'Aku Terima Nikahnya'


Bismillah,

Berkali-kali saya fikir, sebelum memulakan post ini. Hendak post atau tidak, post atau tidak? Atau hanya biarkan dalam fail-fail Microsoft Word bersama yang lain. Iyalah, bukan saya sahaja yang baca nanti, makcik-makcik saya, sahabat-sahabat, lagi-lagi tajuk begini. Apa pula kata mereka nanti? Haihh..

Sejujurnya ini pertama kali, saya post sesuatu yang ber’genre’ sebigini. Jika di tanya kenapa, saya juga tak tahu jawapannya. Untuk decide tajuk je dah berapa lama, tak tahu nak letak apa.

Hari pertama sampai di kampung, saya terlihat buku ‘Aku Terima Nikahnya’ Versi 1 dan 3 (Murabbi Cinta), di rak baru berwarna putih. Memang teruja sungguh di hati, maklumlah sudah lama menyimpan hasrat untuk membeli buku tu, tapi saya sendiri yang menahan diri dari membelinya. Harga yang agak mahal itu sering dijadikan alasan untuk tidak membelinya. Lagipun, saya pasang tekad dihati, jika sudah benar-benar bersedia baru membeli dan membacanya. 

Iya, saya tahu, buku ini memang sangat popular. Cuma saya je yang belum baca.

Oleh kerana keluarga telah berhijrah ke kampung, jadi langkah kaki saya selepas habis exam disasarkan ke kampung. Bermulalah episod cuti di kampung. Pada mulanya, saya hairan, siapa yang membeli buku ni (‘Aku Terima Nikahnya’), takkan Aishah kot? Dia tak baca genre buku yang begini. Kalau Ali, saya percayalah, tapi dia di Mesir. Rupa-rupanya ummi yang beli.

“Kenapa Ummi beli buku ni? Mana buku yang kedua, ni satu dengan tiga je yang ada?” Tanya saya dengan penuh tanda tanya.

“Kawan ummi suggestkan buku ni, dia kata bagus, kalau bukan untuk ummi pun, untuk kegunaan anak-anak nanti”

Tersentap saya dengan jawapan ummi. Jawapan yang penuh dengan harapan.
Hari ni, habis versi satu saya baca. Saya tanya kembali hati saya, sudah benar-benar bersediakah? Selepas membaca satu buku, saya rasa diri saya seolah berpijak di awangan selama ini dengan impian saya. Seolah satu perasaan jatuh ‘BUUUKK’ bahawa saya harus berpijak di dunia realiti.

Buku itu bukan berkisahkan dua pasang merpati sejoli yang ingin mendirikan rumah tangga, dengan rasa bahagia dan macam-macam lagi (baca: full of roses) Tapi buku itu membawa saya ke dunia realiti, tentang tanggungjawab yang besar. Yang… (saya tak tahu macam mana nak habiskan ayat ni)

Antara bab-bab terakhir dalam buku itu yang dapat saya rumuskan kesimpulan buku tu:

Mengapa saya tulis semua ini?

Supaya anak muda yang gatal bercita di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu daripada cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.

Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.


Saya dan ummi bergilir membaca buku ni, dan kami habiskan pada hari yang sama meski pada waktu yang berbeza. Selesai saya tamat membaca, saya letakkan di tepi ummi yang sudah mula membaca buku yang ketiga.

“Dah habis dah baca” Kata saya.

“Ambillah sesuatu (daripadanya) untuk keluarga kakak nanti” nasihat ummi. Meskipun pendek, tapi bagai penuh dengan amanat dan harapan.


Zahra Ameerah
27 Januari 2012
5.40PM

Comments

  1. salam alaik.

    akak pun tak baca lagi :) best ye dik?
    akan datang, inshaAllah..
    (malu snanya nak baca buku gini. entah kenapa. aih...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      hihi. malu.. same lah dgn saya kak,
      sebab tu sekarang baru baca
      itu pun lepas mak kata:
      "Ummi pelik sungguh, ada jugak orang malu nak baca buku"

      hihi^^

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam..
    mak ct pon x de kekuatan nk bace buku tu..
    lg lah skrg nenek dh bising suruh kahwin.. pening sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho..
      tak terkata kejap,
      takpe, kekuatan tu akan datang jugak satu hari nanti.

      hihi

      Delete

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)

Popular Posts