Resepi Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)
Kimchi jjigae (kimchi stew) |
Ada kawan datang rumah mintak tunjuk ajar resepi kimchi jjigae. Sampai sanggup overnight kat rumah. Sedangkan bukannya power pun masak kimchi jjigae ni. Kena minta bantuan Inche Google la jugak. Heheh.
Dulu bila teringin nak makan kimchi jjigae ni, pergi la jugak kedai korea tu beberapa kali. Tapi tau je la harga dia, bukan boleh makan hari-hari. Tu yang gigih cari resepi tu, tak puas hati jugak, nak buat sendiri. Rupanya senangnya lahai. Masak kaw-kaw sampai kena selera tekak kita, memang makan dengan sangat nikmat la.
Ok, meh kita tengok resepi yang saya dah ubahsuai mengikut tekak saya. Hehe.
Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)
Bahan-bahan:
Kimchi
Bawang besar (dipotong dadu)
Tofu lembut
Serbuk Cili
Cili flakes
Stok ikan bilis
Daun bawang (dipotong halus)
Air
Garam
Kimchi |
Cara-cara:
1- Panaskan sedikit minyak dalam mangkuk ddukbaegi dan masukkan bawang besar. Tumis sehingga layu. Kalau takde mangkuk ni pun takpeee, pakai je periuk apa-apa. Asalkan dapat makan jjigae. Hehe.
Ni mangkuk ddukbaegi. Yang bestnya mangkuk ni tahan panas, jadi stew kita akan kekal panas semasa makan. |
2- Masukkan kimchi bersama air kimchi dalam mangkuk. Dalam segenggam ataupun ikut citarasa masing-masing, kalau saya suka masukkan lebih sebab rasa kimchi dan jus dia lebih sedap.
3- Masukkan air dalam sehingga 2/3 penuh mangkuk dan masukkan stok ikan bilis bersama.
Kimchi ni potong la kecil-kecil supaya mudah nak makan. Resepi kimchi next time pulak ea. |
3- Masukkan air dalam sehingga 2/3 penuh mangkuk dan masukkan stok ikan bilis bersama.
4- Masukkan cili serbuk dan cili flakes ikut sesedap rasa, kalau suka pedas tambah extraaaa ye.
5- Masukkan garam dan rasa sehingga sesedap rasa. Kalau rasa kurang manis boleh tambah gula ya.
6- Masukkan tofu lembut yang dah dipotong.
Ni rupa tofu lembut, jenama lain pun banyak, cuma pastikan yang ada halal ya. Jangan tersalah pula dengan kimchi telur. Dan tofu ni tak perlu potong kecil-kecil sangat sebab dia sangat lembut. |
7- Tunggu sehingga mendidih masukkan telur di tengah-tengah, kacau dengan hati-hati supaya telur kuning dan tofu tak pecah.
8- Tutup api dan hias daun bawang diatas. Hidangkan panas-panas bersama nasi panas.
Macam ni la rupa dia yang cantik. Hehe. |
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)