Mahu perkenal platform usahawan
Mahu perkenal platform usahawan
GOMBAK: “Saya langsung tidak menyangka akan menang dalam pilihan raya
semalam kerana bersaing dengan tiga calon lelaki yang mempunyai banyak
kelebihan.
“Bagaimanapun, saya yakin mereka (rakan dan pelajar) mempunyai sebab tersendiri untuk memilih saya sebagai wakil Kuliyyah,” kata Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri, 21, calon pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memenangi kerusi Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar pada pilihan raya kampus itu, kelmarin.
Pelajar semester pertama itu berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menang memandangkan ramai pelajar yang seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan dirinya ketika mula berkempen sebelum ini.
“Alhamdulillah, mungkin kelebihan saya terletak sebagai satu-satunya sister (pelajar wanita) yang bertanding untuk kerusi ini dan saya percaya mereka juga mahukan manifesto yang saya bawa diperjuangkan sebaik mungkin,” katanya.
Siti Fatimah berkata, dia mahu memperkenalkan satu platform usahawan untuk pelajar kuliyyah itu menjana pendapatan sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
“Biasanya pelajar tahun tiga dan empat memerlukan sokongan kewangan yang kukuh kerana banyak projek yang perlu disiapkan. Malah, ada juga yang ke luar negara untuk mendapatkan hasil kerja yang bagus dengan menggunakan sumber kewangan sendiri.
“Jadi, dengan adanya program usahawan, ia sedikit sebanyak membantu
pelajar kurang berkemampuan untuk turut serta ke luar negara,” katanya.
Sementara itu, calon Kuliyyah Undang-undang, Muhammad Kamil Abdul Munim, 22, berkata dia juga tidak menjangka menang, namun sudah nekad untuk memperjuangkan manifesto yang dibawa.
“Saya mahu melihat universiti bebas dari sebarang kontroversi dan
berhenti daripada dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk politik.
“Paling penting, saya mahu fokus terhadap usaha menjadikan UIAM sebagai satu institusi pendidikan tinggi terulung dalam melahirkan pelajar cemerlang, pentadbiran yang sentiasa bekerjasama serta sistem yang lebih baik,” katanya.
Dia berkata, tiga elemen itu bukan saja penting dalam pembentukan sesuatu institusi tapi turut menyumbang kepada imej baik UIAM pada masa akan datang.
Kelmarin, UIAM turut mengundang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk melihat sendiri proses undian semula Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM 2012/2013 di kampus berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04
Sumber
“Bagaimanapun, saya yakin mereka (rakan dan pelajar) mempunyai sebab tersendiri untuk memilih saya sebagai wakil Kuliyyah,” kata Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri, 21, calon pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memenangi kerusi Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar pada pilihan raya kampus itu, kelmarin.
Pelajar semester pertama itu berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menang memandangkan ramai pelajar yang seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan dirinya ketika mula berkempen sebelum ini.
“Alhamdulillah, mungkin kelebihan saya terletak sebagai satu-satunya sister (pelajar wanita) yang bertanding untuk kerusi ini dan saya percaya mereka juga mahukan manifesto yang saya bawa diperjuangkan sebaik mungkin,” katanya.
Siti Fatimah berkata, dia mahu memperkenalkan satu platform usahawan untuk pelajar kuliyyah itu menjana pendapatan sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
“Biasanya pelajar tahun tiga dan empat memerlukan sokongan kewangan yang kukuh kerana banyak projek yang perlu disiapkan. Malah, ada juga yang ke luar negara untuk mendapatkan hasil kerja yang bagus dengan menggunakan sumber kewangan sendiri.
Sementara itu, calon Kuliyyah Undang-undang, Muhammad Kamil Abdul Munim, 22, berkata dia juga tidak menjangka menang, namun sudah nekad untuk memperjuangkan manifesto yang dibawa.
“Paling penting, saya mahu fokus terhadap usaha menjadikan UIAM sebagai satu institusi pendidikan tinggi terulung dalam melahirkan pelajar cemerlang, pentadbiran yang sentiasa bekerjasama serta sistem yang lebih baik,” katanya.
Dia berkata, tiga elemen itu bukan saja penting dalam pembentukan sesuatu institusi tapi turut menyumbang kepada imej baik UIAM pada masa akan datang.
Kelmarin, UIAM turut mengundang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk melihat sendiri proses undian semula Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM 2012/2013 di kampus berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04
Sumber
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)