2013 dan azam baru

Tahun 2013.

Umur melangkah lagi satu tahun ke hadapan. 

Teringat perbualan bersama seorang adik, "Kak, umur saya dah masuk 21. Saya rasa tua betul. Macam tak percaya je dah 21." Saya jawab, "Kalau awak 21, akak?" Hehe. Tentulah lagi tua dari adik tu.

Mari berpijak di dunia nyata. Apa perkara pertama yang kita fikir tatkala umur kita bertambah? Jika iman dan amal, Alhamdulillah. 

Hipotesis mudah: Semakin bertambah umur, semakin bertambah iman dan amal kita kepada Allah swt. Cuma, sejauh mana kebarangkalian kebenaran hipotesis ini dalam hidup kita. Saat umur semakin bertambah, mari kita ukur iman dan amal kita. Adakah bertambah bersama dengan umur?




* * * * * * * * * *


Sebut tentang tahun baru, tentunya tajuk yang paling typical dibincangkan ialah azam baru untuk tahun baru. Typical bukan?

Bercerita tentang azam. Saya pasti, semua tak terkecuali dalam meletakkan azam bagi sendiri, cuma sama ada kita sedar atau tidak. Azam. Satu matlamat yang ingin kita capai dengan meletakkan indikator-indikator tertentu. Semua orang tak terkecuali, perbezaannya sama ada azam itu hanya tinggal azam, atau dilaksanakan dengan penuh gigih. 


Petikan dari Why We Want You To Be Rich by Donald J. Trump and Robert T. Kiyosaki



Azam saya untuk tahun ini, macam-macam. Semua aspek tidak terkecuali. Semua. Antara salah satunya, ingin memanfaatkan blog ini sebaiknya. Tidak seperti tahun lepas, bila saya lihat bilangan post, rupanya cuma 16 post sahaja. -____-

Cumanya, apa yang ingin kita capai dari azam itu? Tentunya persiapan diri untuk melangkah ke arah yang lebih baik dan sempurna bukan?


Contoh mudah saya bagi:


[Azam tahun 2013. Saya ingin memiliki sebuah rumah pada tahun 2016.]


Bermakna tiga tahun dari sekarang, saya akan memiliki sebuah rumah kepunyaan saya sendiri. Jadi, apa yang perlu saya buat? 


Duduk dan sekadar melihat. Atau berdiri sambil menunggu kalau-kalau akan dapat cabutan bertuah memenangi sebuah rumah impian.


Apa yang ingin saya kongsi ialah, sejauh mana cita-cita atau azam yang tinggi menggunung sekali pun, ianya tidak akan tercapai tanpa usaha kita yang perlu bermula dari sekarang.


Penyelesaian dari azam di atas,

[Mulakan dari sekarang.]

Sediakan satu perancangan lengkap berkaitan dengan azam yang kita ingin capai.




Jika ini perancangan dalam masa satu minggu, bayangkan perancangan kita dalam satu tahun?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Persiapkan diri sebaiknya. Tak kira untuk apa sekali pun. 



"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah Dia sediakan untuk hari esok.. " (Al-Hasyr:18)




Zahra Ameerah
6hb Januari 2013
9.55 malam

Comments

Popular Posts