Resepi Quesadilla
Quesadilla, nama hebat sangat kan. Dalam wiki maksud dia:
a wheat tortilla or a corn tortilla filled with cheese, a savoury mixture, and/or vegetables, cooked often on a griddle, then folded in half to form a half-moon shape
Quesadilla ni adalah makanan mexico. Tapi dari semasa ke semasa dah diubah mengikut citarasa dan zaman sekarang. Sesuai untuk breakfast atau snack. Sebelum tu meh berkenalan dengan jenis-jenis tortilla. Ada banyak jenis dekat pasaran, tapi ni antara yang saya guna. Oh, kalau nak buat sendiri a.k.a homemade pun boleh, lagi digalakkan.
Ni Tortilla Gandum |
Ini Tortilla Jagung |
Ini paling feveret, Tortilla whole wheat. |
Resepi Quesadilla
by Zahra Ameerah
Bahan-bahan:
1 keping Tortilla
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 batang Carrot (dipotong dadu)
1/4 biji Salad (dipotong halus)
2 inci Saleri
1 biji Telur
Shredded Cheese
Serbuk cili/ Chili Flakes
Mayonis
Black Pepper
Garam
Cara-cara:
1. Tuangkan 2 sudu minyak dalam pan yang dah panas. Pakai saute pan ye. Saiz dia kalau sama saiz dengan tortilla, jangan kecik sangat nanti tak muat pulak nak letak tortilla. Kalau besar sangat pun tak cantik jugak. Hehe.
Camnilah Saute Pan tu. |
2. Letak carrot, goreng sampai dia lembut, lepas tu masukkan tomato dan saleri. Dah macam layu sikit, masukkan salad, perasakan dengan garam, dan cili flakes.
3. Sebelum tu, kat tepi, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, letakkan satu sudu mayonis, garam dan pepper. Guna whisk pun boleh, sampai nampak kembang dan fluffy.
4. Sayur dah layu, tuangkan telur tadi, pastikan api yang perlahan, taknak bagi telur cepat hangus, Pastikan jugak telur tu kena semua bahagian yang ada sayur, supaya dia pegang semua sekali, sebab nanti kita nak angkat sekali gus je.
5. Bila telur dah nampak macam separuh masak, tabur cheese atas dia, ikut la nak banyak mana, suka banyak bubuh la banyak.
6. Lepas tu letak tortilla atas dia. agak-agak dia dah lekat tu, lipat dua tortilla yang dah lekat dengan cheese tu, tapi pastikan bahagian luar adalah tortilla, jangan salah pulak, jadi bahagian sayur pulak nanti. Hahaha, Part ni la kot yang macam tricky sikit.
Tips dia, pakai pinggan leper yang ringan untuk angkat sekali gus dulu, lepas tu pinggan satu lagi untuk terbalikkan, dah terbalikkan baru masuk dalam pan semula. Nak tunjuk terer sikit, pakai satu pinggan je, sekali hayun terbalikkan terus masuk dalam pinggan, lepas tu masukkan semua dalam pan. Try la yang mana terer. Haha.
7. Dah masukkan dalam pan, letak lagi cheese atas dia, dan lipat dua. Taknak lipat dua, nak bubuh satu lagi tortilla pun boleh. Suka hati laa..Tapi kalau nak letak satu lagi tortilla, make sure dah panas kan dulu, ataupun kena ulang semula step pinggan tapi. Hahaha.
8. Dah agak panas dan rangup, boleh angkat, potong sementara panas dan hidangkan. Hidangkan dengan sos salsa atau sos tartar pun menarik jugak.
Oh yaa, bahan-bahan tu terpulang pada kita, kalau nak letak ayam atau daging, sos tomato atau apa saja pun boleh, variasikan mengikut citarasa kita..
Nampak menggodakan? |
Ikut la nak potong lagu mana pun.. |
Nak lipat dua camni pun bolehhh. |
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)