Doa Perpisahan Dengan Bulan Ramadhan

Doa Perpisahan Dengan Bulan Ramadhan

Salah satu adab melepaskan bulan Ramadhan sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para pengikutnya adalah membacakan Doa Perpisahan.

Doa Perpisahan tersebut sebaiknya dibaca pada malam terakhir Ramadhan. Namun, sekiranya ada kekhuatiran malam terakhir Ramadhan akan berlalu tanpa diketahui, maka dianjurkan untuk membacanya pada kedua malam terakhir Ramadhan, iaitu malam ke 29 (malam ini) dan ke 30.
 
Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad al Mustafa SAW: Beliau bersabda, “Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadhan, dia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan: Menjumpai Ramadhan mendatang atau pengampunan dan rahmat Allah.”

    “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia – sia semata”
Taqabbalallahu minna waminkum, wakullu ‘aamin wa antum bikhairin.  
Minal Aidzin wal Faidzin
Mohon maaf zahir dan batin, 
Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini. Amin =)

Sumber: http://akuislam.com/blog/doa/doa-perpisahan-dengan-bulan-ramadhan/#ixzz23oz5wKa9

# Allah, bakal ku rindui bulan barakah ini. Bakal ku rindui kemeriahan umat di masjid-masjid. Bakal ku rindui alunan al-quran yang ada di mana-mana, tak kira masa. Bakal ku rindu suasana qiam di masjid pada 10 malam terakhir. Namun ku harapkan semua ini akan berterusan InsyaAllah. 

Moga setiap perubahan yang bermula dalam bulan Ramadhan ini (ke arah kebaikan) akan berterusan.

Allah, moga segala amalan ku di terima. Allah Ar-Rahman, moga ada lagi ramadhan untuk ku nanti.

Comments

Popular Posts