Resepi Kek Coklat Cheese Lava


Assalamualaikum semua,
Sekarang famouss sangat kan kek coklat cheese lava ni? Rohana Bakery pun tak cukup tangan, sampai ada yang order nak saiz extra besar la. Jadi apa kata kita share resepi ni, supaya semua orang boleh buat kek yang sangat mudah dan sedap ni.

Resepi Kek Coklat Lava Rohana Bakery


Haa, amacam, tergoda tak?

Hari ni kita ajar cara mudah buat kek ni supaya semua orang boleh buat. Rohana Bakery cuma pakai Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery jeee.. Yang sangat senang, cepat dan gerenti jadii. Saya ajar step by step ye, supaya semua boleh faham dan ikut.


Ok jom kita masuk Rohana Bakery Studio.



Ni bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat kek coklat:

1 Paket Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery
1 tsp Garam
1 cawan Minyak (Boleh pakai minyak masak, minyak jagung ke)
1 cawan susu cair (boleh juga pakai susu kotak full cream ya)
3 biji Telur B (Kalau Telur A pakai 2 biji je yee)
1 cawan Air Panas



Okay, mula-mula masukkan satu paket Mix Tepung Kek Coklat Rohana Bakery dalam mixing bowl. Masukkan garam dan kacau. Gambar tu tengok dari bawah ye. Hehe. Lepas tu masukkan minyak dan kacau hingga sebati semuanya. Yang bestnya, kacau kek coklat ni pakai sudip atau whisk je. Tak yah pakai mixer pun. Best kan?




Selepas itu, masukkan susu dan telur mengikut urutan dan kacau sebati ya..
Pastikan telur dah dibasuh yaa. Jangan belum basuh pula tauu. Najis tu kadang-kadang kita tak sedar lekat dekat telur.




Pastikan telur dikacau betul-betul sebati sebelum masukkan air panas. Dikhuatiri telur masak pula nanti. Tak jadi kek coklat dah la, jadi sup telur pulak. Ekekeke.

Siap dikacau sebati, boleh masukkan dalam acuan yang dikehendaki. Kalau mini kek leleh ni buat dalam bekas kecil-kecil, banyak tau boleh dapat. Lepas tu masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan dan airnya mendidih. Kalau bekas kecil macam ni dalam 25 minit ke 30 minit dah masak biasanya. Jangan lupa test pakai cake tester ya..

Dah siap cepat-cepat angkat penutup ya, nanti masuk air pula dalam kek kita yang enak ni..
Okay sekarang boleh sejukkan kek tu dulu kat tepi ya..

Kita nak buat cream cheese pulak.


Resepi untuk cream cheese:

250g Cream Cheese (Apa-apa jenama pun boleh)
100g Susu Pekat
100g Dairy Whipping Cream
1tsp Esen Vanilla

Masukkan cream cheese dan susu pekat dulu, putarkan sampai kembang. Lepas tu baru masukkan whipping cream dan esen vanilla, putar sampai pekat. Cream cheese kita ni seeloknya biar lah pekat sikit kita buat, baru ada rasa lemak-lemak cheese tu.

Oh ya, kalau suka boleh letak perahan jus lemon ya. Supaya rasa dia tak muak sangat.
Masukkan dalam piping beg dan paipkan atas kek tu. Saya pakai nozel bintang, nampak comel sikit. Hehe. Lepas tu boleh masukkan dalam peti supaya sejuk sikit kek dan cheese.
Akhir sekali, ganache.
Resepi Ganache:

250g Cooking Chocolate
250g Whipping Cream
1tsp Hazelnut paste 

Cairkan chocolate atas api, gunakan kaedah double-boiler. Kacau sampai berkilat, lepas tu baru masukkan whipping cream dan hazelnut paste, kacau lagi sampai berkilat. Tutup api. Biar kan sejuk seketika.

Keluarkan kek dari peti dan tuangkan coklat atas kek. Agak-agak la, kalau suka letak banyak, letak la banyak, kalau suka letak sikit, sikitkan je la.

Untuk hiasan:

2tbp Cream Cheese
1tsp Ganache

Kacaukan keduanya dan masukkan dalam piping beg. Dipicit atas kek mengikut style masing-masing. Lepas tu ambil lidi atau toothpick, lorekkan atas coklat tadi untuk membentuk corak yang diingini. 

Sejukkan dalam peti.

Lepas tu bukak peti, sambil pegang sudu, ambil kek tu dan suap kedalam mulut.
Ya Allah sedap sangat rasa diaaa!!



TAPI AWAS YA!
Resepi ni bukan untuk anda yang sedang berdiet, sangat berbahaya ya. Dikhuatiri anda terpaksa membatalkan diet anda pada hari tersebut kerana keenakkan kek ini yang sangat menguji keimanan anda. Hihihi.

Bagi yang berminat untuk mencuba Mix Tepung Kek Rohana Bakery, boleh cari kami di fb Rohana Bakery atau ig kami @rohana.bakery

Selamat Mencuba!

Comments

Popular Posts