.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Friday, December 23, 2011

Here we come FRIM :D

 
Hari tu pergi FRIM, untuk research pasal Timber (kayu). Dah rasa macam student Landscape Architecture pulak :D. Sebab biasanya student landscape yang research mende camni. Tapi seronok okayyyy. 

10 orang dengan dua kereta, tapi rasa macam ada 50 orang :D
 Environment sangat cantik, sesuai la untuk mengambil gambar segala bagai, masing-masing dah dengan DSLR masing-masing. Group pulak dengan semua perempuan, memang sangat heaven la, bergambar sakan la semua, hihi :D

Dah macam orang nak pergi bersuka-ria+berkelah+riang gumbira dah semua orang. 
*big smile*  ^__________________^

  Semua memang dah pasang angan-angan untuk pergi tempat air terjun kat atas tu kalau ada masa lagi. Tapi, tak sempat :( Habis dalam pukul 1 petang, ada yang nak pergi kelas pukul 2, solat + makan lagi. 
Takpe, takpe, nanti ada masa kita pergi ye kawan-kawan :')


Mula-mula sampai, kena singgah galeri dulu round-round. Pukul11.30 pagi baru jumpa dengan pegawai tu. Dalam galeri, memang banyak la cerita pasal kayu-kayan ni. Teknolgi yang dia guna, semua-semua la. 

Ohh, dan jugak, produk-produk daripada kayu.



Haa, ni dekat bangunan D12. Makmal Kejuruteraan Kayu. Jenuh jugaklah pusing  mencari, sebab dalam map dia tak bagitau. Alhamdulillah, tanya dekat kakak yang jaga kaunter dekat galeri tu.



Okeh, ni Pegawai yang bagi brief hari tu. Nama beliau, Dr. Mohamad Omar Mohamad Khaidzir, Pegawai Penyelidik Unit Kejuruteraan Kayu). 


  
Tu tengah brief pasal kayu tu.



 


Yang ni comparison between the density of the timber and the grade of timber. Grade A, B, C, D. Macam-macam jenis yang ada, ni yang dia bagi contoh. Suruh kita angkat macam timbang tu, untuk kita bandingkan density dia.
Paling penting kena ingat, Timber has high strength over weight ratio. banyak kali dia stresskan pasal ni.


Tu je la yang nak kongsi. bukan apa, saja je nak share, sebab macam banyak kali pergi FRIM tapi sebelum ni tak pernah ambil tahu pun. Memang ada hikmah dapat assignment tajuk ni, sebab kalau tak memang tak ambil tahu pun.

Ada lagi banyak gambar, tapi tak payah la upload semua dalam ni kan. Haa, layarilah laman web tu untuk tahu lagi pasal kayu. :))




PS: Memang ramai yang bercita-cita nak pergi lagi pasni. Untuk berkelah dan mandi-manda. kan korang? :D

PSS: Sekarang tengah fatrah exam final. Doakan ye! 

PSSS: Hati berbunga riang ^_________________________^




No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)