.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Saturday, August 11, 2012

11 Ogos 2012; Pembukaan ROHANA Bakery :)

11 Ogos 2012, hari bersejarah buat kami sekeluarga, Kedai Rohana Bakery telah pun dibuka. Dalam kesibukan mengejar amal di bulan barakah ini, kami juga bertungkus-lumus untuk memastikan pembukaan hari ini berjalan lancar. 

Tahniah kepada umi dan abah, juga kepada sahabat baik yang banyak membantu keluarga saya ketika saya sibuk di kampus, Yana. Tak dilupakan, pekerja-pekerja Rohana Bakery; kak Yah dan kak Zana. Tahniah kepada semua  

Terima kasih saya ucapkan bagi pihak Rohana Bakery kepada semua yang tak jemu-jemu membantu, Stylus Legacy, kedai printing, ahli keluarga yang tak jemu-jemu update status dan share dalam fb; Cupi, Ali, Aishah dan si kecil sibuk , Adik dan juga semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 

Terima kasih juga kepada pengunjung dan pembeli yang hadir ke Rohana Bakery hari ini, orang ramai berpusu-pusu masuk untuk mendapatkan kek coklat moist secara percuma dengan hanya mengisi borang sahaja, tak kurang juga kepada yang menempah kek sempena hari raya, membeli dan memborong kuih raya, biskut raya dan kek. Terima kasih semua  

Rohana Bakery menawarkan anda pelbagai promosi sempena hari raya, antaranya aneka biskut raya, kek, cupcake dan tepung kek. 

Keistimewaan Rohana Bakery adalah pada KEK COKLAT MOISTnya yang sangat menggiurkan semua orang dengan harga yang sangat berpatutan. Hasil dari kek coklat yang mendapatkan sambutan yang sangat menggalakkan itu, terciptalah TEPUNG KEK SEGERA dengan resepi ‘GERENTI JADI’. Mudah untuk semua orang yang ingin buat sendiri  

Kepada yang masih belum berkesempatan untuk datang kek kedai kami, dijemput datang ye^^ 

Lokasi kami: ROHANA BAKERY, Lot 1256, Kg. Pengadang Baru, 20050 Kuala Terengganu. (Belakang Desa Murni Kuala Terengganu, sebelah kedai Pizza Islam) 

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi 013-2014785

No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)