Hari ni kita cuba resepi makaroni bakar ala lasagna yang saya dah ubahsuai ikut selera dan citarasa saya ye..
Sebelum tu kita kenal dulu makaroni tu apa ye..
|
Makaroni |
Hehe. Mesti kenal makaroni tu apa kan.. Saje je, mana tau ada yang tak kenal.. Makaroni ni adik beradik pasta la jugak.
Ha, ni jenis pasta. Gambar semua google image.. Em, em, saya suka semua jenis pasta ni. Hihi.
Bahan-bahan sangat mudah:
Macaroni (direbus terlebih dulu--tuang makaroni dalam periuk, letak air dalam 2/3 lebih dari paras makaroni, buka api sederhana, tuang minyak sesudu dan garam secubit. Biarkan sampai mendidih, kacau-kacau taknak bagi lekat, tutup api. Biarkan dalam periuk dengan air rebusan sampai makaroni sejuk, baru tos)
|
Ni jenama yang biasa saya guna. Nak murah sikit boleh cuba kimball, best je pun mana-mana. |
|
Rupa selepas direbus. |
|
Sos spageti Kimball
|
Ikut la nak pakai jenama apa pun.. |
Daging atau ayam kisar (preferable daging--rasa dan bau lebih sedap)
Carrot (dipotong dadu)
Jagung
Ubi kentang (dipotong dadu)
Kacang peas (dalam tin pon boleh, toskan je air)
Daun sup (dicincang halus)
Bahan perasa:
garam
gula
lada hitam
sos cili
sos tomato
Cara:
Masukkan sos spageti Kimball dalam kuali, beserta sedikit air (untuk tak bagi terlalu pekat sangat), masukkan daging atau ayam kisar, masukkan sayur keras (ubi kentang dan carrot) dulu.
Kemudian perasakan dengan garam, gula, lada hitam, sos cili, sos tomato.
Apabila sos mendidih, masukkan sayur-sayur lain (jagung, kacang peas, daun sup) dan
masukkan macaroni yang sudah direbus, kacau rata.
Dah siap satu part.
Next Step
Kita buat white sauce dulu ya.
Resepi White Sauce:
300ml susu segar
125ml air
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
2-3 sudu cheese
1.Panaskan periuk.
2.Masukkan butter.
3.Masukkan tepung, kacau cepat2. Jangan buka api besar. Nanti
hangus.
4.Masukkan susu dan juga air. Sentiasa dikacau supaya tidak berketul sampai mendidih.
5.Masukkan cheese dan juga lada hitam. Kacau
sentiasa hingga sos agak pekat lalu matikan api.
Dah siap white sauce.
Langkah terakhir,
tuang je white sauce atas makaroni yang dah siap tadi sebagai cover. Macam buat Lasagna tu.
Kemudian, tambah cheese atas dia untuk dibakar selama 15 minit.
Dahh siap, sedia dihidang.
Tapi gambar lupa nak ambil. Hehe.
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)