#Updated: Sinopsis Vid Pandangan Ustaz Zulkifli Ahmad Tentang Tudung style Hana Tajima :)


 

PENCERITAAN SEMULA VID

Ustaz menceritakan tentang seorang pereka fesyen di London yang mereke fesyen untuk muslimah, jadi Yuna salah seorang pemakai hijab yang di reka olehnya. Jadi, ada sesetengah pihak yang mengambil gambar tersebut dan membandingkannya di sebelah dengan gambar seorang paderi wanita (sister) yang juga mengenakan tudung. Huraiannya mengatakan, Yuna memakai tudung menyerupai paderi wanita ini dan mempertikaikan kaedah pemakaian tudung dalam Islam.

Ustaz membidas dengan mengatakan orang kita pada hari ini sudah hilang fokus, yang mana perlu lebih diutamakan. Sedangkan kenapa dipertikaikan isu pemakaian tudung seseorang walhal kenapa tidak ditegur yang tidak bertudung. Ustaz mengatakan tiada masalah untuk seseorang wanita itu bertudung dengan gaya mereka yang tersendiri, ingin dibelit-belit ke tudung itu sampai tercekik leher, atau ingin memakai keronsang seperti sarjen mejar. Itu sama sekali tidak menjadi masalah selagi mana dia mahu bertudung. 

Untuk jangka masa sekarang ini, jangka masa di mana Perdana Menteri Zimbabwe =.= masih belum di tukar. Tetapi, selepas ini, baru kita buka cerita lain. 

Selepas Islam memerintah dengan baik, masa itu, setelah kita didik manusia, barulah kita berikan protokol dan kaedah yang lebih afdhal. Sekarang jangan dilihat yang afdhal, tapi kita lihat dulu yang nak tutup aurat atau tidak, jika hendak tutup aurat, sudah baik.

Ustaz juga ada menyentuh tentang beberapa orang artis yang sudah memakai hijab seperti Wardina, Diana Amir dan Irma Hasmie.


Comments

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)

Popular Posts