.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Wednesday, October 28, 2015

Resepi Nasi Ayam Mudah

Resepi Nasi Ayam Mudah ni sesuai untuk semua yang nak masak dengan cepat,tapi sedap hingga habis licin. Heheh.

Bila orang makan sampai habis licin, kita pun puas hati. Sebab bagi orang makan kenyang kan?
Sesuai jugak untuk juadah orang datang rumah, kita nak jamu makan malam atau tengahhari, sebab sangat cepat. Macam hari tu, ada kawan datang rumah pun jamu nasi ayam mudah je. Hehe.

Ok, meh masuk dapur Zahra yang sangat simple. 



A. Air Rebusan Ayam:
1 ekor ayam 
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
1/2 inci halia

Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dipotong nipis.
Masukkan air dan ayam yang telah dipotong 4. Pastikan paras air sehingga menutupi kesuluruhan bahagian ayam.

Letak garam dan perencah Hilal. Tunggu sehingga ayam empuk dan mendidih. Jangan lama sangat tinggal, nanti ayam hancur sebab empuk sangat.

Ayam dah siap rebus, angkat dan toskan.

Air rebusan ayam tu adjust bagi sedap, untuk jadikan sup. Letak sedikit perencah sup kalau nak bagi lagi kawww. Jangan lupa garam.



B. Nasi:
 
1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air rebusan ayam.

Tumiskan bawang putih, halia, bawang besar, buah pelaga, bunga lawang, dan kayu manis sehingga wangi. Nak tumis asing pun boleh, nak tumis dalam periuk pun boleh.

Dah wangi naik bau, tuang beras bersama air rebusan ayam, dan letak garam. Masak menggunakan rice cooker ya.



C. Perapan Ayam:
1 inci Halia
5 ulas Bawang Putih
Sos Tiram
Kicap Manis
Kicap Pekat
Kicap Masin
Perencah Hilal
Tepung Bestari

Halia dan bawang putih di tumbuk hingga lumat. Campurkan Sos tiram, Kicap Pekat, Kicap Manis, dan Kicap Masin. Kacau sebati. Lebihkan Kicap Manis kalau nak lebih umpph.

Letak garam dan gula, Satu sudu perencah Hilal dan sedikit Tepung Bestari. Tujuan tepung tu nak bagi lekat dan sedikit rangup pada ayam tu nanti.

Dah siap bahan perapan, lumurkan pada ayam rebus. Perap sehingga 30minit paling sekejap. (Sambil tunggu perap, boleh buat sos dan potong sayur untuk hidang)

Lepas tu boleh digoreng. Agak-agak dah garing boleh angkat.



D. Sos:
20 batang cili merah
5 batang cili padi
3 biji tomato
Limau Kasturi

Blend semua bahan kecuali Limau Kasturi.

Letak atas api bahan yang telah dikisar tadi, jika terlalu pekat,boleh tambah air sup tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Perahkan Limau Kasturi untuk rasa masam yang dikehendaki.

Hidangkan bersama Salad Segar, Tomato dan Timun.


Atau kalau nak special sikit, 
boleh cuba ni:

1- taugeh yang dah dicelur  dan siram dengan kicap manis.
2- sayur fatt choy dah direbus, siram dengan kicap pekat.


Ok. Dah siap! Selamat Mencuba (:


*Gambar ihsan pakcik google jeww. Tak dan nak susun makanan untuk ambil gambar dah kena makan dah..

No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)