.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Tuesday, November 01, 2016

Resepi Kek Coklat Moist Karamel

Nampak gayanya blog ni macam akan dipenuhi dengan resepi je.. hehehe. Hari ni nak share resepi Kek Coklat Karamel. Kek ni ada satu ketika sangat famous, tapi sekarang dah kurang. Apapun, kek ni tetap sedap. Nak buat pun senang sangat. Lagi-lagi pakai Mix Tepung Kek Rohana Bakery. Bertambah-tambah la mudahnya tu.

Okay jom masuk Rohana Bakery studio.

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus
Ni gambar dia, sangat menyelerakan kan?

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus versi Rohana Bakery
by: Zahra Ameerah

Bahan Karamel:
Gula Hangus:
2tbs Gula pasir 

Cara:
Tabur dalam loyang, buka api perlahan dan buat gula hangus di atas dapur.

Bahan puding:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih dan kuning)

Cara:
1. Kacau perlahan semua bahan puding dan tapis ke dalam loyang gula hangus
2. Kukus puding karamel 15 minit, ketepikan sebentar untuk disejukkan.



Bahan Kek Coklat Moist:
1 pek Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery
1/2 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur (B)
1 cawan air panas


Cara:
1. Masukkan bahan satu per satu mengikut urutan dan kacau
2. Kacau sehingga sebati
3. Masukkan adunan kek coklat ke dalam loyang karamel yang dah disejukkan dan kukus selama 45 minit ke 1 jam pada api sederhana.
4. Dah masak, biar kek sejuk seketika dan terbalikkan.

Tips:
*Kek dalam keadaan panas akan pecah jika diterbalikkan.
*Simpan dalam peti sejuk untuk menikmati kelazatannya yang tak terhingga bila disuap ke dalam mulut.

Selamat Mencuba!



Sunday, October 30, 2016

Resepi Kek Coklat Cheese Lava


Assalamualaikum semua,
Sekarang famouss sangat kan kek coklat cheese lava ni? Rohana Bakery pun tak cukup tangan, sampai ada yang order nak saiz extra besar la. Jadi apa kata kita share resepi ni, supaya semua orang boleh buat kek yang sangat mudah dan sedap ni.

Resepi Kek Coklat Lava Rohana Bakery


Haa, amacam, tergoda tak?

Hari ni kita ajar cara mudah buat kek ni supaya semua orang boleh buat. Rohana Bakery cuma pakai Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery jeee.. Yang sangat senang, cepat dan gerenti jadii. Saya ajar step by step ye, supaya semua boleh faham dan ikut.


Ok jom kita masuk Rohana Bakery Studio.



Ni bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat kek coklat:

1 Paket Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery
1 tsp Garam
1 cawan Minyak (Boleh pakai minyak masak, minyak jagung ke)
1 cawan susu cair (boleh juga pakai susu kotak full cream ya)
3 biji Telur B (Kalau Telur A pakai 2 biji je yee)
1 cawan Air Panas



Okay, mula-mula masukkan satu paket Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery dalam mixing bowl. Masukkan garam dan kacau. Gambar tu tengok dari bawah ye. Hehe. Lepas tu masukkan minyak dan kacau hingga sebati semuanya. Yang bestnya, kacau kek coklat ni pakai sudip atau whisk je. Tak yah pakai mixer pun. Best kan?




Selepas itu, masukkan susu dan telur mengikut urutan dan kacau sebati ya..
Pastikan telur dah dibasuh yaa. Jangan belum basuh pula tauu. Najis tu kadang-kadang kita tak sedar lekat dekat telur.




Pastikan telur dikacau betul-betul sebati sebelum masukkan air panas. Dikhuatiri telur masak pula nanti. Tak jadi kek coklat dah la, jadi sup telur pulak. Ekekeke.

Siap dikacau sebati, boleh masukkan dalam acuan yang dikehendaki. Kalau mini kek leleh ni buat dalam bekas kecil-kecil, banyak tau boleh dapat. Lepas tu masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan dan airnya mendidih. Kalau bekas kecil macam ni dalam 25 minit ke 30 minit dah masak biasanya. Jangan lupa test pakai cake tester ya..

Dah siap cepat-cepat angkat penutup ya, nanti masuk air pula dalam kek kita yang enak ni..
Okay sekarang boleh sejukkan kek tu dulu kat tepi ya..

Kita nak buat cream cheese pulak.


Resepi untuk cream cheese:

250g Cream Cheese (Apa-apa jenama pun boleh)
100g Susu Pekat
100g Dairy Whipping Cream
1tsp Esen Vanilla

Masukkan cream cheese dan susu pekat dulu, putarkan sampai kembang. Lepas tu baru masukkan whipping cream dan esen vanilla, putar sampai pekat. Cream cheese kita ni seeloknya biar lah pekat sikit kita buat, baru ada rasa lemak-lemak cheese tu.

Oh ya, kalau suka boleh letak perahan jus lemon ya. Supaya rasa dia tak muak sangat.
Masukkan dalam piping beg dan paipkan atas kek tu. Saya pakai nozel bintang, nampak comel sikit. Hehe. Lepas tu boleh masukkan dalam peti supaya sejuk sikit kek dan cheese.
Akhir sekali, ganache.
Resepi Ganache:

250g Cooking Chocolate
250g Whipping Cream
1tsp Hazelnut paste 

Cairkan chocolate atas api, gunakan kaedah double-boiler. Kacau sampai berkilat, lepas tu baru masukkan whipping cream dan hazelnut paste, kacau lagi sampai berkilat. Tutup api. Biar kan sejuk seketika.

Keluarkan kek dari peti dan tuangkan coklat atas kek. Agak-agak la, kalau suka letak banyak, letak la banyak, kalau suka letak sikit, sikitkan je la.

Untuk hiasan:

2tbp Cream Cheese
1tsp Ganache

Kacaukan keduanya dan masukkan dalam piping beg. Dipicit atas kek mengikut style masing-masing. Lepas tu ambil lidi atau toothpick, lorekkan atas coklat tadi untuk membentuk corak yang diingini. 

Sejukkan dalam peti.

Lepas tu bukak peti, sambil pegang sudu, ambil kek tu dan suap kedalam mulut.
Ya Allah sedap sangat rasa diaaa!!



TAPI AWAS YA!
Resepi ni bukan untuk anda yang sedang berdiet, sangat berbahaya ya. Dikhuatiri anda terpaksa membatalkan diet anda pada hari tersebut kerana keenakkan kek ini yang sangat menguji keimanan anda. Hihihi.

Bagi yang berminat untuk mencuba Mix Tepung Kek Rohana Bakery, boleh cari kami di fb Rohana Bakery atau ig kami @rohana.bakery

Selamat Mencuba!

Saturday, September 10, 2016

Kelas Asas Membuat Kek



Asas dalam buat kek ni adalah kek span dan kek butter. Resepi la macam mana pun, cara dia mesti asas dari kek span atau kek butter. Jadi disebabkan tu, kami nak kongsi cara-cara buat kek span dan kek butter yang sedap dan berkesan dengan anda semua.

Siapa yang sesuai ikut kelas ni? Beginners dan yang mahirkan lagi asas buat kek. Dalam kelas ni akan diajar Empat jenis kek. Iaitu kek span, kek blueberry, kek butter dan kek marble.


Kek Marble

 
Kek Blueberry


Kek Span


Kek Butter

Dan Alhamdulillah kelas mendapat sambutan yang sangat baik, sehinggakan kami perlu buka sesi ke dua keesokkan harinya.



Siapa yang masih berminat untuk sertai kelas ni boleh whatsapp nombor yang tertera ya. Sebab lepas habis sesi 1 dan 2 kelas asas ni, kita akan ke kelas lain pulak ;)

Semoga kelas ni memberi manfaat kepada ramai orang kat luar sana yang nak belajar buat kek. Dan ketahuilah sesungguhnya buat kek ni sangat mudah dan seronok!

Wednesday, September 07, 2016

Kimchi Homemade

Ada la sorang ni keep on asking "bila nak update blog". (You know who you are). Hahaha. Since ada yang ternanti-nanti, jadi kita updatelah ye. Orang tu tunggu resepi kimchi.

So here you go, tapi biasalah, search dekat internet resepi kimchi, tapi lepas tu ikut sedap sendiri je. Hehe. Yang penting air tangan kay, macam orang tu makan je terus kata sedap-sedap. Hihihi.

Resepi Kimchi
by Zahra Ameerah

Kimchi


Bahan-bahan:

1 biji kobis panjang/nappa cabbage
garam secukupnya

Bahan bubur:
1/2 cawan tepung pulut
1/4 cawan gula
2 cawan air

Bahan Kimchi Paste:
Serbuk cili Babas
1/2 cawan sos ikan
1/2 ikat daun bawang
1 biji epal hijau
2 biji carrot
1 biji goong pear
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:

Kobis panjang ni potong la 4 macam ni pun boleh, baru senang nak lumur garam.

1- Basuh kobis dengan bersih, lumurkan pada setiap helai daun kobis dengan garam secukupnya dan rendamkan dalam air selama 5 jam minimum.

2- Kobis panjang yang dah direndam dalam air masin hendaklah dibersihkan dan dibasuh bersih.
Tips dia rasa dekat bahagian batang, kalau masin sangat basuh lagi dengan air bersih sampai rasa dia sedap. Sedap tu masin-masin manis sayur.

3- Kisar bawang putih, bawang, halia. Air secukupnya, jangan terlebih.

4- Bancuh tepung dengan air, masak diatas api sehingga larut dan masukkan gula. Kacau sehingga larut, biarkan sejuk seketika. Ini dipanggil bubur.

5- Potong carrot, daun bawang, goong pear dan epal hijau panjang-panjang, macam buat acar. Jangan halus sangat, nanti tak rasa waktu makan. Hehe.

6- Masukkan bubur dan bahan kisar, bersama serbuk cili, sos cili, kacau sehingga sebati. Kalau nak merah lagi, masukkan serbuk cili lebih. Perasakan dengan garam dan gula. Rasa dia mesti cukup pedas, masin dan manis.


Ni serbuk cili korea, tapi macam susah nak dapat. Jadi kita pakai yang bawah ni.


Pakai yang Babas ea, sebab dalam banyak-banyak Babas punya warna paling merah.

7- Masukkan carrot, daun bawang, epal hijau dan pear dalam kimchi paste dan gaul sebati. 

8- Perah kobis panjang sampai hilang air. Potong kobis tu jadi kecil-kecil supaya senang nak gaul dan simpan dalam bekas.

9- Lumurkan kimchi paste pada setiap helai kobis. Gaul sebati. Rasalah, pastikan sedap.

10- Masukkan dalam bekas yang dikehendaki. Simpan kat luar selama 2 hari sampai keluar buih-buih baru masukkan dalam peti. Dah siap!


Ni mula-mula buat, buat setengah kobis je, dapat banyak ni.


Simpan dalam bekas comel-comel, bila nak makan baru bawak keluar peti k.

Sejak ada kimchi dalam peti, semua benda masak berasaskan kimchi. Hehe. Kimchi jjigae, kimchi bokkeumbap, kimchi ramyeon, kimchijeon. Semuanya kimchi. Beza dia dengan kimchi beli ialah rasa dia. Bila buat sendiri, rasa dia puas hati sebab kena dengan selera kita. Ehehe.


Ok awak, Selamat mencuba!

Saturday, September 03, 2016

Resepi Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)

Kimchi jjigae (kimchi stew)

Ada kawan datang rumah mintak tunjuk ajar resepi  kimchi jjigae. Sampai sanggup overnight kat rumah. Sedangkan bukannya power pun masak kimchi jjigae ni. Kena minta bantuan Inche Google la jugak. Heheh.

Dulu bila teringin nak makan kimchi jjigae ni, pergi la jugak kedai korea tu beberapa kali. Tapi tau je la harga dia, bukan boleh makan hari-hari. Tu yang gigih cari resepi tu, tak puas hati jugak, nak buat sendiri. Rupanya senangnya lahai. Masak kaw-kaw sampai kena selera tekak kita, memang makan dengan sangat nikmat la. 

Ok, meh kita tengok resepi yang saya dah ubahsuai mengikut tekak saya. Hehe.

Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)

Bahan-bahan:
Kimchi
Bawang besar (dipotong dadu)
Tofu lembut
Serbuk Cili
Cili flakes
Stok ikan bilis
Daun bawang (dipotong halus)
Air
Garam

Kimchi
Cara-cara:
1- Panaskan sedikit minyak dalam mangkuk ddukbaegi dan masukkan bawang besar. Tumis sehingga layu. Kalau takde mangkuk ni pun takpeee, pakai je periuk apa-apa. Asalkan dapat makan jjigae. Hehe.

Ni mangkuk ddukbaegi. Yang bestnya mangkuk ni tahan panas, jadi stew kita akan kekal panas semasa makan.

2- Masukkan kimchi bersama air kimchi dalam mangkuk. Dalam segenggam ataupun ikut citarasa masing-masing, kalau saya suka masukkan lebih sebab rasa kimchi dan jus dia lebih sedap.


Kimchi ni potong la kecil-kecil supaya mudah nak makan. Resepi kimchi next time pulak ea.

3- Masukkan air dalam sehingga 2/3 penuh mangkuk dan masukkan stok ikan bilis bersama.
4- Masukkan cili serbuk dan cili flakes ikut sesedap rasa, kalau suka pedas tambah extraaaa ye.
5- Masukkan garam dan rasa sehingga sesedap rasa. Kalau rasa kurang manis boleh tambah gula ya.
6- Masukkan tofu lembut yang dah dipotong.


Ni rupa tofu lembut, jenama lain pun banyak, cuma pastikan yang ada halal ya. Jangan tersalah pula dengan kimchi telur. Dan tofu ni tak perlu potong kecil-kecil sangat sebab dia sangat lembut.
7- Tunggu sehingga mendidih masukkan telur di tengah-tengah, kacau dengan hati-hati supaya telur kuning dan tofu tak pecah.
8- Tutup api dan hias daun bawang diatas. Hidangkan panas-panas bersama nasi panas.


Macam ni la rupa dia yang cantik. Hehe.

Selamat mencuba!



Friday, September 02, 2016

Resepi Churros dan karamel

Last post rupanya bulan Januari, sekarang dah bulan September. Hahaha. Lama sangat dah baru buka semula blogger ni. Ni semua gara-gara pulun thesis sampai siap. Dan, Alhamdulillah dah siap, dan boleh melangkah ke fasa baru dengan tenang, Insha Allah ;)

Hari ni kita kongsi resepi Churros, since Churros ni senang sangat dan dapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan ahli keluarga. Lagi-lagi buat sebagai minum petang, perghhh, memang laju la piring tu habis. Hehe.

Resepi dari Rohana Bakery

Basically, this is what we need.
Source: Mommylin

Bahan-bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ½ sudu kecil garam
½ sudu kecil asen vanilla
1 biji telur

Peralatan:
nozzle muncung bintang
piping bag

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam sehingga sebati dengan api sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung secara ayak supaya tepung tak berketul, kacau dengan laju sehingga rata dan tutup api
3. Pukul telur dahulu, masukkan telur dan asen vanilla dalam adunan tepung tadi dan uli sebati
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper
6. masukkan minyak dalam kuali, goreng secara "deep fry" dengan api sederhana sehingga churros kekuningan dan angkat.
7. Gaulkan churros dgn gula halus, serbuk kayu manis.

Dah siap!
Source: Inche Google

Churros ni sangat sedap dimakan dengan dip sos, caramal ataupun coklat. Kalau saya prefer Caramel Sos. Hehe. Ni resepi mudah cara nak buat caramel. Bahan-bahan seperti dalam gambar dibawah. 




Bahan-bahan yang diperlukan.
Source: Rimadania
Cara-cara:
1- Masak air dan gula dalam periuk dengan api kecik. Pastikan kacau sentiasa, jangan sampai hangus lekat dekat periuk tu ya.
2- Masukkan Butter untuk dicairkan bersama garam dan ekstrak vanilla.
3- Bila butter dah cair, masukkan susu cair dan kacau sehingga dapat kepekatan yang korang nak. Takyah pekat sangat pun takpe, sebab nanti sejuk dia pekat.
4- Lepas tu tutup api dan biarkan sejuk sebelum dihidang. Nak cicah dengan apa pun sedap.


This is the caramel looks.
Source: Azlita
Ok, selamat mencuba!

Saturday, January 02, 2016

Ukhuwwah dalam Doa



Artikel indah berkisar ukhuwwah kimia dikirim dari seorang adik usai subuh tadi. Katanya hadiah di pagi hari. Tersenyum membaca 'hadiah' pemberiannya. Sungguh, situasi baru berkenalan tapi dirasakan telah lama berkenalan dengannya. Ukhuwwah berkimia katanya~

Dan nilai ukhuwwah keranaNya itu tidak bisa mungkin dinilai daripada berapa banyak LIKE yang diperoleh hasil status status ukhuwwah yang ditulis. (sumber)

Membuatkan aku mengimbau kisah lama.



Teringat detik perkenalan bersama sahabat tersayang yang tidak pernah berkenalan sebelum ini, tidak pernah terlihat satu sama lain, malahan di dalam program pun tidak pernah bersua muka. Namun, atas jalan dakwah ini juga lah kami bertemu. 


Kadang-kadang tersenyum sendiri saat mengimbau kembali detik-detik manis ini, 
hingga gugur air mata tanpa disedari.. 

Allah..indahnya perasaan tika itu.. 



Hari pertama.
Aku dapatkan nombor dia dari kakak-kakak. Ingin sekali mengenali dia yang bersama denganku di jalan ini, Seolah ada satu perasaan kuat yang mengatakan kami harus bersahabat. Rupanya memang Allah takdirkan kami untuk bertemu dan bersahabat, sungguh hebat kuasa Allah, saat aku disini memohon doa untuk bertemu dengannya, rupanya dia juga memohon doa untuk bertemu denganku, Allahu Akbar...



Pertama kali bertemu.
Kami bersapa seperti sudah lama kenal...
Bergelak dan bercerita seperti ini bukan kali pertama, perasaan kekok dan asing seolah terus hilang diganti gelak dan tawa kami. Subhanallah hebatnya aturan pertemuan-Mu ini, ya Allah..


Sejak itu kemana kami berada pasti bersama. Sehinggakan teman-teman lain bertanya bagaimana kami berdua saling mengenali, masakan tidak, sehinggakan bilik juga mahu sekali, hairan sungguh mereka barangkali. 


Namun, kami hanya mampu tersenyum menjawab persoalan teman-teman. 






Dan hari ini.
Sahabat saya nun jauh di seberang laut, hanya alam maya menghubungkan kami. Juga doa pengikat hati ukhwwah kami.


Satu ketika sahabat kesayangan ini diuji kehilangan orang yang tersayang, Allahu Allah..
runtunnya hati disini, tak dapat bersama dia disisi saat-saat dia memerlukan sokongan, 
hanya kiriman doa dan air mata yang tak putus-putus yang mampu diberikan. 


Allahu Allah, 
setiap hari memohon agar sahabatku ini dipinjamkan kekuatan oleh-Mu seperti kekuatan yang Engkau pinjamkan kepadaku hingga ke hari ini.



Terlalu banyak yang dipelajari bersama dia, hingga satu saat diri ini terlalu kagum dengan kesabaran dalam dirinya. Meski bermacam yang diuji hingga diri ini juga merasakan seperti ujian kesabaran buatnya, namun dia tetap mampu senyum dan bersabar. 


Sungguh, rindunya hati ini pada dia, tempat mengadu segala cerita, tempat berfikir meluahkan idea, tempat meluahkan rasa.. meskipun mata ini tidak dapat bertemu seperti selalunya, tidak mampu berhubung dengannya tiap ketika, namun aku percaya, ikatan hati kami tidak pernah putus. 





Kerana di atas jalan dakwah ini kami bertemu..


Moga Allah ya Bari' mengatur segala yang terbaik dalam hidupmu sahabatku..