Kisah Wardina Safiyyah
Kisah Wardina Safiyyah
Sinopsis
"Ketika itu pakaian saya mungkin menjolok mata, mak saya menangis sangat-sangat, sebab dia malu sangat"
Mengisahkan background dia yang lahir dalam keluarga islam. Ibunya seorang ustazah, anak ustaz. Ayahnya orang putih, tetapi pendakwah. Tapi mungkin faktor sekeliling, faktor bahan bacaan yang buat dia tergelincir.
Bermula dengan pertandingan Dewi Remaja, dia sorok-sorok menyertai tapi akhirnya diketahui kerana muncul dalam majalah. Tapi, si ibu bangun malam-malam doakan supaya dia tak menang, dan akhirnya, kuasa Allah, berkat doa ibu, dia tak menang pertandingan tu.
Namun, Allah itu Maha Pengasih terhadap hambaNya, hidayahnya bermula ketika dia berada di Tanah Suci, mengerjakan umrah, dia menangis tidak henti-henti. bersolat dalam masjidil haram dengan menangis-nangis minta kepada Allah
"Please show me the way",
dan dari situ, dia berjanji untuk menjadi Muslim yang lebih baik.
"I think it is the time, because saya ingin menzahirkan cinta saya pada Allah".
"Islam is cool. And Islam is the only way of life"
Siapa kata jika kita lahir daripada ibu bapa kita yang beriman dengan Allah, kita akan turut sama beriman? Sama sekali tidak. Iman itu tidak diwarisi. Tapi itu adalah nikmat hidayah daripada Allah. Rahmat yang cukup hebat yang tidak semua orang dapat.
Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami, sesudah engkau memberi Hidaya kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia) |
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)