Saya juga ada bulatan gembira :)

Alhamdulillah, kami menyambut tahun baru bersama usrah tersayang. Sebut usrah, semua rasa gerun, sebut bulatan gembira, semua rasa comel. Haha. Ikutlah nak sebut apa pun. Tapi saya suka sebut usrah. 'Zouk'nya terasa lain. Heheh. :D

Walaupun sedih tak dapat bersama mereka di 'sana' menyambut tahun baru, tapi sekurang-kurangnya terubat bila bersama usrah. Usrah la tempat saya menambahkan ilmu, update isu semasa, masalah ummah, membaiki diri, berkongsi rasa hati dan macam-macam lagi. Tanpa usrah, hidup saya terasa kosong tanpa pengisian.

Hari ni, usrah yang terakhir untuk sem ni, macam-macam plan Along dan Ayong susun untuk kami, ada sesi muhasabah, sesi makan-makan, tukar hadiah, sharing moment, motivasi, tangkap gambar dan ada anugerah-anugerah yang di beri oleh naqibah. Mula-mula memang tak expect dapat apa-apa pun, sebab tau diri penglibatan diri dalam usrah tak sepenuhnya. Macam-macam dugaan mendatang setiap kali ada date dengan bulatan gembira. Sekali time Along sebut, saya dapat award best presenter, rasa macam nak nangis waktu tu, terharu. Walaupun rasanya baru beberapa kali present dalam usrah, tapi adik-beradik undi untuk best presenter. Terharu sampai sekarang tak habis lagi. :')

Habis usrah dapat mesej dari Ayong,
"Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama, andai setitis air mata yang mengalir di pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahu dari belakang, andai seorang rebah, takkan dibiar rebah untuk kali kedua. Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar diertikan, satukanlah ukhuwah di antara kami bak kasihnya para sahabat pada Rasulullah, untuk kesekian kalinya.. hanya padaMu kami pohon, kekalkan ukhuwah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan yang Kau rahmati"
Ya Allah, 
Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan.

Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya. 
Terangilah dengan cahaya-Mu, yang tiada pernah padam, ya Rabbi, bimbinglah kami.

Lapangkanlah dada kami, dengan karunia iman, dan indahnya tawakal pada-Mu, hidupkan dengan makrifatMu, matikan syahid di jalanMu, Engkaulah pelindung dan pembela. 

Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahaya-Mu, yang tiada pernah padam, ya Rabbi, bimbinglah kami..

#Takde gambar, sebab nset habis bateri.
#Next post, cerita pasal azam baru pulak. Hehe.
#Tau tak, sebenarnya saya ada lagi 6 paper menanti. 
Selamat menjawab exam kepada diri sendiri T_____T

#Dedicate to you:

Comments

Popular Posts