Saya juga boleh berfesyen

Saya baru lepas menjelajah blog teman-teman. Dan saya cukup terkesan dengan entri ini seribu kali sayang by Farah Adlina.  Kami pernah bincangkan isu ini sebelum ni. Isu tudung yang membezakan 'kita'.

Jika sesiapa yang update dengan fesyen, pasti kenal gambar mereka ini.

Maria Elena Zarul

Fatin Liyana

Hana Tajima Simpson

Heliza Helmi


*Credit to Mr.Google for the pictures :)

Ohh, saya gembira dengan hijab style yang bermacam sekarang, yela, nak dibezakan dengan waktu saya darjah satu dulu, boleh kira berapa ramai je yang mereka jadikan ikon itu bertudung, sehinggalah era wardina muncul, cumanya, macamana kita apply betul-betul dengan Islam gariskan. Seperti kata farah, 
bagi saya, kalau muslimat ni hanya diwajibkan pakai tudung bulat tu je, agak rigid ar. bukan nak hina golongan itu. saya tak mnyebelahi mana2 pihak ni. saya meraikan pendapat nak pakai hijab yang fashionable tu je. maklumlah, orang muda kan slalu update dengan trend. bagaimana kita nak dekati golongan ini jika mereka takut dengan penampilan kita kan?
Em, betul farah. Ini bukan isu ghuraba'. Tapi tidaklah pula saya menyeru kepada anda yang bertudung labuh supaya tukar style anda, tidak sama sekali. Cuma, usahlah dipandang serong sahabat-sahabat kita yang tidak 'sama' dengan kita ni.

Saya juga seperti farah, meraikan pendapat yang nak pakai hijab yang fashionable. Sebab kita tahu, fitrah seorang wanita yang inginkan kecantikan. Cumanya, selarikan hijab yang fashionable itu segaris dengan tuntutan syariat. 

Sebabnya mereka-mereka ini dijadikan Ikon untuk berhijab. Sehinggakan, ada yang memang tidak berhijab tetapi berhijab kerana melihat cantiknya trend hijab kini. Haa, sampai macam tu kan. Niat dia apa wallahu'alam, itu urusan dia dengan Allah. Tapi yang saya nak katanya, macamana besarnya effect mereka-mereka ni dalam masyarakat sekarang.

Baru-baru ni, saya ke UIA Gombak atas urusan tertentu. Sewaktu di kafe, saya melihat seorang gadis yang berselendang cantik (sila baca: fashionable hijab). Saya terpegun, sebab gadis itu selarikan fashionable hijab segaris dengan tuntutan syariat. Hijabnya menutupi dada. Cantik sekali, Pashminanya yang tidak jarang tu ber 'style' Hana Tajima juga, cuma diubah sikit bagi menutupi dada, serta berbaju kurung dan lengkap berstokin. Wahh, ayu gitu. Hehe. Saya bersyukur kerana trend ini sudah dimulakan. 

Saya percaya, tidak lama lagi, fesyen seperti itu pula yang akan diketengahkan. InsyaAllah.


PS: Timbul juga isu bila muslimat tak pakai tudung labuh, katanya tak thiqah. =_=" 


PSS: Sekadar meluahkan pendapat, pendapat tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah, jika anda mahu tambah atau memperbetul, sebesar padang golf saya alu-alukan :)

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. trah pun sokong :)

    tak salah nak pakai selendang ke ape, as long as mengikut syariah.
    kalau tgk kat negara arab pun, mereka pakai selendang kan.
    cuma pandai2x la cari yg tebal, labuh dan tutup dada.

    ReplyDelete
  3. em, betul trah. lps ni boleh la tgk athirah tajima pulak kan? hehe :D

    ReplyDelete
  4. so true :)

    tapi pernah jugak terfikir balik. kalau dgn pakai selendang berbelit2 jadi punca tarikan org pandang2 kat kita, macam tak kena pulak kn?

    in term of dakwah, e.g. nak ajak kawan2 yg belum bertudung supaya bertudung, nak ajak kawan2 yang belum islam utk dekat dgn islam, in term of hijaab, bolehla kot nak kenalkan dgn selendang. Bak katanya, kalau nak ajak org yg biasa layan justin bieber terus pindah mode layan nashid, tak berapa nak kena gaya.

    org dok tempat 4 musim berselendang bagai sebab musim dia. org arab pakai selendang sebab mmg trend diorang. kita pakai sebab ikut org pakai? ke sbb apa?

    kalau nak kekal dgn trend ikut org, sampai bila boleh nak ada identiti sendiri utk kita? hari tu trend tudung awning, habes pakat awning. ni trend belit2, habes pakat belit2.

    rasanya kalau yang dah stick dgn tudung yang sebetul2 tudung, kekalkan imej tudung mcm tu. takde salah nak turut benda baik. tapi kalau kita tahu yang kita pakai jauh lebih baik dan sempurna, kenapa nak downgrad? kan?

    kalau dgn sebab bershawl terbelit2 macam2 gaya jadi punca tarikan org (atau pun mmg dgn niat utk menjadi punca perhatian), something to ponder back.

    my two cents.

    ReplyDelete
  5. ahah. true. very true. glad to here from your point.

    mgkin sesetengahnya ikut waqi'. Dan mungkin jgk utk perhatian, wallahu'alam.

    we never know. Only HE knew it. kan? :)

    ReplyDelete
  6. setuju. biarlah menutup dada kan. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen anda amatlah dialu-alukan :)

Popular Posts