Save Our Palestine
Credit pictures to: Src IIUM
2012/2013
Apabila McD mengeluarkan
kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk
mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya
orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong.
Nah, sekarang kita nampak dengan
jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata
mereka yang anti-boikot ini:
- Google pun support Israel,
boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M'sia halal dimakan, kenapa
nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan
tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak
ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan
menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan
boikot McD!
Kelakar juga, bila McD ini macam
makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend
bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot.
Sayangnya pada McD begitu menebal
sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih!
Takjub sekali.
Saya belek-belek buku lama
Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:
"Mahatma Gandhi adalah
antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut
kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan
India dari kekuasaan penjajah ketika itu.
1. Boikot satu-satunya senjata yg
ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk
membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata
boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat
ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.
2. Dlm boikot, ada tujuan lain
selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk
membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk
terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya.
(maksudnya: jgn terlalu
bergantung pada produk mereka )
3. Boikot juga sebagai suatu aksi
persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara
kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.
4. Boikot adalah suatu perlawanan
pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara
kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin."
Ada kata-kata yg menarik dari
beliau:
"Jika org2 Yahudi anggap
diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan
mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk
bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!"
So, fikirlah sendiri. Jangan
perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah 'boikot'
mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih
berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan
kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari
sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata.
Credit to: Syabab Musafir Kasih
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)