Aku. Pelangi Versi Baru

Aku. Pelangi
Semalam aku terjerit-jerit bagai orang histeria
Aku jerit dengan penuh hiba dan luka
tapi tak siapa pun dengar. Tak siapa pun
kerana jeritannya di dasar hati tidak terkeluar di bicara
seolah tersekat entah kenapa
aku merintih lagi sambil mengesat cecair bening yang mengalir
kau orang ada lihat kekuatan aku di mana-mana tak?
tolong aku, bantu aku carinya
dia hilang tinggalkan aku di sini
aku merayu jangan sembunyikannya lagi
aku pohon kembalikannya kepada aku
pulangkan kekuatan kepada aku
lekas pulangkan!
kerana aku tak mahu terus terusan begini
aku penat menampal luka yang kembali berdarah
memujuk hati yang telah carik
biarkan saja aku di sini
aku menunggu kehadiran sang pelangi
kerana aku mengharapkan hidupku akan kembali bersinar
Ya... aku benar mengharap ia kembali bersinar

11.47 PM
14.04.09

# Hari ni, saya repost semula karya agung saya 2 tahun lalu. Yang saya selongkar dalam entri lama blog dulu. (Agung laa.. sebab ni je yang pernah buat..hehe)

Versi hari ni:

Hari ni, 
Saya sudah punya kekuatan yang tak akan ku temu di tempat lain,
Biarlah apa jua yang hadir,
Moga senyuman ini tidak akan pergi,
Biarlah sekalipun ia tidak bergula dan hambar,
Saya tak kisah,
Kerana saya ada DIA,
Ya, DIA segalanya.

Alhamdulillah, Allahuakbar!

10.59 AM
27.08.11

PS: Sedih, Ramadhan bakal berlalu pergi meninggalkan saya. Pertemuan kami tahun depan dan tahun seterusnya dinanti saya meski 'kehadiran' saya padanya belum pasti.

PSS: Maaf, entri hari ini kisah hati lagi. Ehh, bile baca balik, macam tak percaya pulak tu saya buat, macam sikit ber er.. entah


PSSS: Btw, ini entri berjadual, waktu entri ni di post, saya masih di kampung. :D (Saje nak try test. hehe)

Comments

Popular Posts