Malas itu nafsu jahat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Uraikan kekusutan hati dan simpulan lidah.   




Pernah tak rasa diuji perasaan total lost?
Pernah tak rasa tak mampu untuk buat segalanya? Hanya mampu duduk diam membazirkan masa.
Pernah tak sampai satu masa, mata pun seolah tak perlu dibuka? Cukup dibiarkan tertutup rapat.
Pernah tak sampai satu masa, ibadah kita bersama Dia juga terganggu? Terganggu akibat sikap kita.


Nak dengar tazkirah sebagai peringatan hati juga lambat-lambat.
Hati seolah rasa jemu. Jemu.
Mulut untuk dizikir nama Allah juga rasa berat. Berat.


Allah, Allah, Allah,



Saat itu, rasalah bila hati seolah keras dan tertutup.


Mujur Allah masih bagi nikmat iman,
Belum ditariknya lagi.



Alhamdulillah. Hela nafas panjang.



Hidup ini begitulah, 
tiada siapa boleh kata dia bersih dari dosa. Tiada siapa.
tiada siapa boleh kata dia orang hebat sentiasa.


Kerana ujian Allah itu sampai bila-bila. Selagi mana kita mengaku kita beriman pada Allah ta'ala.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Aku beriman", sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu dari mereka, maka (dengan ujian demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)




Dan. Mungkin ketika ini kita juga diuji.


Dengan sikap malas yang menjadi-jadi.
Malas yang amat sangat.






Sematkan ini dalam hati. Pegang kuat-kuat. Kemas kemas.






Biar menampar diri sendiri,
tersedar kepada realiti. Biar malu pada diri.
Agar, kita mengerti erti perjuangan sebenar hidup ini. 



"Perjuangan itu ialah perlaksanaan kata-kata" Hasan Al-Banna


* * * * * * * * * * *

"Jangan terlalu membebankan dirimu dengan kesungguhan hati, hiburkanlah dirimu dengan perkara ringan dan lucu, kerana apabila hati dipaksa dengan memikul bebanan yang berat, maka ia akan menjadi buta" HR Abu Daud



Angin, sampaikan salam rinduku padanya :) 

 

Zahra Ameerah
5 Januari 2013
8.50 malam

Comments

Popular Posts