.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Friday, August 15, 2014

Spageti Angel Hair Bolognese

Dua hari lepas buat Spageti. Sebab nak habiskan tomato puri yang dah guna half.. Tapi tengok-tengok ada angel hair je, spageti takde.. Alamak.. sebenarnya Angel hair nak buat Spageti tuna.. Tapi takpe la, apa-apa je la. 


Ni Spagheti Angel Hair.
Biasa saya guna San Remo..
Beza dia Spageti Angel Hair ni dia halus sangat dari yang biasa. Tapi sedap je. Hehe. 

Bahan-bahan:
Spageti Angel Hair (yang telah direbus)

Cenggini rupa lepas rebus.
Tips dia: Rebus, jangan lupa letak minyak sesudu dan garam secubit. Lepas mendidih, agak dah kena dengan selera, boleh terus tos. Sebab kalau biar rendam sampai air rebusan sejuk macam spageti atau pasta lain, nanti dia terlalu lembik. Sangat lembik. Entah la, rasa macam nak makan tak best. Huhu.

Tomato Puree 
Yang biasa beli dan murah, rasa pun sedap. Tak masam sangat.

Saya tak pandai buat spageti pakai sos spageti yang dah sedia tu, mesti tak kena dengan cita rasa, bau itu lah, rasa ini lah. Jadi, kita buat je la sendiri. Tak susah pun :)

Bawang besar (dipotong dadu)

Bawang besar ke bawang holland ke, boleh semua boleh. No hal.

Time nak blogging, search gambar berkaitan, jumpa gambar ni. Haa, elok la, bagi yang nak cuba potong dadu dengan cepat dan senang. Pedih mata pun kurang.

 Buah Tomato (potong dadu juga)


Kalau saya masak, saya tak suka sangat potong halus-halus. Nanti tak rasa, lepas tu tengok macam kosong je sebab halus sangat. So, potong besar-besar sikit pun boleh.. Takde hal.. Kita yang makan kan..

Umi selalu pesan, potong sayur jangan terlalu halus, tak kisah sayur apa pun, sebab nanti zat kurang, sebab halus sangat, habis dekat mata pisau je. Ni umi pesan. Jadi dah terbiasa macam tu..

Capsicum (potong dadu)

Cari warna lain selain merah. Sebab nanti takde beza, warna-warni dalam masakan lagi comel. :)
Cendawan butang (potong slices/ dadu)


Bawang Putih (dadu jugak--nak bagi bau je)
Sosej (potong slice)
Ubi Kentang (dipotong dadu)

Nak masukkan daging cincang atau ayam cincang pun boleh. Daging lagi sedap. Tapi dalam peti semalam takde. Jadi Sosej je la. Ayam lambat nak tunggu defrost. Huhu.
Kalau ada daging/ayam cincang kena rebus dulu ye, lagi-lagi daging, rebus dulu sampai empuk. Nanti proses buat sos sekejap je.

Bahan perasa:
Sos Cili
Sos Tomato
Garam 
Gula
Serbuk Paprika (Semalam takde, kalau letak serbuk cili rasa dia kureng sikit, saya ganti je dengan dua tiga biji cili padi, pedas baru sedap. Huhu)
Stok ayam (Serbuk--untuk yang tak letak ayam atau daging)

Oregano
Bay Leaves (Kalau ada)
Thymes (Kalau ada)

Cara:

1- Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah didadu sampai naik bau. Tuang tomato puri, tambahkan air. Sukatan agak-agak je la. Saya buat setengah je tomato puri (sebab tu je yang tinggal), air dalam 2 tin. Kalau rasa cair, adjust la. 

2- Kacau, boleh letak sayur yang kena masak lama macam ubi kentang. Sosej masuk last, sebab nanti dia kembang sangat. Tak comey.

3- Masukkan bahan perasa, dan adjust lah. Kalau cair boleh tambahkan sos cili dan tomato, nanti dia akan jadi pekat. 

4- Tunggu mendidih baru letak oregano, Daun Bay dan Thymes. Untuk bagi bau yang lebih perfect. Ada salah satu pun dah cukup. 

5- Make sure semua sayur dah masak, baru tutup api. Waktu kalau cair boleh tambah tepung jagung.

Dah siap!

Google lagi
Macam ni la konon-konon rupa dia, tapi saya punya penuh dengan warna sayur dan sosej. Baru meriah namanya. Dan. Tak ingat nak amek gambar. Hehehe.

Senang sangat kan.. :)

1 comment:

  1. awakk! sedapnyee! meh laa blog saya kte kongsi2 resepi nak? :3

    ReplyDelete

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)