.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Friday, April 22, 2011

Laungan Doa Wehdah

#ini entri lama dari blog ini

Bismillah

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون
لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده
فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت
بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير
الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALLah Maha Besar

Bukak biha punya blog, nampak dia post pasal ni.. skrip doa wehdah ni copy dari dia la ni.. hehe. Tengkiu Biha;) Saya seorang yang sangat bersemangat tatkala doa wehdah dilaungkan. Mula mengenali doa wehdah ini semenjak masuk SMKAKL. First time dengar, meremang bulu roma.. (Serius tak tipu..) ingat lagi.. akh ni mintak semua berdiri dalam saf untuk doa wehdah. Berpusu-pusu saya nampak kakak-kakak, kawan-kawan, adik-adik (sebab saya masuk SMKAKL Form 4) mula memenuhi ruang saf, tangan diapit satu sama lain, rapat sangat sangat, seolah-olah nak pergi perang. Tatkala dilaungkan, makmum yang sambut sangat-sangat-sangat bersemangat, bergema masjid tu. Macam nak pecah.. Saya tengok kakak-kakak ni sampai nangis-nangis, sampai hilang-hilang suara sebab doa wehdah.. hebatkan..

Lama-lama baru saya faham apa doa wehdah ni, apa tujuan dia.. Kalau dekat SMKAKL dulu, saya memang tunggu sangat doa wehdah. Sampai satu hari, waktu tu saya dekat bilik prep, dengar mikrofon dekat masjid yang kata suruh ready nak buat doa wehdah, waktu tu.. saya dengan Izni berlari dari bilik prep tu ke masjid, sebab nak laungkan doa wehdah. Alhamdulillah tak jatuh.. hehe. Lepas buat rasa puas hati sangat-sangat..

Hari tu waktu Taaruf week, malam last kami buat doa wehdah ramai-ramai, dalam bulatan. Muslimin conduct. Sebelah halaqah muslimin, sebelah lagi halaqah muslimat. Rasa puas sangat, walaupun kami semua extravaganza punya penat. Tapi rasa berbaloi-baloi.. ;) 

No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)