Wanita berhak memberi izin atau minta dibebaskan jika suami ingin berpoligami

Skema kan tajuk? Hehe. Sebenarnya saya dah lama cari tentang ni. Isu poligami. Tentang wanita berhak mengizinkan atau minta dibebaskan jika suami ingin berpoligami. Saya cari sirahnya. Alhamdulilah dah jumpa, sungguh, saya teruja. 

Kerana sirah itu kisah FATIMAH AZZAHRA r.ha Ketua Bidadari Syurga. Alhamdulillah..

Mula-mula macam rajin nak buat ayat sendiri, tapi lepas tu rasa macam baik kekalkan yang original dari penulis. Hehe. Petikan bawah ni saya ambil dari sini. 

Juga di ceritakan sejarah hidupnya. Bila Fatimah lahir, bagaimana didikan yang diterima, bagaimana berani Fatimah membela nabi, kisah perkahwinannya yang penuh barakah, juga tentang imannya yang tidak pudar meski dalam keadaan lapar dahaga. Semua ni telah Fatimah Syarha kupas dengan ayat yang mudah difahami.


Membuktikan Wanita Berhak Mengizinkan atau Minta Dibebaskan Jika Suaminya Ingin Berpoligami
            Suatu hari Saidina Ali r.a. dipinang oleh Abu Jahal untuk puterinya. Hal itu amat menyakitkan Fatimah r.ha. Apabila diadukan kepada ayahandanya, ternyata Rasulullah SAW juga terasa disakiti dengan apa yang menyakitkan puterinya. Baginda berdiri lalu berpidato, “Aku telah nikahkan Abu Ash bin Rabi’. Dia berkata kepadaku dengan jujur. Fatimah binti Muhammad adalah sebahagian daripadaku. Aku tidak suka orang-orang menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki.”
Mishwar bin Makhramah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar, “Bani Hasyim bin Mughirah memintaku merestui pernikahan  puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib.  Aku tidak izinkan, dan aku tidak izinkan. Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Puteriku adalah bahagian daripadaku. Apa yang membuatnya gelisah juga membuatku gelisah, dan apa yang menyakitinya juga menyakitiku.” (Rujuk HR Muslim, 2449). Maka Ali r.a. menolak pinangan Abu Jahal.
            Imam Nawawi berkata, dari hadis ini para ulama mengambil kesimpulan, “Tidak boleh menyakiti Rasulullah SAW walaupun pada perkara yang harus. Seperti peristiwa di atas, perkahwinan puteri Abu Jahal dengan Ali sebenarnya harus dilakukan tetapi Rasulullah SAW melarangnya dengan dua alasan: 1. Pernikahan itu akan menyakiti Fatimah, dan itu menyakiti Rasulullah. 2. Khawatir terjadi hal-hal yang tidak baik pada Fatimah yang timbul dari rasa cemburu.” (Rujuk Syarhun Nawawi: 16/4).
Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW bersabda dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibn Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."[1] 
Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling terkenal iaitu Fathul Bari 86/7,  karangan Ibnu Hajar al-Asqalani. Antara tafsirannya ialah:
1.      Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.
2.      Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah r.ha. Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji mereka. Jelas sekali bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali r.ha., jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah (untuk mengingatkannya). Ataupun mungkin tidak berlaku pun syarat seandainya tidak dijelaskan bahawa itu suatu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).
3.      Meraikan hak Fatimah r.ha. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tidak tinggal seorangpun yang dapat ia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya jika nanti dia cemburu.
Realiti hari ini, masih wujudkah bapa sewibawa Rasulullah SAW dalam memahami dan membela rasa hati puterinya?


PS: Allahuakbar, sungguh tersentuh membaca kisahnya. Bertapanya Rasulullah sayang pada puterinya.

PSS: Setiap yang berhak boleh menyuarakan haknya :) Keadilan itu pada semua :))

PSSS: Ehe, macam hot pulak tajuk. :D

Comments

  1. Salam'alaiyk.

    sgt tersentuh dgn sikap Rasulullah :')

    ReplyDelete
  2. tp kan kalau c suami itu tidak memahaminya yg isterinya tidak sanggup dimadukan,mcm mana lak??? huhuhu...ssungguhnya Rasulullah itu sgt2 memahami isi puterinya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)

Popular Posts