Rentas kehidupan hati
Lama rasanya tak mencoret kata hati dalam entri. Tipu kalau kata tak punya masa, 24 jam Tuhan bagi cukup untuk semua orang. Juga perlu cukup untuk diri sendiri. Sepatutnya...
Kala umur makin meningkat ini,
semua yang jadi dirasakan sangat penting.
Jika diizinkan tak mahu tertinggal satu pun.
Sebab tu yang membentuk diri, yang buat bekal pengalaman diri.
Tapi,
kita tak mampu mengatur semua yang terjadi mengikut aturan kita.
Itu kuasa Allah pentadbir seluruh alam.
****************
Hari meniti hari,
hati terasa seolah sarat dengan fikiran.
Kadang kala tak tertanggung rasanya.
Di tambah dengan perkara kecil-kecil,
buat kita rasa letih mengembara hidup ini.
Tapi, bila fikirkan semula,
ada orang yang lebih layak digelar letih dan penat,
tapi dia lebih hebat beraksi di pentas dakwah,
takkan saya nak mengaku diri saya lemah dan lembik?
dan terus hanyut di telan arus masalah.
Tapi, jangan sekali-kali disebut perkataan letih, kerana Rasulullah yang sepanjang hidupnya tidak pernah menyebut perkataan ini. Saya malu pada Rasulullah, malu amat. Jika baginda punya keazaman yang sangat kuat untuk mempertahankan akidah Islam, kenapa saya tidak mengikut jejak langkahnya?
***************
Saya pinta pada dia,
berilah ruang buat diri sendiri,
usah dibebani dengan masalah orang lain,
sedangkan diri sendiri..
Jasad juga perlukan hak sebagaimana rohani yang selalu dahagakan haknya.
#Saya rasa saya alami konflik dalaman. Jiwa yang semakin complicated. Hahah
*Selingan. Heheh |
Zahra Ameerah
3 Februari 2013
1.55 pagi
Comments
Post a Comment
Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)