itu mereka, saya?

#Ini entri lama-lama dari blog ini

Bismillah

Lama sudah tidak berupdate, insyaAllah, selepas ini akan selalu di'update'. Maklumlah, cuti 7 bulan ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, saya sudah habis matrikulasi, bulan 9 InsyaAllah ke Gombak.

Saya sebenarnya sangat bersemangat untuk update blog saya. Tapi, setiap kali nak update idea tu boleh hilang macam tu je. Haihh, menyebabkan setiap kali saya update, lepas tu simpan dalam draft takpun delete. Macam yang ni la.. ni kali ketiga dah ni, delete lagi tak tahu la.

Tadi, masa adik pergi beli makanan dekat kedai, saya hanya tunggu di kereta, kedengaran kisah Imam Syafie di corong radio. Part yang menarik tangkai hati saya untuk mendengar sehingga habis
Imam Syafi'e mula mengeluarkan fatwa ketika umurnya 20 tahun
Saya teringat juga, umur 19 tahun,Sultan Muhammad Al-Fateh telah memimpin Empayar Turki Uthmaniyah, manakala menakluk kota Konstantinopel tatkala umurnya 21 tahun.

Umar Al-Mukhtar (Asad Ash-Shuhra') juga, menjelang umur 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau ketika itu.

Ramai lagi yang kiranya jika ingin saya senaraikan semua tidak sempat mungkin, yang pada usia remajanya sudah menyumbangkan diri untuk Islam. Sekadar tasyji' buat diri saya sendiri. Saya tanyakan soalan ini pada diri saya di hadapan cermin,

 "Mereka melakar nama mereka dalam sejarah Islam, awak buat apa?" 


Saya merenung langit mencari apa entah, jawapan mungkin. Umur sudah hampir mencecah angka 2 di hadapan. Apa yang sudah saya lakukan sebagai bukti saya memperjuangkan Islam?



Nota hati : Kitalah mujahid setia!

Comments

Popular Posts