Allah masih bantu

Foyer 3 CAC, jam 8.50 pagi.


Semua sudah berpusu-pusu masuk ke dalam dewan peperiksaan.


Ku lihat tangan yang masih menggigil entah kenapa.
Dari tadi, masih tak berhenti.
Bersama denyutan jantung yang pantas dari biasa.


"Ya Allah, berdebarnya nak jawab exam"
sampai tangan juga turut merasa debarannya. Agaknya lah.

Keluhan dilepaskan tanpa disedari.

"Macam mana nak exam ni, tangan duk macam orang parkinson ni" 
 

Allah, Allah,
mulut dari tadi tadi tak berhenti menyebut.
meminta Allah pinjamkan ketenangan, supaya mampu menjawab exam.


Bismillah, langkah kaki ku hayun ke dalam dewan.
Bersama hati dan tangan yang masih begitu.


"Allah, bantu hamba-Mu ya Allah", setibanya di meja.
Meja 35.
Depan sekali barisan kedua dari kiri.

Sempat saya titipkan pesan buat sahabat di belakang,
"Widad, kalau nampak saya tidur, tolong tendang sikit kerusi ye, biar terjaga" 
Kepala seolah terbang melayang akibat bersengkang mata semalaman menghabiskan chapter yang masih berbaki.


Dengan berbekalkan bismillah, doa dan tawakkal, exam mula di jawab.



15 minit terakhir sebelum tamat masa, saya minta keluar dari dewan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Keluar dewan dengan senyuman, meski saya tahu,
jawapan itu bukan kategori cemerlang,
tapi saya bersyukur kerana Allah masih lagi beri peluang dan ruang.


Allah, Allah,


Malunya, pada usaha yang tak seberapa seperti sebelum-sebelum ni,
tapi Allah masih bantu.
seperti juga sebelum-sebelum ni.


Berhenti sejenak,
menghitung nikmat Tuhan,
yang tak terkira banyaknya.


Sungguhlah,
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. (Ar-Rahman)


* * * * * * * * * *


Ponder~ 
Every righteous has a past and every sinner has a future.
Its never to late to turn back and change.
Because Allah will always be there. 
- mesej dari adik-beradik usrah



Zahra Ameerah
7hb Januari 2013
9.50 malam

Comments

Popular Posts