.Heart Talk.


Allah's timing is perfect in every matter. We don't always understand the wisdom behind it, but we have to learn to trust it - Dr. Bilal Philips

Tuesday, August 14, 2012

The Owner






Assalamualaikum w.b.t.

Zahra Ameerah adalah nama pena yang digunakan sejak terlibat dengan dunia blog Januari 2009. Pernah menuntut di SRI Al-Huda, Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, SMK Setapak Indah, SMKA Kuala Lumpur, Asasi UIA dan UIAM Gombak.

Seorang yang meminati dunia seni bakery meskipun berbeda dengan ijazahnya. Sebagai 'Cake Decorator' di Rohana Bakery dan mengambil pelbagai jenis tempahan kek atau yang berkaitan dengannya. Masih bertatih dalam dunia kek dan seninya, melihat kek sebagai kanvas lukisan yang ingin dicorakkan sebaik mungkin. Hasil karyanya boleh dilihat di fb Rohana Bakery dan ig Rohana.bakery.

Zahra Ameerah merupakan ruangan untuk berkongsi segala cerita. Kebanyakannya adalah resepi-resepi yang disukai yang telah dicuba sendiri dengan tujuan untuk berkongsi dengan semua. Ada juga terselit kisah-kisah hidup sendiri dan segala rasa coretan diri ini. 

Alhamdulillah ala kulli hal..


Segala yang terkandung dalam Zahra Ameerah ini, berhak dikongsi bersama semua, cuma diharapkan dikreditkan kembali kepada saya. Sangat mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan, Insha Allah, saya boleh dihubungi melalui minn.edina@yahoo.com.

Wallahu'alam.


2 comments:

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)