.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Friday, July 15, 2011

Komunikasi awak dan saya #1


Bismillah

Saya kira, dalam apa jua keadaan sekali pun, komunikasi itu sesuatu yang sangat penting. Tak kira lah, berpersatuan ke, berbisnes ke, even dalam keluarga sendiri.

Pernah seorang sahabat utarakan isu ini, katanya, kalau kita perasan, dalam konteks bergerak kerja berpersatuan contohnya, isu komunikasi selalu menjadi isu besar dalam melaksanakan sesuatu program. Tak kiralah, antara ketua dengan ahli, ataupun antara brothers and sisters.

I
"Tak sukalah kerja dengan Ali (Bukan nama sebenar) tu. Aku tak pernah dapat kata sepakat dari dia, asyik nak bantah je, dia sorang je betul. Tak dengar dah pendapat orang lain. Sampaikan aku rasa macam aman kalau dia tak masuk meeting."

II
"Kenapa isu besar macam ni saya tak tahu pun? Sedangkan saya yang bekerja bawah dia, saya yang handle isu ni, saya berhak tahu. Kenapa? Saya orang bawahan tak berhak tahu?"

III
"Angah, brother tu lebih-lebih la ngah. Kot ye pun jaga ikhtilat, tapi janganlah sampai merencatkan gerak kerja. Jumpa tak boleh, Call tak boleh, mesej pun sekerat-sekerat. Cane nak bekerja camni? Kalau camni, baik buat organisasi lain-lain terus, asing je terus brother sister, baru tak de masalah camni. Kan ngah?"

Mungkin situasi di atas agak over sikit. Tapi saya rasa luahan hati macam ni satu perkara yang biasa terjadi dalam kita bergerak kerja.

Saya bukanlah orang yang pakar dalam isu ni, saya jugak sering melakukan kesalahan-kesalahan sebegini. 


Em, saya rasa macam sangat skema sekarang. Hihi. Nanti saya sambung lagi ye :)
Ohh, gambar di atas tiada kene mengene. Sekadar hiasan melepaskan rindu pada si comel tu. Hehe :D

2 comments:

  1. yea..susah gak klu nk berkomunikasi dgn org klu xda persefahaman..

    ReplyDelete
  2. betul. nanti jadi macam ayam dengan itik :D

    ReplyDelete

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)