam sebulan. Huhu. Semua comel-comel. 2 orang dah jumpa, lagi 2 belum jumpa lagi.




Baby Asiah--jauhh dekat Jordan, tengok gambar dari group family dan fb..
Baby Dhia Qurratuaini--yang ayu tu, hari tu malu-malu nak bukak mata pun, hihi..
Baby Muhammad Muadz--yang tido gaya macho tu, hensem gitu..
Baby Qalif Adrazin--yang nekta pegang tu, baby comel, nekta Norita Sujak pun comel, hihihi..

Mama Muadz kata, sepanjang bf ni, mama Muadz minum Mineral Coffee, untuk bagi tenaga dekat mama, dan untuk pekatkan susu. Mama Muadz kata, sekali minum bukan 1 sachet, tapi 2 sachet! Baru kaw! Huhu..

Mineral Coffee boleh diminum untuk ibu mengandung dan bf juga!

Baby Asiah pulak, minggu ni Tok Wan dan Tokki dia ke Jordan nak tengok cucu, sebelum pergi, borong dulu Mineral Coffee berkotak-kotak untuk bekal diorang dan jugak abi dan umi Asiah. 



Hari tu, waktu puasa, sahabat baik saya beli Mineral Coffee sekotak, katanya nak minum kopi time pregnant, sebab asyik lakinya je minum Kopi, bila tau Mineral Coffee boleh minum dia pun order sekotak. Bila dia minum, asyik buang air besar, rupanya dia seronok sangat, sebab sepanjang pregnant susah nak buang air besar.. Selalu sangat sakit kepala, mana tak nya, toksid dalam badan tak dibuang.. Lega sangat dia.. Alhamdulillah..


Saya tahu cerita dia dari pm fb :)
Alhamdulillah, seronok sangat bila dapat membantu orang lain dalam kehidupan mereka.. Mineral Coffee ni bagus sangat untuk semua orang.. Saya dan keluarga serta kawan-kawan dah alaminya, anda bagaimana? :)

Semoga anak-anak soleh/solehah ini menjadi permata hati dan harapan keluarga, agama dan ummah. Amin. 

Bubur Jagung fresh dari Cameron


 
Minum petang 3 hari lepas, bubur jagung feveret. Alkisah dapat jagung dari Cameron, apa lagi, tak sabar la nak terkam. Jagung Cameron Mutiara tu kan manis, Jagung Cameron Susu pulak lemak-lemak. Sedapnyee ;)

Lama sesangat tak buat bubur jagung ni. Huhu. Resepinya mudah sesangat. Siyes senang sangat. Haha. Ni nama dia:

 'Resepi Ikut Suka'
 
Jagung Mutiara


Siang jagung-jagung tu dulu. (Siang ke ayat dia?) Potong jagung halus-halus, rasa nak sebiji-sebiji jangan halus sangat, sampai tinggal pulur je--berapa tongkol suka hati. Saya punya round satu, 4 tongkol. Esoknya tak cukup, buat satu round lagi, 6 tongkol. Teringin punya pasal. Hehe.

Tuang je terus dalam periuk. Rebus jap sampai lembut--air jangan banyak sangat, cukup-cukup dia tenggelam je. Kalau tak nanti cair sangat tak best.

Dalam bekas lain, bancuh susu cair dengan santan, sukatan agak2 je--jangan cair sangat, atau pekat sangat. Saya pakai santan kotak je, apa yang ada je. Pakai santan kotak Kara. Jangan banyak, masin. Kacau dulu sampai santan dengan susu cair sebati, sebab santan kotak pekat sangat. Dah agak serasi, tambah air sikit kalau rasa pekat sangat. Nisbah santan kotak dengan susu cair, 1/3 kotak santan: 1 tin Susu Cair.

Lepas tu, tuang je dalam periuk rebusan jagung tadi. Kalau cair tambah susu cair lagi. Santan takyah dah. Tambahkan garam gula untuk perasa. Lagi manis lagi best. Kacau sampai didih. Hidang sejuk-sejuk. Huisy..sedapnye..

Kalau nak tambah sago pun boleh, lepas letak susu dan santan tu, letak sekali sago, biar sampai masak. Tapi make sure kena kacau ye. Kalau tinggal nanti pecah lemak, tak cantik.. 

Selamat Mencuba~

Tuesday, August 12, 2014

Resepi Tiramisu sejak dulu kala..

Ini post dari fb pagi tadi :)

Sahabat kesayangan saya, Illeya Ibrahim minta resepi Kek Tiramisu. Lama dah tak buat sebenarnya, itu pun gambar dua tahun lepas, ada orang tempah untuk Sambutan Hari Jadi. Jadi, duk godek blog ni lah cari resepi dekat entri yang lama-lama (sebab dulu rajin buat koleksi resepi-resepi ni dekat blog, tapi sekarang? huhu.. -_-").

Saya dah olah sikit dari resepi asal. Sebenarnya resepi ni saya dapat dari kawan saya waktu Form 5, 6 tahun dulu. Sampai sekarang saya guna resepi ni, tapi versi saya. So, here it goes..



Kek Tiramisu Birthday di order dua tahun lalu

~Kek Tiramisu~

Cream:
Cream Cheese 500g
Gula 200g
Whipped Cream 200g
Esen Vanila (1 tutup penuh)
Coffee (1/2 sudu besar+1 sudu besar air)

Sos:
Susu kotak full cream 300ml
Coffee (1/2 sudu besar+100ml air)
Chocolate syrup (6 sudu besar)
Air 100ml
Esen Vanila (1 sudu kecil)
gula (1 sudu besar)

Bahan Lain:
Kek Sponge
Serbuk koko

Cara:
1. Campur semua bahan sos dan kacau.
2. Putar cream cheese hingga sebati selama 5 minit.
3. Masukkan gula dan putar selama 10 minit.
4. Masukkan whipped cream, esen vanila dan Coffee. Putar lagi selama 5 minit.
5. Potong kek sponge kepada 3 bahagian.


Ini contoh kek sponge di potong dua
Sumber: Google

6. Letak 1 bahagian kek atas papan.
7. Sudukan sos ke atas kek sehingga kek lembut dan menyerap.
8. Taburkan koko dengan mengayak.
9. Sudukan cream atas lapisan koko sehingga rata semua.
10. Ulang langkah 5,6,7,8 sehingga habis.
11. Ayak koko atas lapisan cream.

Lepas tu, boleh simpan dalam fridge. Agak-agak da sejuk, boleh la makan


Sebenarnya resepi asal pakai nes*cafe..tapi tukar la..kan produk NESTLE tu..nak tukar jadi Mineral Coffee yang awesome pun boleh!

Memang bau dia sure terangkat punya lah!

Buat dalam bekas pun boleh ya. Sebab atas papan tu cepat cair, unless bubuh gelatin nk bagi berdiri.. Kalau saya buat untuk sendiri makan, saya letak dalam bekas je, senang nak cedok dan simpan semula dalam peti. Kalau atas papan, susah nak simpan..

Sumber: Google
  
Yang sebelum ni versi biskut jejari..mana-mana pun sedap.. Sama je step, cuma part kek sponge tu gantikan dengan biskut jejari. Biskut Jejari ni banyak je jual kat kedai.

Sumber: Google
Tips lain, orang kata waktu putar cream tu boleh masukkan setitik dua lemon, tapi saya tak pernah pulak cuba. Sebab setiap kali nak buat, mesti tak ingat. Dah siap baru teringat. Hehe..

Selamat Mencuba!