Barakallahulakuma Fatin & Ariff

Maryam Fatini. Pangkat dia dengan saya, mak sepupu. Tapi umurnya baru mencecah 20 tahun Disember lepas. Tahun kelima pelajar perubatan di universiti Ain Sham, Mesir. Pada 26 Januari lepas, selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Ariff Aizzat. 
 
Maryam Fatini
Disebabkan umur kami yang lebih kurang, kami jadi geng, lebih-lebih lagi waktu kecik-kecik dulu. Berkepit je bila saya balik kampung. Dengan seorang lagi, Zura. Kami geng la tiga orang ni.

Waktu mula-mula tahu dia nak tamat zaman bujang, memang percaya je, sebab dia memang nampak matang antara kami. Ni semua lepas dia belajar kat Mesir, kalau tak memang kanak-kanak. Hehe. Semangat ni, dah pakat dah, memang nak tak nak kena balik juga, tengok Fatin nikah. 

Teringat chat dengan dia beberapa bulan sebelum ni:

"Atin, majlis bila? Nak save siap siap dalam planner"
"26 Januari 2013, kena datang ye"
"In Shaa Allah, apa-apa jadi pun nak mintak excuse jugak!"
"Betulkan sikit, jika diizinkan baru boleh excuse ye"

See, matangkan jawapan dia. Hehe. Dari jawapan saya. Nak dijadikan cerita, time nikah dia hari tu, saya tak dapat turut serta. Ada urusan yang sangat penting perlu diselesaikan. 24 Januari dah perlu berada di Kuala Lumpur, Hati sangat la rasa gelisah, serba salah dan macam-macam lagi. Tambah-tambah lagi, kami nak gather dulu yang single-single lady ni sebelum dia nikah 26 tu. Makcik pun siap takut-takutkan.
"Kalau kakak tak datang kenduri Fatin ni, nanti time kakak takde orang datang" T______T

Sedihhh..
Sepupu-sepupu dah mula tanya, di mana saya, malam Fatin sampai ke Malaysia, dia pm fb.
"Mananya anda..."

Saya dihimpit rasa serba salah yang amat, akhirnya saya mencari semangat untuk bagi tahu dia.
"Aten, Mula2 sekali nk mintak maaf awal2..
andai tak dpt dtg ke walimah awk..
Biiznillah, esk bertolak balik KL jam 9.30pg
ade prgrm penting yg perlu dihadiri, jd, sy mohon maaf awl2.."

Jawapan orang matang:
"sunnah org berjuang... hehe
difahami
just lakukan yg terbaik tau!
nanti aten paksa diorg ambik video...
heheh"
 
"sbb tak mmpu dtg single ladies date dan jgk walimah..
sy mohon sejuta kemaafan,

sy balik semula in shaa Allah, Isnin, utk jmpe awk dan bakal zauj. Hehe
Syukran aten sbb memahami..
Hati rasa bolak balik sgt2. Moga Allah tetapkan hati ini."


"cari kebahagiaan dalam takdirmu!"


"Kepada aten dan bakal zauj, sy doakan Semoga bait muslim ini sentiasa dlm keredhaan Allah swt. dan moga sentiasa di landasan dakwah.
jgn lupa, doakan yg terbaik jga buat disini."
 


Ariff Aizzat

Pelamin dia sangat comel. Pink pink gitu. Adik Faqihah super comel!

Tengah-tengah program, adik hantar mms gambar mereka, menjerit teruja. Hehe. Yelah, dia dulu antara kami kan. Seusai dari program, bergegas pulang ke Kuala Terengganu, untuk jumpa Fatin. Seronoknya dia.. berseri-seri muka :) Macam-macam dia cerita, sengih je saya dengar. Hehe. Tak kurang jugak, orang lain yang tolong tambahkan cerita, yang dia tak nak lepas zaujnya balik. Tengok gambar nikahnya sama-sama sehingga gambar terakhir.

"Alhamdulillah, dah tengok gambar nikah awak satu hari, macam tak missed pun kenduri, macam ada sekali"

Nak sedapkan hati :')

By the way, Maryam Fatini dan Ariff Aizzat nikah khitbah, kenduri lagi dua tahun. Masing-masing nak habiskan study dulu. Gambar pelamin jadi la ye. Yang lain, saya je yang tengok. Heheh ;)

Ayat umi, "Romantik sungguh diorang, yelah, sebelum ni tak pernah kenal langsung kan, ni la berkatnya"

Saya senyum :) 

Ini kad dia, canggihkan sekarang. Hehe.

Comments

Popular Posts