.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Tuesday, March 12, 2013

Perempuan dan Conflict of Interest

Pernah tak anda alami situasi-situasi begini?


Situasi 1#

"Cantiknya beg warna ni"

Tengah pilih-pilih..

"Eh, cantik juga warna ni"
"Macamana nak pilih ni??"

Terima kasih inchi google.


Situasi 2#

Anda menemani kawan anda yang baru masuk duit scholarnya untuk bershopping, kawan anda mengajak anda membeli bersama-sama, dengan alasan, dia tak senang melihat anda tidak membeli, sedangkan duit scholar anda tidak masuk lagi..

"Meh la beli baju ni sama-sama"
 

Yang paling penting, anda memang dah terpikat dengan baju itu...

 
"Kalau takde duit, takpelah, pinjam duit saya dulu"

Anda bagaimana??


Situasi 3#

Anda ingin membeli sepasang telekung yang sangat cantik. Anda telah menyimpan hajat itu berbulan-bulan lamanya. Dan kini, keinginan itu makin menjadi-jadi. Tapi, harga telekung tu membuatkan anda berfikir lebih dari sejuta kali. 

"Telekung ni memang sangat lawa, solat pun boleh jadi tenang dan khusyuk" (Ada kaitan tak? Haha)
"Tapi harga dia....baik beli kasut kuliah macam ni, kasut kuliah pun dah nazak"

 beberapa ketika...

"Tapi telekung tu cantikkkkkkkkkkk..... Huaaaaaaaaaaaaaa"


Pernah tak anda mengalami situasi-situasi yang lebih kurang sama seperti di atas? Jika ya, TAHNIAH. Itulah sikap wanita dan conflict of interest yang dialaminya. Hehe.
 
"Orang tanya, kenapa orang perempuan suka demand, nak beg mahal, kasut, baju branded, rantai, cincin, semua nak cantik-cantik, mahal-mahal,

Isn't it obvious? Self-satisfaction!

Semua wanita tak lari dari punya sifat dan keinginan ini, cuma, macam mana mereka mengawalnya, itu yang penting :)"  - Fatimah Azzahra ; 2 Februari 2012

Teringat kata-kata UAI dalam satu ceramahnya, (Tak ingat ayat sebijik-sebijik, ini sekadar olahan)

"Orang perempuan ni memang demand tinggi, macam-macam dia nak. Kalau dah kahwin dengan orang bernama perempuan, kena terimalah. Memang perangai dia macam tu." 

 

 

No comments:

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)