.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday : What is this? Anyone? :D



Wanita berhak memberi izin atau minta dibebaskan jika suami ingin berpoligami

Skema kan tajuk? Hehe. Sebenarnya saya dah lama cari tentang ni. Isu poligami. Tentang wanita berhak mengizinkan atau minta dibebaskan jika suami ingin berpoligami. Saya cari sirahnya. Alhamdulilah dah jumpa, sungguh, saya teruja. 

Kerana sirah itu kisah FATIMAH AZZAHRA r.ha Ketua Bidadari Syurga. Alhamdulillah..

Mula-mula macam rajin nak buat ayat sendiri, tapi lepas tu rasa macam baik kekalkan yang original dari penulis. Hehe. Petikan bawah ni saya ambil dari sini. 

Juga di ceritakan sejarah hidupnya. Bila Fatimah lahir, bagaimana didikan yang diterima, bagaimana berani Fatimah membela nabi, kisah perkahwinannya yang penuh barakah, juga tentang imannya yang tidak pudar meski dalam keadaan lapar dahaga. Semua ni telah Fatimah Syarha kupas dengan ayat yang mudah difahami.


Membuktikan Wanita Berhak Mengizinkan atau Minta Dibebaskan Jika Suaminya Ingin Berpoligami
            Suatu hari Saidina Ali r.a. dipinang oleh Abu Jahal untuk puterinya. Hal itu amat menyakitkan Fatimah r.ha. Apabila diadukan kepada ayahandanya, ternyata Rasulullah SAW juga terasa disakiti dengan apa yang menyakitkan puterinya. Baginda berdiri lalu berpidato, “Aku telah nikahkan Abu Ash bin Rabi’. Dia berkata kepadaku dengan jujur. Fatimah binti Muhammad adalah sebahagian daripadaku. Aku tidak suka orang-orang menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki.”
Mishwar bin Makhramah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar, “Bani Hasyim bin Mughirah memintaku merestui pernikahan  puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib.  Aku tidak izinkan, dan aku tidak izinkan. Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Puteriku adalah bahagian daripadaku. Apa yang membuatnya gelisah juga membuatku gelisah, dan apa yang menyakitinya juga menyakitiku.” (Rujuk HR Muslim, 2449). Maka Ali r.a. menolak pinangan Abu Jahal.
            Imam Nawawi berkata, dari hadis ini para ulama mengambil kesimpulan, “Tidak boleh menyakiti Rasulullah SAW walaupun pada perkara yang harus. Seperti peristiwa di atas, perkahwinan puteri Abu Jahal dengan Ali sebenarnya harus dilakukan tetapi Rasulullah SAW melarangnya dengan dua alasan: 1. Pernikahan itu akan menyakiti Fatimah, dan itu menyakiti Rasulullah. 2. Khawatir terjadi hal-hal yang tidak baik pada Fatimah yang timbul dari rasa cemburu.” (Rujuk Syarhun Nawawi: 16/4).
Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW bersabda dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibn Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."[1] 
Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling terkenal iaitu Fathul Bari 86/7,  karangan Ibnu Hajar al-Asqalani. Antara tafsirannya ialah:
1.      Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.
2.      Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah r.ha. Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji mereka. Jelas sekali bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali r.ha., jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah (untuk mengingatkannya). Ataupun mungkin tidak berlaku pun syarat seandainya tidak dijelaskan bahawa itu suatu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).
3.      Meraikan hak Fatimah r.ha. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tidak tinggal seorangpun yang dapat ia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya jika nanti dia cemburu.
Realiti hari ini, masih wujudkah bapa sewibawa Rasulullah SAW dalam memahami dan membela rasa hati puterinya?


PS: Allahuakbar, sungguh tersentuh membaca kisahnya. Bertapanya Rasulullah sayang pada puterinya.

PSS: Setiap yang berhak boleh menyuarakan haknya :) Keadilan itu pada semua :))

PSSS: Ehe, macam hot pulak tajuk. :D

Thursday, June 23, 2011

Kempen: Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!



Saya menyahut seruan kempen cik Atika Aula. Klik sini jika ingin join juga Kempen:Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah! 

Saya memang setuju 125% la. Sebabnya, semua orang tahu blog ni boleh dijadikan medium yang pelbagai, macam bisnes untuk raya, bisnes kecantikan, macam-macam bisnes la boleh. Ohh, lupa, juga luahan hati dan perasaan. 

Jadi, apa salahnya gunakan juga blog ini sebagai medium untuk berdakwah. kan? 'Ballighu anni walau ayah' [Sampaikan walaupun satu ayat]

Boleh rujuk sini isu-isu yang pernah saya kupas, klik link-link di bawah:

Tag: 

PS: Bila sebut dakwah tak semesti ustaz ustazah je boleh buat kan?

Tuesday, June 21, 2011

Saya juga boleh berfesyen

Saya baru lepas menjelajah blog teman-teman. Dan saya cukup terkesan dengan entri ini seribu kali sayang by Farah Adlina.  Kami pernah bincangkan isu ini sebelum ni. Isu tudung yang membezakan 'kita'.

Jika sesiapa yang update dengan fesyen, pasti kenal gambar mereka ini.

Maria Elena Zarul

Fatin Liyana

Hana Tajima Simpson

Heliza Helmi


*Credit to Mr.Google for the pictures :)

Ohh, saya gembira dengan hijab style yang bermacam sekarang, yela, nak dibezakan dengan waktu saya darjah satu dulu, boleh kira berapa ramai je yang mereka jadikan ikon itu bertudung, sehinggalah era wardina muncul, cumanya, macamana kita apply betul-betul dengan Islam gariskan. Seperti kata farah, 
bagi saya, kalau muslimat ni hanya diwajibkan pakai tudung bulat tu je, agak rigid ar. bukan nak hina golongan itu. saya tak mnyebelahi mana2 pihak ni. saya meraikan pendapat nak pakai hijab yang fashionable tu je. maklumlah, orang muda kan slalu update dengan trend. bagaimana kita nak dekati golongan ini jika mereka takut dengan penampilan kita kan?
Em, betul farah. Ini bukan isu ghuraba'. Tapi tidaklah pula saya menyeru kepada anda yang bertudung labuh supaya tukar style anda, tidak sama sekali. Cuma, usahlah dipandang serong sahabat-sahabat kita yang tidak 'sama' dengan kita ni.

Saya juga seperti farah, meraikan pendapat yang nak pakai hijab yang fashionable. Sebab kita tahu, fitrah seorang wanita yang inginkan kecantikan. Cumanya, selarikan hijab yang fashionable itu segaris dengan tuntutan syariat. 

Sebabnya mereka-mereka ini dijadikan Ikon untuk berhijab. Sehinggakan, ada yang memang tidak berhijab tetapi berhijab kerana melihat cantiknya trend hijab kini. Haa, sampai macam tu kan. Niat dia apa wallahu'alam, itu urusan dia dengan Allah. Tapi yang saya nak katanya, macamana besarnya effect mereka-mereka ni dalam masyarakat sekarang.

Baru-baru ni, saya ke UIA Gombak atas urusan tertentu. Sewaktu di kafe, saya melihat seorang gadis yang berselendang cantik (sila baca: fashionable hijab). Saya terpegun, sebab gadis itu selarikan fashionable hijab segaris dengan tuntutan syariat. Hijabnya menutupi dada. Cantik sekali, Pashminanya yang tidak jarang tu ber 'style' Hana Tajima juga, cuma diubah sikit bagi menutupi dada, serta berbaju kurung dan lengkap berstokin. Wahh, ayu gitu. Hehe. Saya bersyukur kerana trend ini sudah dimulakan. 

Saya percaya, tidak lama lagi, fesyen seperti itu pula yang akan diketengahkan. InsyaAllah.


PS: Timbul juga isu bila muslimat tak pakai tudung labuh, katanya tak thiqah. =_=" 


PSS: Sekadar meluahkan pendapat, pendapat tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah, jika anda mahu tambah atau memperbetul, sebesar padang golf saya alu-alukan :)

Saturday, June 18, 2011

Tepung kek tu hasilkan kek yang besar mana ye?

Em, ada yang tanya tepung kek ni untuk kek yang berapa kilo, and ada contoh tak. 


Ok, now saya detailkan sikit. Di packingkan macam ni: 


Akan dapat hasil macam ni:

Kawan my mom yang order, tarikh 13.3.2010

Ni ukuran loyang 9X9. Akan hasilkan kek yang berukuran sekilo ++. Cara-cara yang amat mudah tu ada di belakang kertas tu. Kek ini boleh di kukus dan di bakar. Dua-dua sedap. Di jamin MOIST.

PS: Toping sekali dengan design tu tak la, kene la buat sendiri, tapi kalau nak order dengan saya pun boleh :) 013-2682641

Tuesday, June 07, 2011

Resepi Tiramisu

Atas permintaan, saya postkan lagi sekali resepi tiramisu ni. Sebenarnya resepi dah post waktu di blog lama dulu, tapi sebab blog tu dah takde, jadi saya post je la lagi sekali.
~Tiramisu~

Cream:
Cream Cheese 500g
Gula 200g
Whipped Cream 200g
Esen Vanila (1 tutup penuh)
Nescafe (1/2 sudu besar+1 sudu besar air)

Sos:
Susu kotak full cream 300ml
Nescafe (1/2 sudu besar+150ml air)
Chocolate syrup (6 sudu besar)
Air 150ml
Esen Vanila (1 sudu kecil)
gula (1 sudu besar)

Bahan Lain:
Biskut jejari
Serbuk koko

Cara:
1. Campur semua bahan sos dan kacau.
2. Putar cream cheese hingga sebati selama 5 minit.
3. Masukkan gula dan putar selama 10 minit.
4. Masukkan whipped cream, esen vanila dan nescafe. Putar lagi selama 5 minit lagi.
5. Susun biskut jejari dalam bekas.
6. Sudukan sos ke atas biskut sehingga biskut lembut dan menyerap.
7. Taburkan koko dengan mengayak.
8. Sudukan cream atas lapisan koko sehingga rata semua.
9. Ulang langkah 5,6,7,8 sehingga habis.
10. Ayak koko atas lapisan cream.

Lepas tu, boleh simpan dalam fridge. Agak-agak da sejuk, boleh la makan :)

Sedikit tips, setakat sekarang, saya tak jumpa lagi biskut jejari yang ada cop halal. Jadi, saya tak gunakan biskut jejari. Saya guna kek sponge. 

Edit la sikit resepi tu,

#Edit-Tiramisu (Kek Sponge)

Ni contoh kek sponge yang dipotong dua.


Cara:
1. Campur semua bahan sos dan kacau.
2. Putar cream cheese hingga sebati selama 5 minit.
3. Masukkan gula dan putar selama 10 minit.
4. Masukkan whipped cream, esen vanila dan nescafe. Putar lagi selama 5 minit lagi.
5. Potong kek sponge kepada 3 bahagian.
6. Susun 1 bahagian kek dalam bekas.

7. Sudukan sos ke atas kek sehingga kek lembut dan menyerap.
8. Taburkan koko dengan mengayak.
9. Sudukan cream atas lapisan koko sehingga rata semua.
10. Ulang langkah 5,6,7,8 sehingga habis.
11. Ayak koko atas lapisan cream.
 *Credit for pic:Mr.Google