.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Monday, December 26, 2011

Sahabat, Moga Allah Memeliharamu


Saya ada seorang kawan. Saya selalu tengok dia macam penat. Muka dia pucat lesu. Ingatkan sebab tak cukup tidur, biasalah life as a student ni memang macam tu. Lagi-lagi, Kaedian’s kan. Dia pegang pinggang dia, macam menahan sakit. Tapi kalau tanya dia mesti dia kata okay je.

Baru-baru ni, baru saya dapat tahu. Rupa-rupanya dia sakit, and dia pun baru tahu yang dia sakit. Kecacatan buah pinggang, tapi saya tak pasti macam mana, tak faham sangat. Itu pun kawan dia bagi tahu saya, secara kebetulan jugak waktu tu. Dia tak nak ramai orang tahu.

Tapi saya kagum sangat dengan dia, dia sangat kuat. Doktor kata memang takda cara selain makan ubat sepanjang hayat atau tukar buah pinggang, kalau tak silap sayalah. Dia pilih untuk makan ubat. Yelah, nak cari penderma bukan senang, kos pembedahan lagi. Kalau pergi hospital kerajaan, berapa lama nak que menunggu? Hmm.. Waktu mula-mula dia dapat tahu tu, dia macam tak percaya, macam tak dapat nak terima. Sebab sebelum ni ingat letih biasa je. Letih sebab tidur tak cukup ke apa ke. Sampailah satu tahap dia tiba-tiba terkencing sendiri, dia tak sedar pun sebab tak rasa. Dia pun pergilah check dengan doctor. Tu yang baru tau tu. Tu salah satu symptom nya. Sebab tu dia kena makan ubat, kalau tak dia tak boleh nak rasa. Kalau dulu dia sedih, tapi sekarang dia kuatkan dirinya, whatever it is, life must be go on. Dia tak nak layan sangat sakit tu. Sebab dia percaya,

Ujian yang diberikan adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]



Part yang paling saya sebak, bila dia tak nak susahkan mak dia. Sebab mak dia terpaksa kerja, sejak ayahnya sakit tak boleh bangun. Mak dia kena tanggung dia adik-beradik. Dia sangat rasa macam membebankan mak dia. Kena beli ubat untuk dia lagi, adik-adik belajar lagi, kos perubatan ayah lagi. Sampai satu masa, dia mintak untuk kahwin, sebab orang yang nak dekat dia tu pun yang dah bekerja, boleh tanggung dia. Boleh meringankan beban maknya, boleh tumpu pada adik-adiknya yang lain. 

Tapi, mak dia jawab. “ Kalau boleh jangan kahwin lagi, ibu tak puas lagi jaga anak ibu. Kalau boleh ibu nak jaga lagi anak ibu, ibu nak tanggung anak-anak ibu” Yalah, dulu sekolah menengah dah duduk asrama lima tahun, sekarang duduk university duduk asrama lagi. Berapa kali je jumpa mak kalau balik. Sebak saya dengar, hebatnya seorang ibu, meski jalan yang akan meringankan tugasnya di depan mata, tapi sebab kasih kepada si anak, ibu sanggup harunginya. 

Saya mohon kepada anda semua yang membaca, sama-sama doakan sahabat saya ini. Moga Allah permudahkan segala urusannya. Moga Allah berikan yang terbaik pada sahabatku ini. Moga Allah kuatkan iman sahabatku dalam menempuh ujian mu ini. Saya tahu Allah sayang dia, sebab tu Allah uji dia. Dia insan terpilih yang hebat. 

Rasulullah bersabda:

 “Sesungguhnya jika Allah akan menyintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang bersabar maka kesabaran itu bermanfaat baginya. Dan barangsiapa marah (tidak sabar) maka kemarahan itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam at-Tirmizi. Ibnu Muflih berkata: “Isnad hadis ini baik”)



Sebab tu kalau saya dalam masalah, mesti saya akan proses otak saya supaya berfikir macam ni. "Ujian orang lain lagi besar dari saya. Jangan ikutkan perasaan sangat dengan ujian tu." Yelah, manusia, sentiasa tak pernah lari dari masalah. tapi kita perlu ingat, kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.
Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

Wallahua'lam. 


l
gambar:google

No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)