Saya dan blog
Gambar Pertama |
Gambar Kedua |
Okay, sila beza kan. Ketara bukan? Kerajinan dalam berblogging tu yang makin merudum. Seperti yang dah dimaklum dalam the owner, ini adalah blog saya yang kedua selepas impianfara. Jangan di tanya kenapa saya tak teruskan blog di impianfara ye. Hihi. Sebenarnya yang ketiga, cuma saya tidaklah menguar-uarkan kerana, blog yang kedua itu adalah blog peribadi sahaja. Okay abaikan.
Motif post ni sebenarnya untuk menunjukkan bukti pada tahun 2012 saya memang tak rajin berblogging seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya kira kerana soal komitmen pada yang lain yang dirasakan lebih penting. Itu alasan.
Gambar pertama, merujuk blog peribadi. Telah saya snip kat gambar tu menggunakan snipping tools. Tahun 2012 menunjukkan yang saya hanya berblogging di situ sebanyak 8 post sahaja. Haihhh.
Gambar kedua, merujuk blog yang anda sedang baca sekarang ini. Juga dengan bantuan snipping tool. Tahun 2012 menunjukkan yang saya hanya berblogging sebanyak 16 post sahaja. Okay, double sikit dari yang tadi. Tapi, tetap juga mengecewakan.
Teringat di satu program yang saya pergi, Ustaz tanya, siapa dalam dewan ni ada blog, angkat tangan! Ramai yang berlumba-lumba angkat tangan termasuk saya. Hampir separuh dewan yang angkat tangan. Ustaz tanya lagi, siapa yang update blog dia setiap hari, tiada yang angkat tangan. Yang update setiap minggu? ada la seorang dua yang angkat. Yang update suka hati dia bila? yang ini saya angkat. Hehe.
Ustaz tegur, macam mana nak jadi pendakwah? Kalau blog pun payah nak update. Sibuk la macam mana sekali pun, tanggungjawab pada umat itu tak boleh ditinggalkan. Kita tak pernah sedar bilangan kaki blogger yang makin meningkat dari hari ke hari. Besar peranannya jika kita boleh gunakan kreativiti penulisan kita dalam dunia blog.
Terdiam seketika.
Berfikir sejenak.
Bukan tak nak update, tapi payah nak online. Macam-macam kekangan. Assigment lagi bertimbun.
Ustaz sambung, kita yang duk kata diri ni daie penuh dengan alasan. Pelbagai alasan kita cipta untuk tutup kesalahan kita.
Terperanjat. Duduk bersila dibetulkan. Ditegakkan badan. Seolah ustaz dengar kata hati.
Itu tiga tahun yang lalu punya kisah.
Tapi kini, saya masih di takuk yang sama. Allahuakbar.
Malu rasanya.
Malu pada diri sendiri.
Malu pada janji yang ditabur pada diri sendiri.
In sha Allah, tahun baru, azam baru.
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)