Kisah dua tahun lalu
PS: Tak terniat untuk menjaja kisah kehidupan untuk tatapan umum, sekadar ingin menyampaikan yang dirasakan perlu, buat pengajaran semua. Mungkin juga sebagai titik tolak satu perubahan dalam hidup.
S: Assalam
D: wsalam
S: pe kabar?
D: alhmdulillah
S: awak?
D: alhamdulillah...
S: ape new story?
D: new story?
D: subuh kul 3.55
D: maghrib kul 6.30
D: hahaha
S: hahah
D: seksa nak bgn subuh
S: aisehh
Kayu ukur kehidupan dunia
D: ujian bertulis yt x tau lg ke bile?
S: hurm
S: rsenye tak dpt
S: result tak qualify
D: dia nak brape?
S: bat-a2
S: org dpt b3 je
S: **** dpt ke?
D: tatau
S: tahun ni dy upgrade qualification
S: thun lps punye minima b3 je
S: tibe2 dy tukar
S: wktu tau tu mmg frust sgt
D: mungkin tu bkn yg terbaik untuk kita semua...
S: ye..
D:...
Satu kejatuhan yang perlukan kesedaran
D: kita perlu jatuh untuk bangkit
D: andai kita bkn dibawah, macmmana nak ke atas?
S: tapi bila jatuh merudum
S: susah sgt
S: kekuatan tu mcm hilang
D: smalam baru dgr crmah motivasi tau
Nikmat kejayaan yang Allah pinjamkan
D: ustaz ni mmg hebat
D: dr sek rendah lg
D: dapat tmpt pertama periksa
D: sampai masuk azhar
D: taun satu mmg susah sbb dia x faham apa pun yg dr ajar
D: dia target gagal taun tu tapi lulus jgk
D: pastu dia truskan smpai habIs ijazah
D: pastu dia nekad nak ambik master azhar
D: master plg susah di dunia
D: dlm subjek plg susah dlm syariah, usul fiqh
D: nak lulus master tahun satu
D: mula2 kena wat tesis dulu
D: pas lulus tesis baru blh masuk bertulis
D: kalau lulus bertulis baru blh masuk oral
D: kalau lulus tiga2 baru kira lulus
D: mula2 dia wat tesis kan
D: kirenya lmbatla dia wat
D: tp dia mmg confident die sempat
D: rupanya dr suruh taip
D: x leh tulis tgn
D: ingt sempat gak ni, sbb dia taip laju tau
D: rupa2nya dia x sedar kena taip arab
D: x sempat antar kat dr
D: dr tanak terima
D: kirenye dia gagal taun tu
Mengharungi dugaan takkan pernah sudah
D: tp dia try mintak jgk
D: pas susah payah, akhirnya dr bg
D: dan disebabkan dia ni mmg betul2 bijak
D: dia lulus taun satu master azhar yg mane boleh kre ngan jari org yang lulus
D: pastu masuk taun 2...
D: mcm mana tah, tahun tu, dia yg best stdnt dr sek rendah ni tak lulus...
D: masuk priksa ulg pun x lulus gak...
D: repeat tahun...
D: taun kedua pun tak lulus jgk...
D: kalau 2 taun x lulus, azhar takkan terima lg
D: bygkan org yg hebat gle2 cam die ni jatuh camtu terus
D: tp die ni bkn jenis yg mudah menyerah tau
Kejayaan itu milik orang yang berusaha kerana Allah
D: lepas tu dia cuba gk mintak ngan azhar supaya terima dia balik
D: lepas susah payah, azhar kate, ok, tapi kena tangguh dulu staun, mcm tempoh penyucian dulu la,
D: akhirnya dia masuk balik azhar
D: lalui balik semua2 tu
D: last2 dapat JAYYID JIDDAN...
D: jayyid jiddan master, azhar lak tu...
D: bkn clg2 org dapat wat
D: maknenye pas jatuh, rasenye lg dahsyat dr kita semua
D: akhirnya bgn, hmpir mencecah lgt
D: bygkan
D: skrg ni dia tgh taun 2 master...
D: kdg2 Allah bg semua ujian ni,
D: untuk uji kita...
D: sejauh mana kita faham
D: yg setiap apa yg Allah berikan pada kita tu
D: itulah yg terbaik untuk kita
D: kalau bkn untuk dunia
D: untuk AGAMA kita...
D: untuk AKHIRAT...
D: yg KEKAL...
Ianya bermula dengan penetapan matlamat
D: tau tak knp ustaz ni ttp tak mengalah?
D: sbb dia ada matlamat
D: apa matlamat dia?
D: dia nak jd seorg mujtahid
D: org yg bila dtg ada apa2 masalah sekalipun, dia blh jawab dgn ilmu yg ada pada diri
D: dia bkn wat semua ni untuk diri sendiri
D: tapi untuk ISLAM
D: ingat...
D: bila kita ada matlamat...
D: apa pun yg dtg takkan dpt robohkan semangat kita
D: Allah akn sentiasa bantu org yg ingin bantu agamaNYA
D: jd ikhlaskan niat kita
D: demi umat,
D: demi agama,
D: kerana ALLAH
D: k?
D: dah letih taip tau
D: pas ni nak telefon mama lak
S: ok
S: thnx byk2
D: cari balik matlamat tu tau...
D: aku buat ni sbb apa?
D: nak suh org pndg aku?
D: atau nak suruh org pndg islam?
D: kalau islamlah matlamat kita,
D: kita psti berjaya jgk
Ujian itu menandakan sayangNya Allah pada kita
D: smg sedikit sbyk dapat redakan gelisah hati tu...
S: InsyaAllah
S: dah nak banjir dah dkt sini
D: ingatlah, dlm setiap perkara itu akan sentiasa ada rahmat
D: akn sentiasa ada ujian...
D: yg penting
D: Allah takkan bebankan hambaNya dgn apa yg hambaNya x mampu.
D: smg ALLAH kuatkan hatimu sahabat...
S: Amiinn
Syukran sahabat~
Perbualan dalam ym ni sebenarnya dua tahun lepas punya. Saya memang simpan dalam personal blog saya. S itu saya, D itu dia. Ketika itu saya mengalami kejatuhan yang dirasakan sangat teruk (perasaan ketika itu), sehinggakan saya tidak mampu bangkit untuk berbulan lamanya. Saya melarikan diri dari semua yang ada. Saya ingin menyendiri.
Berbulan lamanya masa untuk saya pulih. Pulih sepenuhnya.
Tapi, Alhamdulillah, jika saya tidak jatuh dua tahun yang lalu, saya tak akan sedar dunia ini ibarat roda, tidak semestinya kita sentiasa di atas.
Hari ini, saya bersyukur kerana pernah terjatuh sedemikian rupa. Jika tidak, saya bukanlah saya pada hari ini. Sudah tentu saya bukan di 'jalan' ini. Saya 'melihat' kisah dua tahun lalu ini sebagai satu titik tolak dalam hidup saya. Kejayaan yang diperoleh bukan untuk saya, tapi untuk 'perjuangan' saya, untuk agama saya, untuk Islam sepenuhnya.
Dalam memperhambakan diri pada sisa-sisa Ramadhan yang kian berakhir ni, membuat saya 'melihat' semula diri saya, apakah semua tindakan yang saya lakukan selama ini benar-benar disandarkan pada-Nya?
Mari dakap erat-erat sisa Ramadhan yang tinggal~
Allahummar zuqna lailatul qadr fi hazihis sanah wa fi kulli sanah~
Peace! (Sekadar gambar hiasan) *Credit to Mr Google for this pic |
PSS: Nama sebenar dan beberapa perkataan telah diubah suai untuk kemaslahatan bersama ;D
semoga dberi kekuatan hingga akhirnya:)
ReplyDeleteInsyaAllah, syukran izni :)
ReplyDelete