Melakar Pelangi


Hlovate kata, lontarkan, kalau tidak ia beracun,
kongsikan, walau hanya pada awan..



Izinkan saya berkongsi, meski bukan hanya pada awan..


Saya punya rasa hati,


Andai saya ikutkan rasa hati,
ingin saya jerit lepaskan semua ini,


Andai saya ikutkan rasa hati,
ingin saya luah segala rasa,
segalanya yang terbuku di hati,


Andai saya ikutkan rasa hati,
ingin saya tepis batu yang memberatkan bahu ini,
supaya saya mampu berfikir semula,



Tapi saya tahu,
Allah beri bukan kerana saya mahu, 
tapi kerana saya perlu,


Allah sudah atur hidup ini,
dengan susunan indah dan buat,
kerana Dia mahu saya hidup tenang di 'sana' nanti.



Saya perlu kuat, 


bukan untuk menanti hari mendatang, 
tapi untuk melakar indah pelangi hari ini, 

juga buat mereka yang memerlukan.


Supaya setiap hari,
saya mampu beraksi hebat di pentas jihad.


Meski ujian itu datang setiap waktu dan hari, 
tapi saya percaya, 


itu tanda kasih sayang Allah pada saya 
yang tidak pernah putus.


Dan,
saya sentiasa percaya itu.
In sha Allah.



Zahra Ameerah
4 Januari 2013
10.04 malam.





Saya punya cita-cita yang tinggi, ingin melakar pelangi setiap hari, di hati sendiri.

Comments

  1. are you OK dik ima?

    I miss the old time :)

    But Allah loves us more kan?

    *HUGS*

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)

Popular Posts